Follow Viruspadu

Tuesday, March 13, 2012

H005

Ritu kaklang call saya, ajak join larian amal ni, One Vision Run 2012. Sorang kena bayar berapa ntah kekeke. Saya tak ingat sebab saya tak bayar lagi kat kaklang ahak ahak ahak. Hampun kaklang. Mek lupa. So dah alang-alang kaklang kata semua join, makanya kitorang 4 beranak join sekali lah. Saya, badang, nisa dengan anoi. Ramai-ramai baru la syiok kan. Lagi pun ini lari untuk suka-suka je. 3 km je kot. Dekat je. Tak macam merentas desa time sekolah dulu. Bergegar urat sarap nak sampai finish.

Larian adelah hari ahad. Bukan ahad lepas. Tapi ahad dah terlepas-lepas dah. Baru sekarang ko nak hapdet ek jemah? :p Biasalah saya ni sekarang. Kalau saya cerita pasal kejadian hari sabtu contohnya, janganlah menjangkakan sabtu tu baru berlaku, sebenarnya sabtu yang ... mungkin bulan lepas punya sabtu HAHA. Tapi takpe. Ada siapa kisah? chewah.

Maka, kitorang adik beradik berkumpul kat rumah mak pada hari sabtu.

Kaklang paling kecoh. Sebelum dia balik rumah siap jengok kat bilik pastu perli

"boleh ke bangun awal esok ni?"

cissssssss... kitorang kul 545 dah bangun ok. Sebab janji nak jumpa kat sana kul 7 kan. Tapi batang hidung kaklang pun tak nampak. Lambattttttt... Mencik tau.

Gelap-gelap makcik dua orang ni dah stenbai nak lari dah

Kitorang satu famili dapat nombor H005. 
Nampak sangat pakai orang dalam ni kan. Sebab tu dapat nombor awal-awal.

Saya baru perasan muka anoi sama dengan muka saya 
maksud saya ketembaman dia :p
Sebab saya ada gambar kecik-kecik dulu macam ni
 Famili saya dengan kakcik satu kereta.

Sementara tunggu... Uteh dengan tunang dia sampai dulu.

Saya adelah sangat rapat dengan uteh. Kalau korang dah baca blog ni dari zaman dedolu lagi mesti tahu yang saya super manja dengan dia. Lepas ni kalau dia kawen, saya mesti rasa kehilangan sikit. 

Kakjem berlari dengan bawak henbeg, pastu pakai cardigen... adoiyai... macam taknak lari je.

Nisa bersungguh2 nau lari. 

Nisa dijaga oleh Badang. Saya jaga anoi. So kalau dah nisa lari macam tu memang ketinggalan lah saya dengan anoi kat belakang. Anoi pulak baru jalan dua tiga tapak mintak dukung. Saya dengan enbeg lagi nak pegang. enbeg dah la berat macam bawak batu. Anoi plak. Korang tengok anoi tu boleh agak tak berapa berat dia? Phewwwww... Keluar peluh hulkogen saya okeh. Tak boleh blah.

Makin lama berjalan, makin semorang hilang dari pandangan. saya dengan anoi tetap menten berjalan.


Tetiba nampak en.badang patah balik mencari bini yang hilang kekeke. Sumpah terharu. Mesti dia risau. Dia tahu kan bini dia buta jalan. Konfem sesat lah kalau dibiarkan sorang gini. Nisa pulak kaklang take over. 
 Korang nampak baju lain-lain kaler kan. Setiap kaler tu laluan dia tak sama tau. Dorang punya finish jauh lagi. Nasib korang la ye.

Akhirnya sampai jugak.






Sampai-sampai je... Penganjur terus cakap

"ini dia calon ibu mithali"

HAHAHAHAHA... memang mithali la sangat, bahu gua dah nak tercabut dah ni.

Semua menunggu kakjem. chewah.

Pengaruh korea kekeke... Saranghae.

Dan bila dah berkumpul, ini adalah masa untuk bergedik-gedik.


Gembiranya en.Badang sebab isteri dia berjaya memfinishkan larian. Kalau tak dia bimbang dia kena dukung anoi dengan bini dia sekali. HAHAHA. Bukan tak pernah buat. Saya selalu dera dia dukung saya dari dapur ke tingkat atas HAHAHA.

Happy... happy


 Lepas dah hilang lemak sekilo. Kita tambah lemak lagi 3kilo.






Ok dah habis.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Myvitrd said... [Reply to Comments]

berlari memang menyehatkan badan.. dah lama tak join larian ni.. dulu sebelum kawin memang aktif.. 10km dah jadi kebiasaan.. sekarang mungkin 3KM pun dah pancit kot.. hehehe

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Fuh mantap laaa kakjem berlari ngan handbagnya, dengan anoinya lagi. Haha kagum !

kak, bab dera en badang dukung tu tergelak saya, sebab saya pun kalau kat rumah suka dera laki saya dukung, dari hall ke bilik, dari dapur ke hall. kahkah. Nasib rumah tak bertingkat, kalau nak dukung ke tingkat atas, pitamsss

Love Razila said... [Reply to Comments]

Hahahha,gelak dah terus gelak. kelakaulah..un-imaging with h/bag n anoi. Alahai sunggoh, but kesian kat ceera sbb dia melagut saja di rumah xboleh joint. ahaks...

Pn. Ila said... [Reply to Comments]

tudung bawal...hehehe tgk awak pakai tudung bawal buat saya rasa nak start bertudung bawal semula pulak. tapi tudung bawal saya dulu banyak dah sedekah kat org. Eh, Jemah...salam perkenalan ek!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^