Follow Viruspadu

Wednesday, April 11, 2012

Cemas Seketika

Hari ini cuti. Dan mujur juga suami pulang awal. Mujur sangat. Kalau tak memang isteri dia boleh muncung sampai boleh sangkut hanger kah kah kah. Over sangat kan. Memula tadi memangnya plan nak pegi shoping bertiga tapi jalan2 seminit singgah main mesin goyang2 masuk 50sen dua bijik tu. Adoiyai... Penat ahkak tau. last2 ajak balik je lah. Belum sempat shopping dah habis semua syiling dalam dompet hew hew hew

So lepas makan tengahari tadi, kitorang 4 beranak pun berkuak lentang depan tv. Sofa biru tu dua tempat duduk je. Tapi gigih nak jugak berhimpit duduk 4 orang. Sorang kat perut, sorang kat ketiak, sorang kat peha kekeke. Ok bayangkan kak tomomi korang kat mana? ahak ahak ahak.

Bosan-bosan terus sembang dengan en.Badang.

"jom tengok wayang"
"bila?"
"hari ni lah"
"bak sini netbuk, nak tgk cite apa ada"

Terus google cite apa best. Tapi takde cerita yang sesuai ditengok oleh anoi nisa. Hurm.

"kalau xde cite best kita gi pantai nak tak?"

Budak2 dengar je terus teruja. Terus mandi2 siap.

Kitorang gerak lewat jugak dalam kul 3 lebih gitu kot. Siap bawak khemah, tikar, novel, bantal, spek... kemain teruja nak baring2 tepi pantai sambil baca novel kan. Pehhh giler tenang
Budak2 mcm biasa nak buat istana pasir.

So saya membaring tepi khemah sambil baca novel yang saya baru beli. Leka sangat. Tetiba en.Badang call. yelah dia tepi pantai nun kat sana, saya kat khemah nun kat sini. Jauh jugak sebenarnya

"kenapa pa?"
"cuba bukak twitter, rasanya nampak orang post pasal gempa bumi"
"yeke jap ma bukak"


Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud mengegar aceh sebentar td.Amaran tsunami tlh dikeluarkan dan orang ramai diminta menjauhi persisiran pantai

itu twit dari linda onn.
dan habis semorang twit benda yang sama
ada yang saya baca mcm twit khaty dia kata rasa rumah bergegar apa semua. 

risau giler

terus call en.badang

"dah la jom la kita balik, bahaya la"

terus kitorang siap2 kemas. kat twit pun semorang suruh saya balik. giler cemas saya rasa tadi. nak lipat khemah pun rasa lambat semacam. habis2 kemas terus masuk kereta dan balik.

"tadi papa tengok air laut tu lain macam je, ombak dia mcm kuat sikit, air tenang je. papa rasa lain macam terus check twitter, betul ada gempa bumi"

then dalam kereta sempat saya baca lagi twitter

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.

terus dada saya berdebar-debar

Alhamdulilah. Nasib tak jadi apa-apa tadi. Syukur.

Harap2 orang kat PD sekarang semuanya berhati2 ye.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

kathy jem said... [Reply to Comments]

huh nasib akak bc tweet kalo tak aduss..takut!

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah,takde kejadian yang tidak diingini berlaku kan..Kalau saya kat tempat VP pun harus cemas juga..syukur la kan







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^