Follow Viruspadu

Monday, February 13, 2012

Seminar itu 2 jam.

Setiap pagi rutin. Baca emel. Baca emel. Baca emel. Balas emel. Baca lagi. Kendian blur tak tahu nak balas apa :p . Baca delete. Baca kiv. Baca.

Kendian saya terbaca satu emel seminar Tableau di Singapore. Dan terfikir. Kalau dapat pegi memang best ah sebab saya memang pakai Tableau pun. Tapi niat nak pergi saya simpan je dalam hati sebab saya baru lagi kot kat sini. Macam... mungkin tak layak lagi. Mungkin orang lain yang lebih sesuai untuk pegi.

Tetiba bos saya melintas depan bilik

"zaimah, awak tengok tak emel tableau, awak nak pegi tak?"
"tu la saya tengok jugak tadi, ok jugak :p"

Ok emoticon jelir lidah seperti ini :p tu saya tambah, takkan saya nak jelir lidah pulak kat bos saya kekeke. Ko giler ke Jemah :p

Mulanya saya cemas jugak nak handlekan seminar tu sendiri. Sebab saya ingat saya kena contact sendiri pihak penganjur, pastu buat paperwork kelulusan, pastu tempah flite ticket, pastu booking hotel. Saya rasa saya tak mampu kot nak handle benda tu seiring dengan workload saya yang phewwwwwwwww.... mintak nyawa ok.

Memang terima kasih banyak-banyak kat KakNor dengan Farah yang setelkan semua. Saya tinggal bawak badan dengan passport je uols. Tiket flite hari isnin tu pukul berapa pun... saya tengok emel ahad tu. Seminar start kul berapa pun saya tengok masa saya dah sampai Singapore.

Saya betul-betul tak sempat tau. Yelahkan. Ada masalah sistem minggu tu, kan saya balik lewat sampai malam bagai tu, lepas tu dalam masa yang sama, jumaat tu en.Badang pegi langkawi tinggalkan saya dengan anak-anak. Pastu sabtu tu plak saya dah bergegas nak ke Felda selancar uteh bertunang. Balik seremban ahad, Isnin dah kena pegi Singapore kan. Badan saya rasa letih giler kot. Balik Malaysia esoknya selasa. Sampai seremban dah malam dah. Rabu kena kerja sebab saya takleh amik cuti kerja banyak giler.

Yelah yelah jemah. Kau je lah yang sibuk dalam dunia ni HAHAHAHA. Panggggggg.

Memang terima kasih sgt kat Kaknor, kalau kaknor takde memang la tak pegi seminar la jawabnya saya ni. Saya nak cari kursus sendiri ke obersi memang liat la kan. Tapi wajib kena cari jugak setiap tahun. So tahun ni dah legaaaa :p Tahun depan kita pening balik hehehe. KakNor datang bilik suruh saya sign je, yang lain dia uruskan. Lepas ni kena belanje kaknor la... KakNor memang terbaik ah kaknor... LOVE u :)

So saya memang pegi melenggang lah... maksud saya, saya bawak la beg pakaian saya, cuba bijik butir flite ke hotel ke semua farah yang setelkan. Terima kasih farah. Awak memang best giler lah. Masalahnya saya dengan farah ni walaupun rakan sekerja, saya tak pernah kot jumpa dia hehe. Kitorang selalu emel2 dengan sms dengan koling2 je. Jumpa tak pernah ok. Bila sampai KLIA je mengelupur cari yang mana satu hikhikhik.

