Wednesday, March 14, 2012

Episode 31: U Pink My Heart

Hati saya berdebar-debar sangat.

Lepas saya meninggalkan en.laloque bersama abah saya dekat kedai. Saya terus blah tak toleh belakang dah. Aje giler ko nak toleh lagi. Saya punya cemas tak tahu cemana nak gambarkanlah. Kalau rahang mulut ni pakai skru memang lama dah tercabut. Bibir dengan gigi pun tak tahu cemana nak bekerjasama membentuk satu senyuman ok. Huishhh...

Yelah ini merupakan satu keputusan yang sukar jugak. Melibatkan masa depan kan. Walaupun sebenarnya kitorang memang dah ready dah (gatalnya) nak kawen. Tapi bab nak jumpa keluarga ni osah rasa nak tercabut kepala lutut dibuatnya.

Perjalanan dari kedai abah ke rumah yang dekat tu pun saya berpeluh2 nak sampai ok.

Saya yang penik terus lepak dalam bilik. Tunggu en.laloque call. Aishhhh lama sungguh beliau nak melaporkan kejadian ni. Giler tak sabar kan.

Dan beberapa ketika kemudian. Enset saya pun berdering. (saya tak berapa ingat sangat dialog cemana, tapi semua ada dlm diari saya hikhikhik)

"Abang... macam mana... Abah cakap apa? Abang cakap macam mana tadi? Abang cakap apa? Abah marah tak? bla bla..."  ~soalan bertalu-talu

dengan selambe je en.laloque jawab

"ok je, semuanya ok"

Siot punya jawapan HAHAHAHA ... kalau kita tengah excited tetiba orang jawab macam tu memang sakit hati kan. macam kita taip sms panjang2 tetiba orang balas "k" je. Memang nak mintak penampar jawabnya. tak sukeeeeee.

Mana aci jawab macam tu. So lepas tu saya paksa en.laloque cerita daripada start dia bernafas kat kedai tu haha.. kalau dia tergelak pun kena bagitahu jugak. Saya nak dengar detail. :p

jadi dah selesai bertanya-tanya ni... bila family en.laloque nak datang merisik?

bersambung...











ok tipu. HAHAHA

belum bersambung lagi.


Dan hari merisik pun tiba. Tarikhnya 22 Mac 2003. Saya ada tulis sedikit catatan dalam diari saya pasal hari merisik. Tapi bila saya baca saya rasa malu. Kenapalah saya rasa macam tu. Mungkin jiwa remaja bergelora agaknya HAHA. Malu je. Sayang takde gambar masa hari merisik tu.

Yang saya ingat masa tu family saya masak tengahari. Lauknya gulai daging salai. Masa tu kecoh la rumah. Macam nak raya. Semua adik beradik berkumpul masak sesama kan.

Family en.laloque datang dengan family maklong dia. Saya memang tak dengar apa yang dorang sembang la. Saya kat dapor je. Nak angkat dulang air bawak kat tetamu pun saya tak boleh ok. Sebab tangan gigil tak boleh blah.

Cuma yang saya paling ingat adalah saya punya muka asik rasa nak senyum je kekeke.

Tetiba akak turun dapur bawak bekas cincin merisik. Saya eksited giler nak pakai walaupun dah tahu cincin apa kan. Yelah dah lama dah beli kan hikhikhik. Bukak2 kotak kosong HAHAHA. Semorang gelakkan saya. HAHAHA mencik dengan pembulian ini okeh. Akak saje je oooo kena kan orang. Akak mesti dah tak igt dah apa dia buat membuli adiknya dulu hikhik

Lepas tu. Yang terpaling saya ingat. Mak saya pegi dapor suruh saya goreng keropok lekor tau. Sebab lepas makan tengahari. Lepas tu bincang balik. So macam takde benda nak makan2 kot. So saya pun tak banyak komplen (nak kawen la katakan hahaha) terus potong kopok lekor nak goreng. Tengah goreng2 tu tetiba mak kata tak jadi sebab tetamu nak balik dah. Mak suruh saya naik atas salam bakal makpak mertua ehem ehem malunyewwwwwww... #gediks

Saya cuci tangan, terus lap2 tangan kat baju je. Salam bakal ehem ehem mertua ehem ehem #maleww

Masa salam bakal maklong saya

"goreng keropok ke tadi, ha tangan pun bau keropok ni" ~ lebih kurang ayat gitu la, saya pun tak igt sangat
"a ah" ~ senyum sengih malu-malu

wahhhhhh... masa tu dalam hati saya cemas ... bimbang orang igt saya pandai masak dan rajin ke dapor. yelahkan tangan siap bau ikan memang ciri2 menantu mithali la kan. Padahalll... goreng ikan pun tak tentu lepas HAHAHA

Alhamdulilah. semuanya selesai.

Bersambung.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^