Follow Viruspadu

Thursday, February 23, 2012

Bertunangnya seorang zikri

Dah lama giler cerita ni tertunggak. Boleh la pulak saya terlupa hikhik. Kalau dulu lah... cerita bertunang mcm ni saya boleh pecah doploh entry ni wei. Hantaran 1 entry. sebelum keluar rumah 1 entry. Makan satu entry keh keh. Sekarang dah lain. Boleh pulak langsung terlupa nak abadikan kenangan ni dalam blog. Aiyooo kakjemah... why la you sekarang??? Kalau boleh semua entry nak buat macam wordless wednesday kan HAHAHA. Kepemalasangiler menjadi-jadi. Tak tahu nak salahkan siapa lagi. :p

Maafkan juga banyak emel korang tak berbalas. Yang mana nak letak ads kat belog pun saya tak balas. Ada sebab saya tak balas pasal ads tu. Harap memahami.

Semua hantaran adalah sentuhan kakak ipar saya yang bernama iedalihin. Kalau sesape nak tempah buat hantaran boleh kontek saya selaku manager beliau hikhik. Kita cas harga kawan-kawan punya. #iniseriusni. hikhik

Temanya adalah pink. Sebab kakak ipar saya dengan saya adalah sejiwa. Kitorang suka pink. Lalu adik beradik lain makan hati sebab tak sama :p
 tantek kannn

Sumpah tak igt berapa dulang balas berapa dulang.

Semorang adelah berkumpul kat rumah saya di seremban. En.Badang takde, beliau pegi bersuka ria kat langkawi. So tinggal saya anak beranak je kat rumah. Plannya adik beradik saya akan sampai rumah saya dan rehat2 semua dalam kul doblas ke pukul 1 lah. Then lepak2, dalam kul 4.30 macam tu baru la gerak ke segambut. (eh betul ke segambut?)

Memula kakcik dan family sampai, pastu diikuti oleh adik beradik yang lain la. kakcik sampai2 terpaksa la keluar cari makanan sebab saya tak masak muahahaha.

Kebetulan saya rekod cerita running man yang episod dengan girls generation tu kan. Kitorang tengok ramai2 la. Giler kelakar kot running man ni. Saya tergelak macam nak terkeluar anak tekak

ajai: takpe mama... ada yang lebih teruk dari mama

HAHAHA... ajai tu anak buah saya selaku anak kaklang saya, dia igt mama dia je yang over gelak tengok running man. Sekali makdak dia lagi hover HAHAHA... saya tak boleh nak kaver gelak kalau kat rumah. Macam petir halilintar memecah bumi HAHAHA...

So bila semua dah sampai. Kitorang gerak la.

En.Badang dengan Abah pegi lewat. Badang akan jemput abah. Abah takleh gerak awal sbb nak jaga kedai.

Atam aka ceera juga gerak lewat. beliau mabuk barangkali kalau gerak begitu awal. Maka si sepet ikut ceera. dia jadi bibik :p

Kitorang sewa homestay kat sana. So takde la kelamkabut pada hari kejadian. begitu.

Tengahari itu. Dah bersiap dan nak keluar rumah. Gambar tengahari baru hegeh2 snap sbb en.badang baru sampai kan. kamera kan ada pada beliau.

kaklang dan kakjemah

angah, sepet, kakjem dan mulutbeso :p 
 tergedik2 sebelum berangkat. memang takde motip

anak-anak dara emak. eh dara kewwwwwwww? #pitam
bukankah emak saya nampak muda?

kitorang dah sampai rumah perempuan. nampak tak mak dengan abah kitew jalan pegang tangan?? nampak tak?? sebab tu lah anak-anak dia dilahirkan romantis2 belaka hew hew hew awww.


walaupun beg saya dengan pakaian saya adelah tidak mecing. adakukesah. saya harap kecomelan saya dapat mengaburi ketidakmecingan itu hehehe #ayatkopipesfb :p



anoi tido dalam pangkuan

ceera yang mabuk dan zikri


perbincangan antara kedua2 belah pihak










Emak menyarungkan cincin kat jari tunang uteh.


sah dah bertunang


Hantaran belah perempuan


Hantaran belah lelaki

Scandelistenteng. HAHAHA... dua2 muka bulat.


Lepas ni kalau berjimba dah tak jadi 7 biji dragon ball lagi.  atam takde dalam gambar, pasti dia tengah makan.



Ok dah habis dah.

Saya selalu bila dah panjang jadi malas cerita kan

Nasib la labu. Hikhik.

Tata uols. Jumpa lagi di episod yang lain.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

kazmyra afkar said... [Reply to Comments]

selamat bertunang...

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

muka VP ikut mak la...
sama sungguh :)
adik lelaki yg bertunang ni punye senyuman pun ada iras2 VP gak...
best je adik beradik muka iras2 ni hehe :D

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Aah mak akak nampak sungguh mudaaa

@hasney^-^ said... [Reply to Comments]

selamat bertunang.....both so sweet...macam berlian dan permata..jerk...semoga nikah nanti kekal hingga ke syurga. akak doakan.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^