Friday, January 20, 2012

Gula... Takmo Takmo Takmo

Anoi kerap tak sihat. Dalam sebulan mesti kena sekali (biasanyalah). Tak kisah la badan panas la, batuk kahak la, selsema la. Tapi mesti ada sekali sebulan. Kalau pegi Klinik pun dah ada dah rekod anoi tiap-tiap bulan. So biasanya kalau gi klinik saya akan pegi klinik kat seremban 2 ni je. Yang Klinik bukak 24jam tapi waktu rehat takde doktor tu hehehehe :p Tapi kali rasa mcm bawak kat Klinik Dato' Dr. Dhillon. Ini klinik pakar kanak-kanak, tapi klinik biasanya ramai sangat orang sebab tu saya malas gi situ :p Sebab saya pemalas tunggu lama hiks... Tapi tu la, untuk dapat yang terbaik kena la berkorban lan.

Ok yang saya nak share bukan cerita anoi, tapi apa yang tengok masa menunggu nak jumpa doktor tu.

Klinik Dato' Dr. Dhillon punya sistem canggih ok. Kita kena amik nombor, then nombor akan muncul kat tv. So ko kena tengok selalu TV tu sbb nak tgk nombor ko kan.

Bukan sistem canggih tu yang saya nak share kat sini, tapi video yang Klinik Dato' Dr. Dhillon pasang tu yang saya nak share.

Ada banyak kot video. Ini yang saya jumpa.



Dalam video ni, banyak info la pasal kanak-kanak sebenarnya tak memerlukan added sugar untuk tenaga. Kalau kanak-kanak diberi jugak added sugar ni, hanya akan memberi kalori yang lebih kepada lemak badan berlebihan dan lepas tu berat badan berlebihan dan lepas tu obesiti

Tengok anak tembam memang best kan. Badan bambam la. Pejal sanasini memang best. Sebab macam comel giler kan. Tapi tembambambam macam tu adekah yang terbaik untuk kesihatan anak?


Glucose syrup solids, corn syrup solids and sucrose adalah added sugars

Tulah... Bila saya tengok video tu... Aih terus tengok muka anak-anak. Sayu pulak rasa. Susah sangat la nak kawal gula dorang. Korang senang tak? Kalau nak tukar susu adekah senang? Kalau nak kawal anak daripada menangis kat pasaraya sebab nak beli jajan/gula2 adekah senang?





Sekarang saya dah makin alert sikit lah berbanding dulu kalau beli makanan kat pasaraya. Sekarang sebelum beli saya akan telek belek kat label dulu. Tengok kandungan gula dulu.

Kandungan gula kalau berlebihan, bukan anak-anak2 je yang mudarat. Kita pun ok. Ingat lagi petua nak kuruskan badan saya dulu. Kurangkan gula dalam pemakanan. Ehem. Saya amalkan sampai sekarang. Sebab tu saya sendiri tak suka added sugar.

Kalau nak beli makanan ke air ke cari yang ada label "no added sugars” ataupun "less sugars" atauuuu "sugar free”. Tapi kadang-kadang dorang tak labelkan word "sugar" tu. Kita cecari word macam “no added sucrose” takpun “sucrose free”. Tapi kalau tulis no sucrose mungkin juga masih mengandungi jenis2 added sugar yang lain. Makaaaa sebab tu kena la jugak tengok level carbohydrate untuk konfemkan ye.


Hari tu lepas saya publishkan pasal "korang dah rasa" susu anak korang tu, saya dapat beberapa emel tanyakan susu apa yang saya publish yang no added sugar tu. So alang-alang asik menjawab emel, saya share kat sini terus la ye... Susu Anmum Essential.

Korang boleh check label Anmum Essential ni.



Refer balik entry lama saya macam mana nak kira kandungan added sugar dalam susu.

Gula adalah kawan
Tapi gula berlebihan adalah lawan

Demi anak-anak
Demi kesihatan
Demi kehidupan yang bahagia
Kita kena melangkah setapak ke hadapan

NO ADDED SUGAR please!






Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

@hasney^-^ said... [Reply to Comments]

Jemah..akak mmg tak ajar ank-anak makan gula-gula or jajan yg sewaktu dgnnya...so kalau gi pasar raya pun diorang tgk jajan mcm tu jerlah tapi tk pandai nak beli...diorang minta tp akak wat pekak telinga jerk..hi3

tapi kalau org bagi tu takkanlah akak nakbuang dpn2 org..so nak tk nak dwg akn mkn jugak...tp less laa...Tapi kasihan kat anak2 yg terlalu dimanjai..kt kg akak..ada nenek tu..siap beli bungkusan besar stok jajan utk cucunya...everymonth mesti demam..nak larang org tua..taujerklah peel dia....

Mr.Y and Mrs.D said... [Reply to Comments]

cute anak-anak akak,,geram tengok :)
ouhh,,ouhhh~
dee pon dr seremban :)

ermayantizakaria said... [Reply to Comments]

salam.. sy erma. just nak share, kita sbg seorg isteri, ibu n anak kena sentiasa jaga kesihatan... zaman skrg ni mmg kena lg berhati2 dlm bab kesihatan.. jemput lawat blog sy @ http://ermayantizakaria.blogspot.com/

ermayantizakaria said... [Reply to Comments]

salam. sy erma.. zaman skrg ni mmg kena jaga bab kesihatan n pemakanan.. jemput lawat blog sy @ http://ermayantizakaria.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^