Follow Viruspadu

Monday, April 30, 2012

Jumaat Itu Dalam Sejarah

Adik beradik lain semua dah update dah pasal berjimba. Mak jemah je hegeh-hegeh kan. Saya lambat update ada sape kesah? HAHAHA. Giler pemalas sekarang. Sejak berjinak-jinak nak beli saham ni kan. Terus mengabaikan belog katanya. Padahal tak beli pun lagi. Baru survey2 je. Sape pandai main saham sila la roger ahkak okeh. Boleh tak share ilmu sikit. Saya ni budak baru belajar...

Macam biasa plan berjimba adalah daripada akak saya aka Ina Noh yang gojes. Dia kalau buat plan memang terbaik. Siapa berani bangkang memang balik rumah boleh tergelincir masuk longkang ok. Terkena sumpahan HAHAHA. Bila dia cakap tarikh 20/4 semorang kena amik cuti. Sebulan awal terus saya apply okeh. Nampak sangat kalau bab berjimba kemain laju lagi kan.

Plannya macam biasa jugak. Berkumpul kat rumah mak. Lagi pun saya ni bukan reti nak berkumpul tempat lain. Saya tahu pegi rumah mak je. Buta jalan kan.

So saya keluar rumah dari seremban adalah pukul 7.30 pagi. Dengan beg mekap tak bawak. Charger iphone jugak tak bawak. charger bb pun tak bawak. Semata2 bawak diri je. Lalu kena kutuk dengan akak. "harap kereta je besar, tapi apa pun tak bley" HAHAHA siot betul. Lepas ni saya beli lori 5 tan baru la saya igt nak bawak tu semua. HAHA over!

Jalan adalah super jem. Mencik. Sampai cheras adalah pukul 9.15 pagi. Ko tengok berapa lama saya dalam kereta. Sabo je la. Dah la saya bimbang kalau ada motor tensen lalu tendang kereta. Hari tu en.Badang bawak kereta tetiba ada motor tendang kete kitorang sbb dia bengang kot en.badang bawak kete melelong2 HAHAHA. Kesian kaki dia mesti sakit. Kaki sakit takpe ye tak, janji hati puas dpt sepak kan. Apa2 je lah.

Oyye sebelum tu kitorang 8 orang beradik yakni Ina, Ira, Zara, Ieda, Tomomi (ehem saya la tu), Ceera, SkyBird dan Sepet dah diskas baik punya. Siapa pakai baju sama warna kena belanja makan sarapan HAHA. pastu memula saya cop nak pakai baju warna maroon. pastu saya tukar fikiran nak pakai baju warna pepel. Adik beradik lain over sangat siap beli baju baru semata2 nak berjimba. Kakjem sedey je pakai je baju apa2 pun dalam gobok! Last2 ternampak lens pepel tu terus pakai. Atlis ada jugak benda baru saya pakai hahaha. Kaklang (ira) siap beli enbeg baru okeh. Sentaphatimaknak

Bila sampai rumah mak. Semorang dah tunggu saya. Biasalah orang jauh. Dorang kena paksa la faham keadaan hikhik. Kalau tak faham pun ada saya kisah! Nasib la kena tunggu lama kan. keke. Memula kata nak naik kereta saya reramai. Tapi sbb kakcik dengan kaklang daripada shah alam, so terus naik kereta akak je. Saya, ieda, sepet naik kereta akak. Skybird dengan ceera pegi sendiri. Kaklang dengan kakcik satu kereta dari shah alam.

Saya dengan sepet duk belakang. Macam biasa lah kena syok sendiri dulu pepehal pun

Sampai2 je midValley, kesukaran pertama adalah mencari parking. Kitorang igt hari jumaat dan pagi senang la cari parking kat midvalley ni. Sekali sama je susah je. Berpusing2 cari parking. Yang kereta kaklang asik follow bontot... Oi carila parking sendiri HAHA... Sekali dorang kata "mesti akak carikan parking untuk kita sekali" HAHAHA giler sengal. Tapi memang kebetulan pun ada dua parking. Nasib la. parking sebelah2.

Kitorang semantara tunggu semua berkumpul. masa ni ceera masih ntah kat mana ntah
Masa sampai2 ni, keluar je dari kereta. kakcik terus eksen sambil menggoyang2 dada kat saya. Tahu la mantop HAHA. Pastu saya pelik

"andak tengok la niii"

HHAHAHA dia tunjuk cincin dengan rantai dia sedondon daaaa... Memang sumpah cantik la. Tapi saya tak tunjuk jaki sangat. Buat2 rileks je ahahaha.