Saya bawak la nisa dengan anoi sekali. Umangaih dorang punya lasak boleh kena sakit jantung ok. Bila ada sakit jantung bagai, bila takde sunyi rindu dendam plak. Acane :p

Flite kitorang kul 4 (kot, sumpah lupa dah), tapi flite delay sebab hujan lebat. Haru betul. Sebab kitorang dah duduk dalam flite dah tetiba hujan. kematu bontoit dalam tu takleh nak buat hape. dalam kul 5 gak lah baru flite gerak. Dalam kul 6 jugak la baru sampai singapore.

memula saya diskas la dengan farah, nak naik teksi ke apa ke kan nak pegi hotel. sekali tengok flatrate teksi dia, pitam mak nak. SD45 kot. Kalau kat Malaysia saya tak kisah sangat patplolimahengget tu HAHAHA. Tapi ko tahu2 je lah dah sampai sana. Kepala hotak memang tengok semua benda terus kali dengan 2.4 ok

Saya tukar duit RM1k dapat SD409 kot. Haiyoooo.... sentap. kalau macam ni nak beli air tin harga SD2 (agak je harga) saya minum sambil gigit tin sekali HAHAHA over kau!

Ok la kalau hotel jauh berbaloi jugak la bayar, kalau hotel sebenarnya seberang airport je canne. Menangis air mata darah la kau di sana kan. Dah la saya tak gugel survey hotel dia kat mana. Hotel dengan airport dekat ke jauh. Aiyo not good la tak prepare langsung kan.

Pastu farah cakap makcik dia datang jemput. Syukur Alhamdulilah. :)

Makcik dengan pakcik farah ni baik giler ok. Tersangat la baiknya. Dah la baik kelakar giler pulak tu. Saya sampai tak sempat nak bercakap sebab nak gelak je. Best la dorang. Dah la romantik giler. Baik giler. Untung farah ada pakcik dan makcik macam tu <3 .

Saya dan Farah


Mula-mula dorang bawak kitorang balik hotel. Pastu lepas maghrib terus belanje kitorang makan kat "tengah jalan" HAHA. Saya lupa dah nama tempat dorang bawak makan tu. Meriah la kat situ. Syiok. Lepas makan bawak lagi jalan-jalan tengok singapore.

 Untie Rose, untie cha, saya dan farah

memang syukur sangat la. kalau untie rose, untie cha, uncle lin dan uncle din dan Farah takde, mungkin seminar kali ni saya terperap je dalam bilik. Saya ni dah la buta jalan. Memang takkan berani berjalan mana2 lah.

Saya bersyukur kerana selalu ditemukan dengan insan yang baik-baik :) Terima kasih Allah.

So lepas penat berjalan, uncle dan untie hantar kitorang balik hotel nak kul doblas jugak lah. Then kitorang2 kejap terus tido. Esok pagi masing2 malas nak bangun pagi hehehe. Seminar start kul 930. Kitorang lepak kat traders hotel. seminar kitorang sebelah hotel je, hotel regend. So kul 8 keluar bilik. sarapan roti je sebab yang lain bimbang sikit nak makan. kul 9 terus berjalan kaki ke sebelah.

Kul doblas seminar habis.

Simple kan.

:p

kitorang checkout.

Plan nak gi jalan2 lah. Kitorang pegi lucky plaza tau.


tapi bayangkanlah yang pegi shopping sambil heret beg. dah macam peserta AF yang tersingkir terus gi shopping HAHA.  tak sesuai kan. rasa tak best la jugak. tempat simpan beg pun takde pulak kat situ. hurm. terus hilang mood hokeh. terus cari makan. Nak makan pun satu hal kat sini. Kena cari yang Halal kan. masa ni lah saya rasa bersyukur giler saya tinggal kat Malaysia sebab boleh makan kat mana-mana yang saya suka. Boleh makan sedap2 dan murah hehe.

lepas makan terus amik teksi terus lepak airport je.

then tunggulah kat airport tu sampai bengkak2 muka kebosanan hehe. Niat nak shopping memang ada. Tapi tulah. Tiap kali nak beli je mesti convert duit malaysia. Kansel mek! bayangkan nak lepak starbuck pun saya kansel okeh. Giler ah. rasa mcm pembaziran plak.

Ok tu je :)

Dan... Singapore memang negara yang bersih dan cantik :)
harap dapat ke sana lagi bersama insan kesayangan



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

best la kak jem jalan2 free :-) obersea plak tu..

sania said... [Reply to Comments]

Kakjem, kakjem ke yg sy nampak tadi kat kafe miti???

viruspadu said... [Reply to Comments]

Sania, ye betul la tu :p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^