Follow Viruspadu

Wednesday, February 29, 2012

Datang Berziarah...


Hari ni cam biasa, waktu lunch aku gi amik dua org escorts dari sekolah diorg. Dalam perjalanan untuk hantar ke rumah penjaga, si Nisa sedang bermain blackberry aku (sebenar blackberry dia.. aku pinjam sebab blackberry aku rosak.. hakhakhak)..

Sedang dia leka main2 blackberry tu, mungkin dia tertekan ayat qursi yang memang tersimpan dalam fail itu. Bila bacaan ayat qursi tu berkumandang, perlahan2 air mata An-Nisa bergenangan. Terus dia pekup muka dia dengan bantal kereta. Dia menangis sampai sedu-sedan.

Aku: Kenapa ni kakak?

Nisa: Kakak sedih... Kakak teringatkan Alesha. Dah lama dia tak datang jumpa kakak. Kakak rindukan Alesha.

Aku betul2 terkedu. Sedangkan masa arwah kakak dia meninggal dahulu, si Nisa belum wujud lagi di dunia ini. Macam mana dia boleh bercakap cam tu?? Adakah arwah kakak sulungnya, anak pertama aku sering datang berziarah??

Nisa: Kakak suka main ngan Alesha. Dia baik. Selalu jaga kakak...

Mungkin betul, arwah kakak dia selalu bermain dan menjaga adik2nya. Moga arwah terus menjaga adik2nya selamanya. Jika tidak di dunia dalam alam nyata ini.... sekurang-kurangnya arwah menjaganya dari alam yang satu lagi


dipetik dari belog en.badang

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

sebak hati bila Nisa ckp mcm tu..
bila2 ada kelapangan boleh lah selalu menziarah pusara arwah sama-sama dgn anak2...

Al-Fatihah

saya tak tipu.... said... [Reply to Comments]

touchingnyer........







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^