Lalu lepas tu semorang pun eksen dengan cincin. siapa tak pakai cincin terus down haha. Nasib!

Masa ni kaklang, ieda dengan skybird tak beli cincin lagi. Lepas tu terus pakat beli cincin HAHA.
Cantik tak cincin kakjem bunga putih. Lawa kannnnnnnn... (puji sendiri :p)

Bila skybird datang sekali baju dia sama warna dengan kakcik, atam pulak baju sama warna dengan kaklang. Kitorang gelak sampai tekan2 perut kat situ kan. Seronok la pedajal orang kena belanje sarapan kan. Kakcik dengan selambe jawab

"ahhhh malas nak layan"

HAHAHA ngelat sungguh. Ceera plak lagi best

"atam rela beli baju baru daripada belanje korang makan"

Tu dia... adoiyainyepunnn... last2 semorang sarapan sendirianberhad :p

Kitorang diskas sarapan nak makan apa. Lepas tu saya cakap "andak nak makan nasi lemak"

Lepas tu cuba korang bayangkan 7 orang terus attack saya. "oi kalau nak makan nasi lemak takyah la datang midvalley, baik ko makan kat mamak je" Bla bla bla bla... HAHA... Nasib badan kena kutuk. Ok pe makan nasi lemak kan. Saya lapar nasi lemak nak buat cemana kan. Hanya nasi lemak dalam bayangan :p

Ok fine fine. Tak boleh makan nasi lemak. Hambek ko saya order makanan korea terus. Pagi2 makan nasi kan. Saya memang nak makan nasi jugak. Ntah la perut ni lapar kemain plak dah. Saje kopipes gambar ni daripada blog ceera. Nak pedagal sepet nganga beso mcm tu. Ahakssss...

Masa kitorang makan, masa ni jugak la kitorang bahagi kumpulan boling. Kena cabut kertas la. Akak dah siap2 lipat kertas semua.

Saya satu group dengan kaklang. Saranghae. Dua2 pencinta kpop ni :p
tu sebab buat gaya fightinggg... Siapa yang elegik korea nasib la kan.

Kakcik dengan skybird
Ceera dengan Sepet
Ina dengan Ieda

So sesudah habis makan. Kakcik bagi kitorang serangkap pantun

Pergi ke kedai membeli benang, kita pasti akan menang.

Kah kah kah. masa dia mula cakap pergi ke kedai membeli benang tu, saya dah nak bangun dah. terpaksa tahan sbb nak tunggu dia habiskan pantun hahaha. Giler la perempuan ni. Dah la apa pun keluar daripada mulut dia semuanya lawak. Kalau lepas tu dia menang takpe jugak. Last2 group dia kalah last sekali lak tu. Memang jadi bahan gelak je perempuan ni.

Sampai2 boling, terus saya ckp

"andak sakit perut"
akak pun tensen "ko ni lepas makan je nak terberak" :p

Macam tak paham plak kondisi perut adik kesayangan dia ni. Saya keluar2 toilet je. Terus tengok skrin.

Nampak nama saya tomomi? Tapi adik beradik saya panggil saya tomato HAHA. Sbb dorang kata tomato lagi comel. Siot kan mereka.


Saya adalah main markah tercorot sampai malu nak tunjuk markah saya. Nasib kaklang terer sebab tu dapat kaver markah saya. Masa ni siapa dpt strike memang ada satu tanda kemegahan yakni menggoyang2kan pinggul dengan pasangan. Ala2 gelek goyang gerudi inul tu HAHA. akak dengan ida paling terer. Asik dorang je gelek. Saya dengan kaklang tak dapat langsung gelek. Eh ada la dapat sekali. Tu pun tak jadi. jadi gelek kayu. Keras je haha. Kalau saya amik video kan best. Tapi malangnya bateri iphone saya dah kiok. Apa pun tak bleyyy!!!

Ko mampu baling bola boling sambil bercakap telifon? Mampu? panggilan penting ni. Tu pasal la.

Kat sana saya rasa kitorang la yang paling terbising sekali. Dah berkumpul konfem la tak boleh gelak pelan2 kan. Semua gelak macam nak tercabut anak tekak. Cakap tak boleh nak pelan. Menjerit sesaja. Tak tahu la apa pandangan orang sekeliling kan. Sekali lagi!!! Ada kita kesaahhh!!! hikhikhik. Amboi eksennya kakjem :p

Masa tengah duduk tunggu turn nak baling. Ada sorang lelaki (pekerja boling) datang kat sana. Tegur cincin saya.

