Follow Viruspadu

Tuesday, January 03, 2012

Selamat tahun baru 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012 kawan.

So canne korang sambut tahun baru? Mesti best kan... menikmati bunga api yang cantik. mungkin.

Saya?

saya sambut tahun baru dengan mensubscibe astro first lalu melihat kekasih hati.. (aaaa abang aaron ajisss... abang aaron) kat Ombak rindu. Hehehehe...

Ok la cerita ombak rindu ni, saya rasa sedih la tengok. Cuma zalim aaron tu sikit sangat. Kalau nak compare dalam novel la kan. Macam baru nak "panas" sekali dah jadi baik dah hehehe... pastu jalan cerita terpaksa dipendekkan. ini filem kan. Kalau betul2 ikut novel punya jalan cerita saya rasa mungkin filem ni boleh jadi 8 jam HAHAHA... Kalau nak tengok wayang kena ada break solat zohor bagai :p

Kesimpulannya ok la. Saya puas hati la. Tak rugi la bayar astro first tu kan. Siap rekod terus ok. So lepas ni boleh tengok lagi. lalalala...

Pastu semalam saya siap suruh en.Badang belikan novel Ombak Rindu tu sebab saya dah ingat2 lupa dah. Saya pernah baca dulu. Lama dah. Lupa dah. Tak igt mana saya baca. Pinjam novel sape ntah. So beli balik dan baca semula hehehe... Puas hati. Ingat lagi dulu saya baca sampai bengkak2 mata. Tapi kali ni baca sambil terbayangkan saya lah Izzah kah kah kah #perasan.

Bukan apa uols. Saya terpaksa la bayangkan saya ni izzah sebab budak-budak umur 2 tahun memang tak pandai menipu kan. Masa saya tengah feeling tengok ombak rindu tetiba anoi pandang saya, pastu terus cakap

"mama, itu mama kan... mama kannnnnnn"
"apa noi"
"iyee... itu mama kan"

Saya terkejut, pastu tergelak tergolek-golek kat situ. Sebab anoi tunjuk maya karin tu. Anoiiiiiiiii... anoi ni tak baik tuduh-tuduh maya karin tu mama tauuu... kah kah kah... En.badang masa tu berbulu je kat belakang dengar HAHAHA...

Ha canne... sebab tu la mek terpaksa jugak feeling izzah  kah kah kah.

Saya juga menyambut tahun baru hanya berbaring di katil kerana kesihatan yang sangat tidak cantik. Doakan saya sihat selalu ye kawan. Oyye buat rakan-rakan di twitter, saya tidak mengandung. Jangan salah faham ye. walaupun ini memang simpton perempuan mengandung tapi saya tidak. Saya pun macam izzah juga.

"incik hariz, izzah tak mengandung, izzah memang macam ni kalau datang bulan"

wahhhhhhhhhhhhhhhhh... ada hati! HAHAHAHAHA

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

KAMIHIDUP said... [Reply to Comments]

selamat tahun baru. :)

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

hehehhe tak pasal2x kak jem feeling izzah.. pandai anoi amik ati mama dia

akmaliz@r said... [Reply to Comments]

leh tgk movie baru2 disini juge..malaymoviesfull.net
cni, die amek kt astro first la.

Alyza Fisol said... [Reply to Comments]

selamat tahun baru kak!!!

eh, konpem ke akak tak ngandung... :P

Nanak said... [Reply to Comments]

ahahaha..terus gelak smabil tbayang ropa en badang time tu..ahahaa







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^