Thursday, April 12, 2012

Ragam anoi.

Anoi memang tido berkepit dengan saya. Nisa pulak dengan papanya. Anoi kalau tido suka buat perut saya jadi bantal dia. Pastu suka tunjal2 perut dengan kepala dia. Sakit ok perut saya yang comel ni hikhik. Apa dia ingat macam uli2 tepung nak buat cekodok pisang ke apa.

"anoi sakit la perut mama anoi buat macam tu"

"mama kan kuat kan kan kan... Dah dah dah" ~ dia pujuk mama sebijik macam mama pujuk dia kalau dia jatuh

Adoiyai sabar je lah anak. Sikit hari lagi perut saya boleh buat bahulu dah hahaha. Ish. Cakap je nak perasa apa. Hahaha.

Semalam plak saya tengah sembang2 dengan en.badang pasal anai-anai.

"cuba papa tgk anai-anai kat atas tu, dah beli ke racun dia"

Tetiba anoi menyampuk

"bukan anai-anai mama, itu anoi-anoi"

Muka selambe je cakap sambil senyum2 comel. Aishhh geram tgk.

4 komen[s]:

Ana Lyana said... [Reply to Comments]

hahaha.. lawakla anoi,,

perjalanan hidup seorang wanita said... [Reply to Comments]

heheheheh..anoi giler cumillllll

dd dudu said... [Reply to Comments]

comelnye anoi-anoi

heheeee

Diari Hati Si Pari-Pari said... [Reply to Comments]

HAHA...anoi-anoi..lawak ler anoi ni..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^