Follow Viruspadu

Saturday, February 04, 2012

Anak saya suka makan, Macam saya :p

Bila ibu bapa jenis tak memilih makan atau dengan kata lain tak mengada-ngada makan ni tak nak, tu tak boleh. Maka insyaAllah anak pun takkan memilih makan jugak. Yelah sebab anak akan belajar apa yang dia tengok setiap hari ye tak?. Macam apa yang kita sebut cakapkan setiap hari, macam itu juga lah anak-anak akan cakap. Jadi kat rumah memang kena jaga tutur kata, kena murnikan bahasa dengan anak-anak, supaya ayat-ayat anak sedap je telinga kita mendengarnya.

Tapi walaupun kita jenis tak memilih makanan, jangan la semua yang lalu depan mata kau ngap. Boleh makan apa saje dengan makan semua adalah dua benda berbeza hehe.


Kena pilihlah jugak, yang baik untuk kesihatan, yang tak baik untuk kesihatan.

Macam pilih susu untuk tumbesaran anak jugak la. Mana yang baik untuk kesihatan anak dan mana yang memudaratkan kesihatan anak dalam pada kita tak sedar tu.

Macam yang pernah saya tulis entry sebelum ni lah. Susu walaupun kat pasaran ada banyak sangat sampai tak tahu nak pilih. Ada yang murah ada yang mahal. Macam mana nak tahu kenapa dia murah kenapa dia mahal. Mahal tu bagus ke? Murah tu tak bagus ke?

Memang susah nak pilih. Dan kita IbuBapa memang senantiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebelum ni saya pernah tulis jugak kat entry yang kena check label kat belakang tin susu kan. Ramai ibu bapa tak sedar bab yang ni. Sebab biasanya kita beli susu ikut brand dan ikut harga je. Jarang la kita nak telek belek label kat belakang tin susu kan. Sebabnya kalau telek pun bukannya faham pun. Banyak sangat perkataan saintifik pelik-pelik yang memang bukan bahasa harian kita kan.

Banyak susu (Growing up milk powders) kat Malaysia ni yang kandungan gula tambahan dia banyak. Antara nama saintifik gula kat belakang label tin susu macam Corn syrup solids, glucose syrup solids dan sucrose adalah added sugars.  Terlalu banyak gula dalam susu memang sangat tak baik untuk anak kita. Macam biasanya kesan-kesan yang kita sedia dah maklum dah. Macam anak akan gemuk, berat berlebihan, terdedah kepada risiko kena diabetes, heart disease dan macam-macam jenis penyakit lah

Ini antara contoh kalau kita check label belakang tin susu.


karbohidrat = 11.1 bermakna kalau umur 1-3 tahun, ~0 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 0 sudu teh gula berlebihan setiap hari. (boleh check dekat http://www.semakgula.com.my/) So ini contoh susu yang takde added sugar :)
Banyak contoh lain dalam ENTRY (klik sini)

yelah, sebenarnya bukan susu je. Apa pun makanan yang kita beli. Mesti kita kena check label dulu.

Adalah sangat penting utk korang tahu berapa banyak sepatutnya added sugar yang patut ada dalam makanan dan minuman kita. Maka baca la label dan tengok ingredient dia. Kalau added sugar adalah bahan yang paling atasssss sekali kat senarai ingrediant. Maknanya memang gula dia banyakkkkk kot.

Perkara ni kena jadikan amalan kita lah. Kita kan pengguna yang bijak. Pengguna sekarang dah educated kan. Dah berpelajaran. kalau dulu kilang letak label belakang tin takde siapa nak kisah baca apa semua. Tapi sekarang, label tu WAJIB jadi rujukan kita. :)

So kalau korang beli makanan or minuman ke apa, kalau boleh check la label “no added sugars” or "less sugars" or "sugar free”. Baru la diyakini kan. Buat masa ni yang saya perasan hanya Anmum Essential je yang ada label "no added sugar"... Yang lain saya tak perasan pulak.



Ada 3 perkara utama yang ditekankan dalam ads MOH berkenaan Growing Up Milk Powders ni:

1. Added sugar ada macam-macam nama yang berbeza-beza seperti corn syrup solids, sucrose dan glucose syrup solids

2. Kena tengok kat makanan yang minuman yang korang beli mesti ada label "no added sugars" atau "less sugars" ataupun "sugar free"

3. Hati2 bila sesuatu product yang cakap dia "no added sucrose" atau "sucrose free" tapi padahal ada mengandungi jenus added sugar lain, dia tukar nama je. So hati2 dong.




So korang, kesihatan anak kita sedikit sebanyak bergantung kepada pemakanan yang dia ambil dari kecil. Maka kita sebagai IbuBapa buatlah pilihan yang bijak :)





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Errah said... [Reply to Comments]

agree...

Cik FaRiZaM said... [Reply to Comments]

kurang kan gula dlm makanan, lebihkan dlm senyuman

Qaseh Suhaida said... [Reply to Comments]

betul2...check label first. selain tgk tanda halal & tarikh luput. label kandungan pun kena tgk jugak.

saya tak tipu.... said... [Reply to Comments]

my ilham pon hobi dia makan!tido pon ngigau...nak mummum,nak mummum...ibunye x ngigau la,tp kat otak omg..memanjang mereka cipta nk makan ape!!!!!

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

susah nak tukar susu anak.. sebab dh serasi.. penah try anmum pack percubaan..dia takmo terus minum susu.. camne??







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^