Follow Viruspadu

Friday, April 13, 2012

Kopipes Semalam

Hari ni saya bangun kul 5 pagi lagi dan membiarkan alarm saya berbunyi-bunyi dan sama seperti semalam berangan lagi apa alasan nak ponteng keje hew hew hew.

Parah kan.

Hari-hari berangan nak ponteng keje. Tapi tak ponteng-ponteng pun. Berangan aje yang lebih. Berangan ponteng pun satu terapi juga. :p Terapi untuk pergi keje. Gitu. Sepanjang saya bekerja, saya adalah tak berani pun nak ponteng keje kecuali kalau saya betul-betul sakit atau emergency lah atau memang dah plan nak cuti. Kalau saje-saje ponteng tu memang bukan saya lah. Eh ye ke? Hahahaha.

Korang nak tahu tak kelmarin kaki saya krem dengan tak semena-mena. Sebelum ni pun ada jugak krem tapi tak la efek dia sampai bangun pagi pun terasa sengalnya. Pastu semalam belakang saya pulak sakit. eh eh eh apsal simpton perempuan mengandung pulak ni kan. Kalau betul mengandung ada jugak hasilnya kalau sakit-sakit gini. Ini takat mengandungi lemak. Memang fail la kan. Tak puas hati betul la.

Saya syak sakit belakang ni adalah sebab saya duduk lama sangat dalam bas. Tulang rapuh pulak tu huhuh. Minum susu suka skip-skip sukatik. Kalau rajin minum. Kalau malas buat-buat lupa. Kadang-kadang nisa yang buatkan susu saya letak kat meja suruh minum. Pastu saya lupa minum beliau membebel-bebel HAHAHA. "kakak dah buatkan mama susu, kenapa mama tak minum ni"... Kemain garang lagi beliau.
Tengok Adam pun alami masalah sama dengan saya, sebab beliau pun naik bas hari-hari macam saya jugak.

Maka saya nak sajeskan kepada abang sks supaya mentukar kerusi bas kepada kerusi urut Ogawa. Sekian. HAHAHA. Bukan itu saje, malah kena ada peramugari yang boleh hidangkan teh tarik sekali. Baru la perkhidmatan terbaik. Kah kah kah. #Berangan.

Saya rasa penat dan sakit macam ni. Pastu nak mintak tukar tak diluluskan pulak. Dah terasa nak benti keje pulak dah. Ok #berangan lagi. HAHAHA

Ok dah dah. Jom buat keje.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

izan mama mia said... [Reply to Comments]

hehhe alangkah bagusnya dalam bas ada kerusi urut..pasti pakat berduyun-duyun nak naik bas....mengurut salah satu terapi juga tu...cubalah nanti..relax kat spa ker...:)

CT said... [Reply to Comments]

mc jek...sapa ajar..akk ajar ya..hu5

NanieZara said... [Reply to Comments]

bahaya lah sakit blkg nnti kena slip disk plak....

NanieZara said... [Reply to Comments]

bahaya lah sakit blkg nnti kena slip disk plak....

nadz ruslan said... [Reply to Comments]

kalau sakit tu start jdi sakit sangat, merebak sampai paha, betis, kaki.. gi la jumpa dr..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

sama! bkn nk tiru tp, betul sakit gak. maybe sbb mengadap pc kat opis dgn cara yg xbetul. xb'sandar sbb klu sandar kurenglah sakit kot sbb ade supporter. tp, klu sandar macam jauh plak pc nie dr mata. owh.. bnyk bunyik plak! hu3.. mlm td dh suh my 'syg' massage siap ngn jampi serapah. ha3.. harap2 mujarab! ;P







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^