Follow Viruspadu

Thursday, March 01, 2012

Semalam yang pek.

Semalam jadual harian agak pek jugak. Sendiri yang bikin pek bukan ada siapa-siapa yang suruh pun. :p

Pekerjaan bermula macam biasa. bangun pagi kul 4.30, siap2, keluar rumah kul 5.30, bas bergerak kul 6.00, sampai office kul 7.05 pagi. Yelah semuanya macam biasa.

Yang lain nya cuma sebelah petang. Semalam tetiba teringat yang saya terjeling satu casing iPhone4 kat jasko. Veri the bling-bling one ok. Terlalu suka. So saya ingat macam nak beli lah kalau harga dia berpatutan di hati. Plannya macam tu lah. So terus bbm si cicot (nama bbm), tapi cicot tu sebenarnya badang hehe.

"petang ni kita gi jasko mauk? ma nak tgk ada satu casing tu lawaaaaa"
"ada ke casing kat jasko tu?"
"ada laaa..."
"ye ke ada?"
"hadoiyaiiiii.... ada kat booth tengah2 tu... lawa kot"
"okey"

yeaaaaaaaa... best best...

Tapi sebelum ke jasko, petang lepas kerjaan saya terus ke pejabat nuffnang dulu. Ada hal nak diskas sikit lah. Tak lama pun, kurang lebih setengah jam rasanya. Kalau tolak masa saya tergelak dan bermuka blur, mungkin lebih sekejap hehehe.

Saya pun tak faham kenapa muka saya asik blur je, pastu muka macam menelan ayat. Mungkin saya dilahirkan macam tu hikhikhik. Tapi semua jawapan saya jujur ok. cewah. Siap buat pengakuan terbuka kat sini :p

Dalam kereta menuju ke pejabat nuffnang, anoi tengah tido





Lepas setel, konon dah sampai bandar kuala lumpur kot nak singgah tempah-tempat gah yang berhampiran. Tapi hati dah kat casing je. Ha canne tu. Terus pecut jugak balik seremban. Nak jugak pegi jasko.

Tu dia casing yang diimpikan

kasik zoom sikit




yang bling-bling putih bunga pink tu giler mengancam uols. Tidakkah sangat digerami?

Harga dia RM128. Sebenarnya rizenebel la dengan material dia. Sebab kalau beli bling2 tu pun sepeket dah RM12-19 dah kan. Nak lekat lagi. Hazab jugak tu. Tapi tu lah. Badang taknak belikan HAHAHAHA. Saya taknak beli sendiri :p ... gediks! Yelahkan dia nak pegi outstation lelama patutnya belikan lah hadiah untuk isteri muahahaha ... gigih kakjemah cari alasan cemana nak dapat casing ni free kan :p

Takdelah... saya masih fikir. Berbaloi ke tak saya beli. Rugi ke tak? Membazir ke tak? Tu sebab la tak jadi beli tu. Tunggu seminggu lagi lah. Kalau masih terbayang. Maknanya kena beli jugak kekeke.

Dan destinasi seterusnya. Makan....


Yummeh.


Sedap sangat! Tapi makan tak aman la sebab anoi asik nak berlari je. Stress acik.

"papa langsung tak dapat makan tadi, anoi asik lari je"

Patut la badang dah kurus sikit saya tengok. Kesian beliau, asik keje mengejar anoi je. Dan saya jugak telah termembeli 2 pasang kasut. Sebab ada satu kedai kasut baru kat jasko tu. Terkagum lalu termasuk dalam tu. lalu terbeli. hehehe.

Lepas tu kitorang balik rumah lah.

Penatttttttttttttt sangat rasanya badan ni.

Rumah saya bersepah giler tau. Kalau eric leong nak buat seprais pun saya rasa dia pitam dulu depan pintu HAHAHA.

Badang: Apa la nak jadi dengan rumah kita ni... bla bla bla bla... tengok tu budak-budak sepahkan bla bla bla

saya penat giler kot time tu...

IsteriComel: Tapi kita bahagiakan? ~ buat muka pakej comel sekali sambil kelip mata laju-laju

Badang: HAHAHAHA mana aci jawapan macam tu HAHAHA

IsteriComel: biarlahhhhhhhhhh...


jadi korang... kesimpulannya... biar rumah bersepah takpe, janji kita hidup bahagia. keyword pada hari ini.

Sekian.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

eehehehehhee :D bahagianya hidup dpt suami baik dan memahami mcm ni kan?
untung giler la jemah :D

zana said... [Reply to Comments]

hahaha...kelassss kau kak siap ada keyword

naf9091 said... [Reply to Comments]

Haha samalah kita kak jem.. Org pulak duk gila casing purple.. Semuaaaa purple je..hehehe..

kinna said... [Reply to Comments]

biar rumah bersepah asal hati bahagia...boleh la sy jdkan ayat2 ni sbg falsafah hidup :p

Nanak said... [Reply to Comments]

last week g seremban..jalan2 kat jasko..maklumlah sabah mana ada jasko..hahaha..duk tbayang kalau tetiba nakpak kak jem,harus ku tegur..hehe..tapi tak ada..

hidayah said... [Reply to Comments]

baru sebulan lebih follow kak jemah.

punca ; you pink my heart punya edisi lah..

kalau buat novel kompom saya carik.

nway..cuma nak sokong ayat akak..

yang penting bahagia..

~mungkin sebab umah saya pun sepah juga~

:D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^