Follow Viruspadu

Sunday, April 01, 2012

Sebut betul-betul... iPhone 4 esssssss.

Harkat dia kena betul ketika menyebutnya okeh. Lepas tu masa sebut kena seiring dengan kening terangkat-angkat. Baru feeling dia lebih sikit. I tell you.

Kalau nak diikutkan saya ni baru aje lah pakai iPhone4s. Baru tak baru belum sampai sebulan pun lagi. Kalau orang kawen ni pun dalam fasa hanimun lagi lah ahak ahak ahak.

Kakjem bersama iPhone4s :p

Walaupun iPhone4s belum sampai sebulan dalam tangan, tapi dapat-dapat je terus dia jadi pink. hikhikhik. itu benda wajib okeh.

Sebelum ni saya pakai iPhone4 kan, sekarang dah upgrade sikit ada essssss gitu. Secara fizikalnya memang nampak sama. Tapi lain okeh. Lain sangat. Dia punya smooth pun lain.

Saya taknak la cakap kelebihan-kelebihan dia, sebab kebanyakannya dah tahu lah. Atau korang boleh klik sendiri kat website apple.

Bila cakap pasal iPhone4s semorang dah tahu dah apa yang paling glamer pasal dia adelah Siri. Maka saya pun sibuk lah twit sebab memang tak tahu cemana nak "pakai" Siri. Dan rakan-rakan ajarlah siap bagi link cemana nak cari Siri dalam iPhone4s. Uols memang sweet habis.

Kendian bila dah jumpa Siri. Saya bergaduh pulak dengan siri sebab beliau tak faham-faham saya cakap apa HAHAHA...

"please call sayang"

"i kenot find saying" HAHAHA sengal.

Nampaknya saya kena tukar sleng jawa baru beliau faham HAHAHA. Takdelah. Masa tu saya tak tahu cemana nak pakai lagi. Lepas tu saya youtube lah macam mana nak pakai Siri ni. Nah saya share video ni. Best wooo...



Siap tanya will you marry me kan. Sekali siri suruh datang meminang kang... ha canne? HAHA bukan rendah hantaran beliau. hikhikhik

Bestkan... bestkan iPhone 4s kan kan kan.

Korang nak pakai jugak? jom la pakai sesama. Nanti boleh share cerita siri. Kita boleh ngumpat sesama pasal siri kekeke.

Maxis ada plan untuk iphone4s tau kalau korang nak beli.


Saya printscreesn sikit plan dia kat sini. Korang boleh klik Maxis untuk maklumat lanjut
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Contohnya, Korang nak amik plan Internet Value 75. dan nak yang 16GB selama 24 bulan yakni 2 tahun. So korang kena bayar RM75 selama 24 bulan itu. Setiap bulan korang boleh pakai data aka internet sebanyak 3.5GB. Saya dah tanda merah-merah kat situ. harap korang boleh faham ye. Untuk Internet Value 75 ni sesuai untuk orang macam saya yang selalu guna data. Kiranya heavy punya data lah. Macam emel opis + personal semua masuk sini. Pastu selalu update twitter dengan facebook lagi, pastu update blog lagi. pastu update instagram lagi. tengok youtube lah. Ha sesuai la dengan plan ni

Kalau korang rasa RM75 tu tak berbaloi sebab korang bukan jenis pakai data sangat pun kat phone sebab korang dah ada ipad 3G ke apa ke. Maybe korang boleh pilih yang sebulan RM30 tu kan. Yelahkan ini kiranya budget plan lah. Korang takat tengok fb dengan twitter je kan. So berbaloi lah Pakej plan Value Plus Internet 30 ni kan kan kan. So mana-mana yang bekenan di hati lah :)

Kalau dengan maxis, takyah risau terlebih limit sbb mengikut pengalaman saya, maxis akan sms tiap kali kita hampir over limit. Begitu.

Ok. Maklumat lanjut klik Maxis.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

NORSHAHFEZA HAMSAN said... [Reply to Comments]

kak vp,,saye pakai nokiassssss jek,,lagi banyak sss nye tuh,,hahah

Sheema Shay-rizal said... [Reply to Comments]

Beshhh!!!Beshhh!!! Tapi saya cuma 'hoswaif' biasa... uuuuuu...

lily lotus said... [Reply to Comments]

phewit!

Nurul Akmal said... [Reply to Comments]

Wah pink kaler gitu..

Sleng jawa.. please call saying.. hehehehee ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to Comments]

hehe. suka saya tengok casing iPhone 4S tu..

Sharidawati Shahrudin said... [Reply to Comments]

nantilahhh bila ada tuah sha akan pakai iphone 4essss tu..hhehhee







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^