Follow Viruspadu

Wednesday, February 15, 2012

Peneman.

Kepala saya agak sakit hari ni.

Saya syak saya ni stress. Tapi saya sebenarnya takde la rasa stress sampai nak cabut bulu kening orang pun. Rasa macam banyak keje je la. Tapi tekanan tahap dewa tu memang tak la.

Tapi leher saya ni rasa keras giler. Rasa nak pandang kiri kanan tak selesa la kot. Lepas tu kepala nyut nyut sampaikan tarik ke bijik mata ok. Memang la saya gelak pasal harimau mati meninggalkan tulang tu sambil berair2 bijik mata, tapi itu bukanlah punca hehe.

Sebab simptom2 ni ada kalau kita stress kan. Hurm... saya rasa saya ni tak cukup tido lah. Sebab tu la kot. Maka esok saya EL. Sekian terima kasih. HAHA tetiba nak EL kan :p

Saya memang suka anak patung #tetibaubahtopik

Saya suka bear, anak patung dan rakan-rakan seangkatan dengannya. Saya pernah pesan dengan en.Badang kalau besday saya ke apa ke, nak bagi saya happy senang je, belikan saya bear sebijik. Setel masalah. Dulu la... masa saya belum materialistik lagi wakakaka #pitam. Sekarang bear mestilah seiring dengan cincin berlian atau pun banglo atau pun kereta sebijik atau pun henbeg LV. Hambek ko hadiah taknak kalahkan. Padahal habuk pun takde HAHAHA.

Maka... tu dia. Bear peneman saya kat office.
Lopezo dan Popina (nama baru je cipta)
ala tomei tomei
(ok maksud saya bear itu)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

R.R.Z said... [Reply to Comments]

comel! sgt

*akak n teddy bear tu*







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^