Follow Viruspadu

Sunday, January 08, 2012

Pertama kali pergi kerja sendiri

Nampaknya 2012 memang niat saya nak berdikari kot. Mungkin lepas ni takyah susahkan en.badang jemput saya lagi lalalala. Yelah sebab kerja sekarang masing-masing dan besar tanggungjawab. Dah takleh lari-lari macam dulu lagi. Dan sekarang jugak dah tak boleh update blog selalu. mungkin sebab tanggungjawab kerja kat office dan kat rumah makin berat. Ecewah. Anak makin besar dan memerlukan ibu menemani di sisi bukan lagi mengadap netbuk selalu... ecewah lagi. Mungkin jugak faktor umur yang makin matang dan merasakan benda kecik-kecik macam beli getah rambut dekat sinma takyah nak share dekat blog lagi HAHAHA...

Ok tapi ayat kau masih macam dulu je jemah... haku tengok tak matang pun kah kah kah

Phew... saya baru lepas menyental toilet dan mengemop lantai dan terasa amat hongeh (penat) sekali. Maka rehat jap. Anak-anak tengah mandi (eh tadi kata taknak share benda2 kecik hahaha)

Ok...

Saya nak share pengalaman pertama saya naik komuter dari seremban ke jalan duta sebenarnya hikhikhik. Orang lain maybe rasa macam ... kakjemah oi benda tu senang sangat kot, macam beli getah rambut kat sinma je saya rasa senang nya hikhik... tapi tak mudah bagi kakjem ok. Ini adalah perkara luar biasa yang saya lakukan dalam hidup :p . Saya kan dah terbiasa orang jemput dan hantar :p

Jumaat lepas saya celik2 dari tidor dan melihat jam pukul 6.30 pagi. dan mula nya saya kelihatan tenang. Sebab biasanya en.badang akan jadi penyelamat. biasanya dia lah yang akan hantar saya walau macam mana pun. Biar dia lambat gi office janji keselamatan bini terjamin gitu.

"sayang bangun, ma bangun lambat dah kul namsetengah"
"alamak canne ni, papa ada meeting kul 9 takleh hantar"

masa ni la saya cemas. saya memang takleh cuti sebab keje saya banyak kat office. saya rasa masa saya keje kat seremban saya lebih banyak amik cuti daripada saya keje kat jalan duta hikhik.

terus saya termenung atas katil.

"kalau sayang nak papa hantar, lepas meeting boleh?"
"boleh la, asalkan gi keje hari ni"

so saya pun teruskan melepak atas katil.

sms bos bagi tahu saya lewat, sms rakan sekali. pastu dorang cakap

"apsal tak naik komuter je, senang je kot, berhenti kat pwtc tu, nanti sampai saya, call saya, saya datang jemput"

ada lagi rakan cakap

"dari rumah naik teksi ke komuter, naik komuter benti kat kl central, pastu amik teksi ke jalan duta"

kedengaran macam senang. tapi saya takut sorang-sorang. saya takut orang kacau pastu ikut saya dari belakang hahahaha... hot ke kau sampai orang nak follow kau? hahaha... tapi sebab pernah terjadi sebab tu la saya takut dan fobia. sebab tu lah :p tapi takpelah mungkin kali tak jadi apa-apa. sebab dulu masa muda bergetah mungkin nampak comel sikit so orang follow lah. skrg umur kau dah berapa jemah!!! HAHAHAHA **petir**


mula2 saya bersiap, en.badang risau dan nak hantar saya ke komuter. tapi sebab dah lewat dia callkan teksi je untuk saya. so daripada rumah ke komuter adalah RM10. Sempat lah sembang dengan pakcik driver teksi tu. Dia plak tensen saya keje hari2 naik bas sebab dia rasa badan penat lah. Takpelah pakcik. Badan penat hati senang. Daripada badan tak penat tapi hati tak tenang. Eh!

Pastu saya blur. Tengok keliling kat mana nak beli tiket semua. Ala besar je kaunter tiket tu. macam kan tak pernah naik komuter kan. Gi shopping ngan mekchu naik komuter elok je HAHA... Ok tiket dari seremban ke KL central adalah RM6.

"dik kalau nak gi KL, naik yang belah sini ke belah sana?"
"belah sana"

hikhikhik bimbang salah arah. tapi rasa macam memang last station kot kah kah kah. mencik tau!

