Follow Viruspadu

Friday, January 06, 2012

Kesiangan

saya masih di atas katil dan termenung mcm mana saya nak gi kerja ni wei.

lama giler termenung... kah kah kah daripada kul 630 tadi

saya tak tahu kenapa saya tak perasan alarm saya berbunyi. padahal saya set alarm kat iphone kul 4, pastu 415, pastu 430, pastu 445, pastu 5.30. Kat bb pun saya set kul 430. giler lah semuanya boleh tak dengar. tp saya rasa mesti saya dengar sebenarnya tp saya mamai pastu saya offkan. tp apsal saya tak igt langsung? agak pelik disitu.

so bila lewat, saya terus sms bos saya, sms rakan sekerja. Sebab awal2 tahun ni korang paham2 aje la dengan SKTnya dengan report mcm2 orang mintak kan. So rasa kalau amik cuti pun hati sangatlah tidak tenang sekali.

En.badang tak boleh hantar saya sebab dia ada meeting jam 9. Saya nak drive pulak, kembara dah di jual. Kereta baru belum menjelma. Kalau kereta baru ada memang masalah ni bukan masalah dah. Masalah cari parking la pulak hehehe.

Tapi disebabkan lewat ni merasa jugak saya tengok anoi pakai baju sekolah hehe. Sebab masa first day sekolah dia masih pakai baju biasa. Pastu second day sekolah saya dah keje dah. Baru malam tadi terfikir yang teringin nak tengok anoi pakai baju sekolah. Termakbul hari ni.

seronok dapat kejutkan anoi dengan nisa nak gi sekolah. Pastu mandikan dorang. Pakaikan baju sekolah. hhehehe... Korang tahu saya umpan apa masa kejutkan anoi suh bangun nak gi sekolah

"anoi bangun la, sekolah... nanti mama mandikan, pastu mama pakaikan anoi lipstik nak tak? nanti teacher anoi tengok anoi pakai lipstik dia cakap, cantiknya anoiiiiiiiiii"

HAHAHAHA baru dia bangun ok. sebelum tu berbuih2 mulut saya kejut anoi bangun. anoi wat dek je. Si nisa senang je, panggil "nisa bangun, sekolah" terus bangun je

Haishhhh... cemana nak gi keje ni ek..

cecite
cecite
cecite

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

alah ko cuti jelah k jem, tak yah keje ari ni.

ratna said... [Reply to Comments]

He he he anoi suka lipstick ker? Kelakar la...

CikSembang said... [Reply to Comments]

budak pempuan mmg suka main lipstick.. akk dah tak tau jemah keje mana..ketinggalan keretapi..ampunkan saya buk







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^