"itu berlian betul ke?"
"eh tak lah, ini tipu punya"
"beli mana?"
"ada laaa"
"boifren bagi ke?"
"tak la, bukan boifren bagi, saya mana ada boifren" ~pastu gelak
"kalau u takde boifren, u jadikanlah i boiren u"
"ok boleh, bila? sekarang?"
"u kalau nak cari boifren, u kena cari macam i, muka tak cantik takpe, asalkan tak mabuk, baik hati"
"ooo ye ke... boleh la kalau macam tu, u je lah jadi boiren i"

HAHAHAHA giler kan. Tetiba sembang, tetiba offer jadi boifren kan. Saya pun layankan je. Sebab konfem tak jumpa dah lepas tu haha.

Ini boifren yang snapkan. Nasib la jadi boifren sementara terus kena dera snapkan gambar.
Yang menang buat muka riak dan takbur hikhik
yang kalah buat muka sedih dan secomel mungkin kat belakang :p

Aktiviti seterusnya adalah karok.

Kitorang memula ada option la samada nak karok atau wayang. Tapi kalau wayang macam bosan plak duduk je dalam tu kan. So memasing pilih nak karok. Rupanya kat midv takde karok. yang ada adalah kat garden. So semua serbu sana.

Depan red box ada cermin la plak. Memang mendapat la hantu cermin memasing kan. Eh akak perlu ke posing macam tu :p

Hal2 karok ni, saya memang tak tahu mende la. Semua ceera yang setelkan. Kebetulan dia ada member card apa kebenda semua kan. So kitorang yang tak tahu apa2 ni lepak kat tepi tergedik2 je la amik gambar. Bila ceera dah setel. Dia bagi tahu room mana. baru la kitorang pegi.


Nyanyi tanpa mengira picing kelaut. Janji nyanyi

Akak dengan lagu ramlah ram nya

Dalam karok
Kelakar ok masa nyanyi. Kakcik nyanyi lagu dangdut mas idayu. siap gelek semua.
Memula saya igt nak nyanyi lagu hindustan. Tetiba termalu plak dah :p
pastu dorang paksa saya nyanyi lagu ning baizura. lagu pasti tu. hahaha saya dah la tak igt dah lagu tu cemana. Main belasah nyanyi je. 
Yang penting tang passstiiiiiiiiiiiiiii tu kena tarik wakakakaka.

Giler kaklang siap amik video. HAHA
pastu ugut nak upload kat utube 
adoiyai... malu giler kot kalau masuk utube.
Hilang status gadis melayu terakhir kakjem nanti
OMG OMG OMG
mintak2 la kaklang menemui error sampai kesudah tak boleh upload hahaha.

Kitorang dah selesai memekak. Terus turun bawah. Nak gi midV balik lah. Sekali tengok kat r****n panjang giler beratur kot. Saya syak ada sale la. Pastu akak dengan selambenya cakap

"apsal dorang ni, dah takde duit sangat ke?" HAHAHA... giler lah akak. Cakap benda kelakar je. Situ semuanya mahal kot. Sales potongan giler2 pun mahal lagi kan.

Kenangan lagi. Gedik lagi

mampu bergambar je depan LV.

Ini gambar masa bila ntah.


Lepas tu, kitorang singgah beli durian pancake. Lepas tu singgah minum2 dulu.

Baru balik cheras. Hari dah malam dah. Cemana saya nak balik seremban gelap2 macam tu. Saya kan rabun ayam

"pa, dah gelap cemana nak balik, ma tak nampak"
"takpe, esok papa datang bawak baju keje ma"

nasib en.Badang memahami. dah la sabtu tu saya keje. so en.Badang bawakkan baju keje saya. Ini dia:

Tudung: Bawal
Top: PDI
Jacket Jeans: Mango
Jeans: Levis Girls
kasut: Crocs Hello Kitty
handbag: Coach 16408 Colette Signature Sateen
Handfon: Iphone4s
Acccessories: Vincci
Ok jgn tanya yang dalam. dush3 kang.

So lepas ni kitorang plan nak berjimba jauh sikit.
Jauh sikit je.
Harap2 menjadi. Tak dapat jauh sikit. Dekat pun takpe :p



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

[z@ck] said... [Reply to Comments]

cincin kak jem yg putih tu cantik..kelas gitu you'olls =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^