Follow Viruspadu

Thursday, January 26, 2012

Rintangan

Hari ni penuh dengan rintangan tahu?

Pagi2 tadi saya sangat bersemangat nak kerja. Walaupun hari ni hari batik, tapi saya gigih jugak nak pakai skirt dengan kemeja supaya kelihatan gojes kah kah kah. Walaupun hari ni saya tak sihat demam selsema hidung srot sret bersin bersin...saya tetap bersiap sebab nak pegi meeting. Tepat jam 5.30 pagi saya terus kejutkan en.Badang untuk hantar saya ke terminal one.

Tengah saya pilih-pilih kasut mana satu nak pakai yang mecing dengan baju tetiba muka en.badang kelihatan penik lain macam.

"sayang, kereta tak boleh start la, ni mesti sebab semalam bla bla bla"

Saya dengar sambil diam... Sambil mata berair sebab nak demam, sambil hidung srot sret sebab selsema. En.Badang tengah cemas sebab hari ni dia bz sangat. Dia ada keje penting kena buat.

"kenapalah kereta ni buat hal time papa ada hal penting sangat ni, kenapa tak buat hal esok ke semalam ke"

Saya diam lagi...

dan dia membebel lagi...

Saya diam lagi HAHAHAHA... tapi lepas tu saya cakap jugak

"tula dulu ma suruh sayang belajar repair kereta, sayang taknak" #tetibasangat

Suasa sunyi #bunyicengkerik

Kami berpandangan antara satu sama lain. Diam. Saya sebenarnya tengah buat lawak dengan en.Badang. HAHAHAHA biasanya lawak tetiba yang takde kena mengena tu menjadi. Saya saje nak sakat dia yang tengah panik tu. Tapi tak menjadi pulak HAHAHAHA adoiiiiiii #pitam

"ma nak gi keje macam mana ni, ma tak sihat kan, cuti je la"
"tak boleh sayang, ma ada meeting hari ni"

Masa tu jam dah pul 5.45pagi. Bas akan bergerak pukul 6. En.Badang terus call teksi. Tapi saya yakin sangat yang teksi takkan datang sebab driver teksi semua tengah tido lagi hehehe :p Setakat RM8 lebih baik dia tido je kan hikhik.

Kemudian superman datang menyelamat hehe... Yakni adik ipar saya. Dia mekanik yang hebat yang pernah saya kenal. Sebab dia je mekanik yang saya kenal hehehe. Eh tak memang dia hebat pun. Sumpah. Kereta kitorang bukan rosak sebenarnya tapi bateri kong u know. Kenot start one. Then bila adik ipar saya datang, dia startkan kereta tu rilek je takyah pakai jumper pun. Kena sujud ahhhhhhhh HAHAHAHA... Tangan dia macam ada megik.

Lalu sementara tunggu dia membelek telek kereta, en.Badang pun pinjam kereta beliau untuk hantar saya pegi komuter. Dah kul nam setengah kannnn, bas dah tinggalkan kakjem. Sampai hati :p

dan saya pun naik komuter.

Dan saya pun sms rakan pejabat kasik tahu saya lambat, kalau terlewat tolong cover saya dalam meeting, kang saya sampai terus saya masuk meeting. begitu.

Apabila saya sampai KL central. Saya dapat sms.

"meeting tunda esok"

Langkah saya terhenti. Diam. #petir

Keluarkan fon.

"pa, meeting tunda, ma balik la ye, ma tak sihat sgt ni"

Beratur balik beli tiket.


#bunyicengkerik

Sekian.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

linda said... [Reply to Comments]

kak jem,

nanti anto la baju batik tu gosok kat dobi byk2, baju batik leceh nk gosok sendiri. tinggal gosok tudung je.heee

Love Razila said... [Reply to Comments]

Alalalala...terus runtuh semangat waja nk bermeeting. Incik asben soh ddk rumah xmau, rajin naw nk pi meeting but aper pon...bagus sbb bersemangat gak nk dtg opis walau pon sakit =)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

la hai sabar jelah kan...
sian kat dua2... satu kat encik badang sbb ttp jugak hantar wife terchenta kat stesyen komuter...satu lagi sian kat si wife yg dah susah payah sampai KL, sekali meeting cancel....
aduhaiii...

Princess Nur said... [Reply to Comments]

alahai tragisnya kisah u..Tp mmg rajin bab keje ni macam ai. hihihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^