Follow Viruspadu

Thursday, April 12, 2012

Alasan-alasan nak ponteng

Pagi tadi bangun pagi terasa malas giler kot nak pegi keje. Saya set alarm banyak kali kot hehe. Kul 4.10am, 4.30am, 4.45am, 4.50am, 5.00am dan 5.30am. hambek ko kalau tak bangun jugak tak tahu lah.

So celik-celik je mata pagi tadi. Terus terfikir kalau dapat cuti lagi alangkah indahnya dunia.

Kepala otak terus ligat fikir alasan apa kalau nak ponteng hew hew hew. Tapi mata still pejam.

Kalau alasan bangun lambat pun bagus jugak ni. Almaklumlah kak tomomi kan tinggal jauh. Kena melintasi dua negeri baru sampai office gitu... Tapi tak kukuh ok alasan tu. Erm nak bagi alasan apa ek??? Kalau alasan jaga anak pun best jugak ni. Erm alasan tak sihat pun ok.

HAHAHAHA... sengal ubi kan.

Patutnya dah bangun tu terus aje la siap2 mandi segala. Giler berangan nak ponteng sampai kul 5 baru hegeh nak bangun siap. Dah lewat kot. Mengelupur bangun. Masa tu lah menyendeng2 kat en.Badang bagitahu terbangun lambat. Mintak tolong dia tolong kak tomomi korang ni bersiap kekekeke. Mengades.

Ok ni kak tomomi hari ni. Ada ala-ala korea tak?

Alasan nak ponteng mmg banyak, tapi keje kat opis ni lagi banyak. Maka bekerja lah kita sekuatnya.

Selamat bekerja korang. Siapa amik cuti saje-saje hari ni kak tomomi takmo kawan dia :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Cik Sweet Pea said... [Reply to Comments]

emmm rasa macam kenai ja scenery latar belakang gambaq kak jemah tuh...hakhak...:P

shark said... [Reply to Comments]

hehe
mcm nk g skolah jer main ponteng2 nie..
kak tomomi mmg cantik arini:)
abg badang ala korea jugak ker..
hehe..

Ainie Maydie said... [Reply to Comments]

hehe awalnye pukul 5 dah bgn..hehe tantek akak viruspadu comel je cam org belum kawen gitu :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^