En.badang pesan naik coach ladies only tu. yang warna pink. so selamat lah. Sebab saya dengar macam2 hal naik komuter ni. yang kena geser la kena raba la. ish... risau tau.

dalam 15 minit jugak la tunggu. akhirnya komuter sampai. nampak pink. terus naik. duduk.

saya geram tau. dah terang2 pink. for LADIES only. tetap ada lelaki nak masuk. buta warna ke tak tahu baca ke apa?siot sangat la. saya pandang dengan pandangan sinis la. tapi masa lelaki tak pandang saya la. kalau dia pandang saya pastu saya pandang sinis kang dia marah lalu ikut saya. matiklah. hahahaha... saya tak berani lah kan. dah la saya sorang2 je. so saya ngomel kat fesbuk ngan twitter je lah... :p ... orang lelaki tu saya tengok je. pandai plak tu cari duduk dekat2 dengan orang yang seksi2.  eeeeeeeee geram tau.

dalam sejam jugak la saya sampai ke kl central

saya agak bertuah jugak ada bff yang teman daripada kejauhan yang guide saya. lepas ni gi mana. lepas ni gi mana. en.badang pun asik bbm tanya dah sampai mana apa semua. risau betul orang-orang kesayangan saya dari jauh. saya terasa di sayangi hehehe...

sampai kl central saya berpusing cari kat mana nak naik teksi. saya taknak susahkan orang datang jemput saya. walaupun beberapa orang offer nak jemput saya. korang ni baik sangat lah. sumpah saya terharu tau.

Pusing2 tak jumpa. last2 saya bukak jugak la mulut saya yang berat macam ada intan berlian ni tanya kat mana nak amik teksi

"jalan terus, naik atas, kat situ ada teksi"

patut tak jumpa, tingkat atas rupanya hikhik... malu bertanya 10 kali tawaf la kau haha

rasanya kat sini teksi takleh nak tipu ke apa, sebab kena beli tiket kat kaunter. daripada kl central ke jalan duta adalah RM14.

so kalau teksi nak ikut jalan jauh ke jalan dekat ke jalan shortcut ke apa. nasib kau lah. aku dah bayar RM14 dah kan. So saya rasa selamat lah :p

so perjalanan daripada seremban ke jalan duta saya rasa amik masa lebih kurang 2 jam jugak lah. atau 2 jam lebih kot. sebab menunggu2 apa semua kan.

dan saya rasa memang senang la sebenarnya. apsal saya takut sangat selama ni eh? HAHAHA.

So lepas ni, kalau tertinggal bas saya dah boleh balik sendiri dah. saya dah berani dah. ohyeahhhhhhh...

See see... mama dah boleh berdikari dah... ma dah sahut cabaran papa!

kah kah kah... ini pun macam susah sangat kakjem ni. buat gelak orang je kan :p ...

So untuk rujukan orang yang tak pernah macam saya jugak. dan kalau korang dari seremban dan keje kat jalan duta. Itu lah kos nya... RM10 + RM6 + RM14 = kira sendiri. Duit teksi tu tak sama la dari seremban ke komuter tu kan. Itu jauh mana rumah korang la ye.

Oyye. Tadi en.badang baca paper. rasanya isnin ni macam bahaya gi office. Sebab "perhimpunan" (siapa baca paper tu tahu la perhimpunan apa) tu start kul 7 pagi kot. Dah la saya sampai office kul 7 pagi. Macam bahaya je

"sayang, isnin ni amik cuti je lah ye, takyah gi keje. Bahaya ni"

saya diam je. tak tahu mcm mana. keselamatan diri atau keje yang banyak kat office?

korang canne??? kalau korang gi keje tak??



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

Just.wanie said... [Reply to Comments]

hahahaha lawak la kak jem ni . saya pegi kl naik tren dari parit buntar masa form 1 steady jerk =p

cik gObu said... [Reply to Comments]

setuju ngan suami vp...cuti je lah...dr berlaku benda x diingini

ieyka dinda said... [Reply to Comments]

kite suka nek ktm..best..hehe...cuma tak suka bila lelaki tak paham bahasa nak gak join ladies coach kn...selalu nye ade org ktm jage..mmg kena perambat keluar tren la if spesies nie msuk ladies coach

Mya said... [Reply to Comments]

akak gi je keje, sbb naik keter sama2 dgn suami.. so selamat di situ kot insyaAllah :)

nisa_perasan_cun said... [Reply to Comments]

kak..kite da leh gang lar..
nisa aritu nk g times square dri seremban sorg..sebijik mcm cite kak zaimah..lepas da bt serius senang..hahahaa

Love Razila said... [Reply to Comments]

Alah comeinyer dia...pi keje naik bus. hehehehe

lily lotus said... [Reply to Comments]

itu takut2 manja namanya :P

mekchu said... [Reply to Comments]

kalo tertinggal bas aje baru naik komuter tu.. lambat dan agak leceh jugak..

so, bila nak naik komuter gi midv dan beli durian pancake lg ni?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^