Tuesday, January 10, 2012

Hari Pertama Persekolahan

Kalau ikut bulan... ikut betul2 tarikh dilahirkan. Anoi masih lagi berumur 2 tahun. Tapi kalau ikut masuk tahun baru dah kira umur 3 tahun la ye tak. Tak kisah la. Tapi anoi memang eksaited sangat kot nak sekolah. Walau dia pakai pampes lagi.

Dulu saya cukup tak setuju sekolahkan anak awal-awal. Sebab saya rasa kesian kat budak tu. Kecik-kecik dah stress kena belajar hehehe. Tapi bila saya tengok yang budak 3 tahun bukannya belajar macam kau sekolah kat unibersiti tu sampai kena stress bagai HAHAHA. Over tau bayangan. Sebab dorang lebih kepada kenal kad, kenal huruf, belajar main-main. Belajar berkawan. Begitu. Daripada duduk rumah main-main kat rumah. So main2 kat sekolah lagi best kot. Ramai kawan :p

Anoi saya masukkan satu sekolah aje dengan nisa. Senang sikit. Sebab nisa pandai jaga adik. Sebab nisa sayang adik melampau. So saya rasa selamat lah.

Ok sebelum ada yang tanya berapa yuran. Dan untuk rujukan korang jugak kalau tahun depan nak sekolahkan anak. Siap2 la menabung ye hehe... Saya snap terus resit dia. Ni utk dua2 budak comot tu.

Pagi-pagi nak kejutkan anoi dengan nisa agak sukar sebab dah terbiasa bangun lambat kan. bukan anoi dengan nisa aje yang susah nak kejutkan kot. omak dia sekali liat hehehe. en.Badang lah yang tensen kot. Kitorang yang gegirl-gegirl memang bersatu hati nak tensenkan dia keh keh keh

Anoikan kuat nangis. Jadi memang kena jaga mood dia betul-betul. Kena kejutkan dia dengan penuh tertib. Kalau dia start je nangis. Memang bermasalahlah satu hari tu hahaha... Hadoiyai anoi.

Anoi dah ciappp... Siap rikues pakai sepit kat kepala tau!


Kakak dah otai dah. Seronok lagi nak gi sekolah. Dah bosan la tu duduk rumah :p

Nisa jaga adik tau!


Saya dengan en.Badang lepak tepi je. Masa ni anoi tak dpt baju lagi. tengok je cara nisa jaga adik. Umangaih kemain caring lagi. Siap suapkan adik roti lagi. Kat rumah kat kick2 je adik kan :p



So bila dah anoi terleka. Saya terus bisik kat telinga nisa

"nisa, mama dengan papa balik dulu tau. nisa tolong jaga adik tau"
"ok mama"

terus kitorang balik. gi bank, gi senawang setelkan keje en.badang sikit, gi makan sarapan, pastu gi rantau hantar kain buat baju, terus patah balik seremban jemput dorang. masa tu jam dah kul doblas dah

nisa kemain seronok lagi

"hari ni akak tak masuk kelas akak pun. akak jaga anoi dalam kelas dia. akak nie sibuk tau.. banyak kerja. tapi takper la.. akak jaga anoi dulu..."
"baiknya kakak, anoi nangis tak"
"a ah mama, dia nangis ckp nak mama nak mama, pastu akak bawak dia main baru dia senyap"
"pandainya kakak"
"anoi pandai mama, dia warna ikan tak terkeluar pun daripada garisan, kakak seperti tidak percaya anoi pandai mewarna cantik macam tu mama"

HAHAHAHAHA... over kau nisa!
HAHAHAHA



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

14 komen[s]:

ibuhebat said... [Reply to Comments]

haha.. comels! Tapi budak pompuan memang cepat matang la.. beza dgn budak laki kottt.. :D

Ainsya Yusoff said... [Reply to Comments]

Kelas ayat Nisa, 'akak seperti tidak percaya' ..haha

:|: TinTa Kibod :|: said... [Reply to Comments]

nisa..spt biasa..buat ayat mukabuku..eh ayatbuku.."..kakak seperti tidak percaya.."
ha ha ha...
pandai nisa jaga anoi...^_^

:entri baru:-Bidan terjun Siakap..

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

ahahahhahaha pandainyaaaaaaaaaaaa si nisa ni bercakappppp..

cik gObu said... [Reply to Comments]

tempah bj kt rantau?
kedai mana kak?
sy yg dh lama pindah dr sana tetap g tempah kt cina sebelah bank rhb tu
terbaikkkkk

laloque said... [Reply to Comments]

mmg ngan ahsoo kedai sebelah RHB tu. Tukang jahit family dari jaman dholu2 lagi. Dah la murah, jahitan kemas... guwe tempah baju batik pun baru RM38 jer..

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

bagus la sekolah campur budak cina..diorang selalu cakap bahasa melayu penuh..takde shortcut2..

Aini said... [Reply to Comments]

Pandainye ibu jaga n ajar nisa jd penyanyang.. Very happy family

ratna said... [Reply to Comments]

Bagus sekolah awal.. Xde la nnt kejadian budak nangis jerit2 nak naik darjah satu. Kat cni star 3 thn 3 bln dah bole star sekolah.

RieNa said... [Reply to Comments]

yuran skolah bdk kecik dah sama byk mcm masuk U. homangaih.

mikamusz said... [Reply to Comments]

x boleh tahan ayat Nisa "Seperti tidak percaya" macam dah ayat buku cerita pari - pari dah..hahahaha all the best Nisa and Anoi

antalya said... [Reply to Comments]

'kakak seperti tidak percaya' hahahahha alahai nisa

Zarul said... [Reply to Comments]

fuhh boleh tahan gak payment sekolah ni

Nurihah Mohamad Saleh said... [Reply to Comments]

suweet..bebudak...bila xde mak bapak pandai je derang independent...semua boley...=)

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^