Friday, February 03, 2012

Hai Uols

Dua tiga hari ni, ataupun lebih senang cakap... lately ni saya bz tertonggeng-tonggeng #tolongjanganbayangkan HAHAHAHA

Tapi saya suka bz macam ni sebenarnya. Betul suka. Betul suka sebab saya tak buat #TDDMKA tau hiks. Cumanya kekangan saya adalah rumah saya jauh kat seremban nun tsk. Selalu bekejar kul 4.30 nak balik naik bas padahal keje banyak giler pastu susahkan orang lain tolong cover :(

Buat keje sambil dengar lagu adelah terbaik, pastu pura2 tak dengar bunyik tipon boleh tak? :p

Semalam saya balik lambat lagi tau. Nasib la ada bos prihatin, tolong hantarkan saya kat kl central. Umangaihhhhhhhh... dia punya ramai orang kat situ tak terbayang saya macam tu punya ramai. Rasanya tobat taknak naik dah tren lepas ni kah kah kah. Dua tren saya terlepas tak dapat naik sebab kena tolak tau tak. Sengal. Tapi rasanya itu benda biasa kot bila dah ramai2 orang macam tu kan. Semorang pun nak balik cepat.

Dah la ramai orang. Saya dah la tak tahan bau rokok rasa nak muntah je. Siapa hisap rokok tolong berdiri jauh2 sikit please HAHA. Nampak sangat kakjem mengada kan :p ... Tapi memang saya tak tahan pun. Selalu cover muka biasa2 sbb taknak orang smoke kecik hati. Padahal sebenarnya muka dah nak biru sebab tahan napas hehehe.

So, tren ke 3 baru saya dapat naik tau. Dapat naik je la tapi tak dapat duduk pung. Dah la kene berdiri takde tempat pulak nak pegang. Last sekali untuk mengelakkan diri daripada jatuh tergolek2 tak tentu pasal terus saya bersila. tak pedulik hiks.

Akhirnya semalam sampai seremban kul 9.30 lebih2 jugak lah. Dia punya penat tak tahu nak cakap lah. Punya la penat. Dengan laparnya lagi. Daripada kul 6 dari office, sampai rumah 9.30 mlm. Dah macam dr seremban nak gi johor plak rasanya. Mencik.

Saya harap hari ni saya tak balik lewat lagi. Hari ni nak balik macam biasa je. Badan saya penat lah.

Tolong urut kakjem boleyyyyyyy??



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Adibah said... [Reply to Comments]

naik bas je la jemah, naik komuter tu kena bayar lagi, kan awak pakai pas, turun kat pasar seni tu ambik bas sks..sonanggggg

Love Razila said... [Reply to Comments]

tuntukan keje...wat to do =)
Bravo VP dah agak berani utk naik train after pengalaman pertama =)

shark said... [Reply to Comments]

weee~
mama kita posing mcm anak gadis ler plak:p
ala2 comey gtu:)

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^