Follow Viruspadu

Tuesday, March 20, 2012

Saje nak membebel-bebel

Saya rasa keadaan saya agak sukar sekarang.

Semua projek yang diplan termasuk bisnes, blog, bla bla bla semua saya tak dapat nak tengok pun. Sebab badan saya penat ya hamat.

Saya kalau dapat mintak tukar ke putrajaya pun rasa nya dah Alhamdulilah sangat. Sebab boleh jugak saya apply kuaters. Sebab KL punya kuaters dah penuh dah. Memang takde harapan nak dapat.

Tapi permohonan pertukaran saya tu macam tak nampak bunga-bunga bahagia pun. Rasanya tak dapat :( ...  Yelah saya tak sampai setahun lagi kat KL ni. So peluang nak tukar tu tipis lah. So saya pasrah je lah.

Yang sebenarnya saya suka sangat keje saya sekarang. Cuma saya tak tahan penat sangat. Hari2 bangun 4.30 pagi. Malam pulak tido tak tentu masa. Malam tadi saya tido kul 1.30 pagi kot. Hari ni dah macam zomba. Tapi zomba versi somel la kan HAHAHA. nak jugak comel tu :p Pastu balik terkejar2 kul 4.30. keje tak siap, tapi kecoh nak balik. Ha canne tu?

Anak-anak saya tak berapa saya uruskan. Suami saya pun. Blog terabai jugak. Rumah lagilah saya tak berapa nak uruskan kalau dah penat sangat.

waaaa......

Tak suka la macam ni...



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

aishah jamrek said... [Reply to Comments]

kak jem, boleh je apply kuarters putrajaya even keje kat kl..nanti dapat rebate lagi sebab keje luar kawasan.better check dengan bph.

viruspadu said... [Reply to Comments]

lagi susah tak saya nak pegi keje kat KL. saya nak gi KL, en.badang nak gi seremban. Macam kos lagi meningkat tak ek?

ina ariffin said... [Reply to Comments]

slm, kak jem saya dlu penah berulang dr seremban - kl, seremban - putrajaya masa lom kawin. dah kawin lak kl - putrajaya..mmg meletihkan. umah toksah citer la, sabtu ahad cuti pon tak leh nk handle sbb study part time. sbr je dlu, insyaAllah pas dah sethn mintak tukar. tak pon en badang apply tukar sekali..haha pndai2 je saya. apa2 pon itula pengorbanan seorang wanita dan ibu. :)

Love Razila said... [Reply to Comments]

Emm terpikir...VP bangun seawal 4.30 utk ke tmpt keje sedangkan sy..alah opis sekangkang kera je- dlm 5min dah sampai, tp pon merungut gak penat memandu..ate camner tu??
Bila pikir balik...baiklah saya keje mcm dl ulang alik sg buloh putrajaya kompom2 boleh bg reason penat driving. Hehehhe

kinna said... [Reply to Comments]

tak pernah keje "luar negeri" so tatau camne. berulang puchong-kl selama pat tahun pon dh rasa penat gile..penat dok harung jem la..takpe, tiga thn tu sekejap je..pejam celik pejam celik dh 3 thn, leh tukar ofis (anoi pon dpt adik, mereka hidup bahagia akhirnya...acewah...)

sayazakiah said... [Reply to Comments]

saya doakan akak sefamily happyyy. :)

shiela said... [Reply to Comments]

sy dgr pun dah letih..huhu..dan sy dapat bygkan cmne kak vp nye daily routine tu..perghh..penat..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^