Follow Viruspadu

Wednesday, April 18, 2012

Risau

Sebenarnya saya plan nak cuti hari ni. Cuti tu dinamakan sebagai cuti menjaga laki.

So pagi tadi saya bangun tido terus bisik kat en.Badang. Yelah kena la cakap pelan-pelan budak2 tengok tido kan.

"Sihat tak? boleh pegi keje tak?"
"abang kena keje, abang kena siapkan report"
"larat ke?"
"kena larat jugak la, minggu depan abang keluar takde kat office, kenapa ma nak cuti ke?"
"kalau abang cuti, ma cuti lah"
"taklah, abang keje"

Dah tu... Dah nama cuti jaga laki. Kalau laki den keje. Habis tu nak jaga sape lak kat rumah tu hikhik.

Nak dijadikan cerita kenapa tetiba nak cuti jaga laki adalah...

  Kena check darah... Suspected dengue And high blood pressure

Semalam en.laloque tetiba twit yang beliau kat klinik saspek denggi bagai. Tahu tak sebagai isteri yang walaupun tak berapa baik macam saya ni, tapi risau tak tahu nak cakap lah macam mana. Rasa nak nangis pun ada. Rasa nak terbang balik seremban pun ada.

Yelah en.Badang pernah kena denggi sebelum ni kan. So bahaya la kalau kena sekali lagi. Sangat bahaya kot.

Alhamdulilah... lepas tu dia call result darah dia ok. But still badan dia kata tak selesa la. Ada ngilu2 lagi. Tu yang buat saya risau lagi tu. So jumaat ni check balik darah. Harap2 semuanya ok. Saya harap sangat dia nak berehat kat rumah. Tapi dia tu kalau keje tak siap memang takkannya dia rehat.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

effa said... [Reply to Comments]

sabar kak jemah..dugaan tu.

CikFi said... [Reply to Comments]

isteri mithali nih huhu

lily lotus said... [Reply to Comments]

lahai patutlah pepagi berat hati nak gi kerja. get well soon tu husband jemah :)

imhana said... [Reply to Comments]

alahai jemah,laki ahkak pun sama demam & doltor suspek denggi gak.suspen sungguh..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^