Follow Viruspadu

Saturday, March 17, 2012

Matta fair ke redang la kiter

Tadi saya pegi Matta Fair kat PWTC.

Dah plan lama ni wei. :p ... Plan nak pegi lah yang dah lamanya. Plan nak pegi mana baru je plan baru-baru ni. Masa saya cuti seminggu tu lah, yang en.Badang pegi Terengganu tu kan. Masa kitorang call-call rindu gitew tetiba terplan nak gi jenjalan kat Pulau Redang. So diskas-diskas tunggu offer kat Matta Fair la kan.

So senang la, pegi sana dah ada hala tuju. So terus je pegi kat area dalam negeri.

Kitorang keluar rumah dalam kul 9 ke 10 gitu jugak la. Dah terasa-rasa dah mesti jalan kat sana jem ya hamat. Sebab memang tetiap tahun pun macam tu kan. Tapi papehal pun sebelum pegi singgah rnr dulu lah. Makan sarapan. Perut kakjem ni kena jaga. Kalau lapar nanti kang tetiba takde mood terus nak balik je kang HAHAHA. Mengades.

Dalam kereta menuju ke RNR. muka happy la sebab nak gi makan kan :p

Jalan kat sana memang banyak kereta la. Tapi mungkin sebab awal lagi kan. Orang lain plan nak keluar rumah lepas zohor kot. Sbb tu jalan tak jem sangat tahap parking (read: tak bergerak) lagi :p . So ok la. Cari parking pun tak susah sangat.

Semuanya berjalan lancar.

Sampai-sampai sana apa-apa cari toilet dulu. Kakjem kan lepas makan je mesti sakit perut kah kah kah.

Kena bayar sorang RM3 untuk mendapatkan gelang ni :P


Oyye, kitorang gi berdua je. Anak-anak tak ikut. Memangnya taknak bawak dorang tempat sesak macam ni. Bahaya takut hilang tu satu hal. Dorang berlari nanti satu hal. Dorang nak berdukung pun satu hal. Dorang tak suka pun datang tempat ni. Tak fun pun. Kitorang x plan nak tengok-tengok lama pun. Kitorang just plan terus ke booth redang, booking dan balik.

Macam ni lah. Booking dan Bayar. Dan terus pulang. Tak sampai sejam pun kat sana.


Pakej yang saya amik ni nak kata murah bebenau pun tak la sangat. Sorang kena bayar RM368 bilik dia sea view. Kan... tak murah sangat kan. Murah sikit je lah daripada harga biasa. Harga biasa RM4++. Tapi takpelah. Ada yang saya tengok yang offer RM2++ pun ada. Tapi cara dorang bg detail tu meragukan pulak. Ntah apa chalet yang dorang include dalam pakej. Takpelah. Jangan kejar yang murah sangat kang tak selesa kang tak best jugak. Chewah. Ini ayat tenangkan diri sendiri je ni HAHAHA.

So tadi saya booking. Sorang bayar RM100  je lah. Nanti sebulan sebelum pegi baru bayar penuh.


Papehal, kena amik gambar dengan idola dulu :)


Tengah-tengah jalan nak balik, en.Badang dah terliur-liur pulak nak makan hotdog ni. Layankan je lah. Memang sedap terbaik.
Kitorang jalan jalan dan makan. En.Badang makan korang tahu je lah. Dia punya segigit sama dengan kakjem punya 4 kali gigit. HAHA. Makan telan ke apa. Tetiba dah habis.

Saya tengah terkedek2 makan. Menikmati kesedapan hotdog. Tetiba.

"ma tak habis kan, meh sini papa habiskan"

#bunyikcengkerik


Sukatik je nak orang punya HAHAHA. Sengal.

ok dah tu je.
kalau korang nak gi Matta fair adelah sangat dialukan.
saya tak sempat nak tengok pakej over the sea. Takpe. Next punya matta fair kita plan gi jauh2 sikit hek itu pun kalau ongkos membenarkan. Bai


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza


TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Belum pnh g matta fair..tp dgr best2 pakej kt situ..

Gieyana said... [Reply to Comments]

Kena tunggu MATTA Fair kt Penang la..plan nk Redang gak..:)

Sha said... [Reply to Comments]

sha ada pakej redang. redangkalong

anyway enjoy the trip k!!!! :]

oneyani said... [Reply to Comments]

Bestnye akak tetiap yahun dot pg mata fair..yani xpernah pg pon lagi..nanti dtg redang bole jumpe akak hihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^