Follow Viruspadu

Tuesday, March 13, 2012

Kakjem menang iPhone 4s

Patutlah saya berdebar-debar dari siang tadi. Rupanya nak dapat rezeki. Alhamdulilah.

Saya hadir maxis event tadi sebenarnya. Dan sebenarnya saya adalah terlupa betul pasal event ni. Sebab saya ingatkan hari khamis. Nasib baik ceera sms ingatkan saya pasal event ni sebab dia tak boleh pegi keisha demam. Bila ceera tak pegi saya pun dah berbelah bagi nak pegi ke tidak sebab saya plan nak pegi dengan dia, saya manade kenderaan nak gi sana. Lainlah kalau abang driver bas sks nak hantarkan keh keh keh.

Lama jugak la saya fikir sambil diskas dengan en.badang. Last2 saya amik keputusan pegi jugak. Then terus call farah bagitahu saya hadir :)

Kalau korang ada kat twitter, nampak la saya twit2 pasal maxis event. Pastu gurau2 nak dapat iPhone4s. 

Dan tak sangka sangat nama saya jadi nama bertuah tadi. Alhamdulilah dapat menang iPhone4s wohoooooo. Masin mulut hehehe.

suka sangat sampai rasa nak lompat-lompat kat situ. tapi macam biasalah. kakjemah menten cute kah kah kah. cute ke kau!

Terima kasih Maxis. Terima kasih nuffnang. Syukur Alhamdulilah :)

Detail pasal event ni, kat entry lain ek. Sekarang kakjem nak tido sambil tersenyum dulu.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

22 komen[s]:

Just.wanie said... [Reply to Comments]

tahniah kak jem ..

tumpang gembira =)

ajumohit said... [Reply to Comments]

tahniah jemah, this is 2nd time menang ihone 4 kan? very the luck gitu!!!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

ni mmg betul2 masin punye mulut hehehe :D congrats!

iphone lama leh la bg kat anak2 hahaha :D

muncitzzz =) said... [Reply to Comments]

bestnye...tahniah...=)

sweethOneY said... [Reply to Comments]

wowwww bertuahnya kakjem. taknak letgo murah2 ke tu? :P

Mya said... [Reply to Comments]

dah wish congrates kat twitter.
nak wish lagi kat sini...
congrates dik jemah!! :D

ibuhebat said... [Reply to Comments]

bertuahhh kak jem! Tahniah ya :)

@e_da said... [Reply to Comments]

wah bertuahnya.. sekarang ada 2 iphone la ye... mmg bertuah badan

Myvitrd said... [Reply to Comments]

wah rezeki tak disangka-sangka ni.. hehehe

atty's said... [Reply to Comments]

Tahniah..vp..

Liyanaroxx said... [Reply to Comments]

perghhhh bestnyaaaa!!!rezeki tuh~

NadyaBubble said... [Reply to Comments]

Tahniah tahniah !

edrina said... [Reply to Comments]

Congrats VP!! Mmg betul2 bertuah neh! syoknyaaaa
Akak pun nak iphone 4s freeee pleaseeeee ekekekeke

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

tahniah *nada tak berapa nak ikhlas* i hetchiuuuuuuuuuuuuuuuuu.. nak jual murah sila contact ai ;)

AlyzaFisol said... [Reply to Comments]

tahniah kak jem...senyum la abg badang dapat hp baru... :D

mommyNadia said... [Reply to Comments]

wowee best tu!!
Congrats ;)

Love Razila said... [Reply to Comments]

lalalala....bahagianyer hidup :)

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

nyampah aku baca.. klu aku pegi mesti aku yang dapat tau kahkahkahakh

Hazman said... [Reply to Comments]

UNTUNG laaa.... nak pinjam seminggu yea... nanti i amik kat komuter sban yea..

Nadiah said... [Reply to Comments]

wow..bestnya kak....Tahniah....

Sha said... [Reply to Comments]

rugi.... sbb sha x sempat nak bgambar dgn cik puan viruspadu.huhuhu

oneyani said... [Reply to Comments]

Wah agak2 ape ni bole free...jelesnye







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^