Follow Viruspadu

Wednesday, April 25, 2012

Sarapan

Lately saya kerap jugak sarapan.

Eh maksud saya sebelum ni saya sarapan jugak hari-hari. Cumanya saya sarapan dalam bilik yakni makan biskut petak dengan bancuh milo je. Sedey makan sorang2 dalam bilik. Bapak la sunyi. Tiap kali sarapan or makan sorang2 dalam bilik je mesti ingat UPTM punya. Dah la perkara yang terpaling saya tak suka adalah makan kat bilik. Pastu mesti rindu UPTM punya. Kat sana selalu lepak reramai sarapan pastu buat bising satu cafe kan. Dengan sue, lan, adib, faridah, hazrey, kaksam, mizi, rizal, salmi, awie, usin, faizal... ah semualah... habis semua nama saya sebut kang hahaha... Sumpah rindu.

Lately saya bukan kerap sarapan je. Malah kerap lunch, dinner dan ngeteh tengah2 malam sekali. 

So dua tiga hari sejak kebelakangan ni, kawan-kawan yang saya suka aka rakan gosip (ala-ala tagline zahiril adzim haha) mengajak saya lepak makan kat medan selera dan ajak makan capati keekeke...

Sebenarnya saya tak ingat... saya ni pernah ke makan capati hek...

Saya ingat lagi masa dedulu kalau mak saya beli apa2 benda la menda nak makan. Saya selalu tak tahu saya penah makan ke tak. pastu mesti saya tanya mak saya

"mak ni apa benda ni mak?"
"ini la sayur kobis" ~contoh je hek
"mak penah beli ke sebelum ni?"
"mestilah penah, ko tak igt ke mak penah masak bla bla"
"andak penah makan ke mak"
"penah la"
"oooo andak suka ke mak"

See.... emak yang penyabar je dapat sabar dengan anak macam saya ni ahaha. Sendiri makan sendiri tanya orang lain. Nampak sangat tak amik perhatian dengan apa yang saya buat.

So bila rakan2 ajak makan capati saya cuba igtkan rasa dia. Saya pernah makan ke hekk???
Hari pertama. tak habis. makan separuh je.

Hari ke dua. Licin. Sekian terima kasih HAHAHA

Lalu rakan tegur

"eh semalam tak habis, hari ni licin"
"semalam mukadimah"

HAHAHA terbahek ah... hari kedua baru saya rasa sedap. Lembut je rasa dia.

Sedap sedap sedap.

Ok ok. Badan dah makin berisi nampaknya. Itu tandanya bahagia HAHA. Abis tu tiap2 malam keluar ngeteh. Satu hari sampai 3-4 gelas teh tarik saya bedal. Mana taknyeeeeee. Pipi pun dah macam kulum telur dah. Minggu depan kena kawal makan :p



5 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Makan sorang-sorang adalah tidak best. Sekian

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

"tembam" itu bahagia .. sama la kita. Hehehe.

BigMouth said... [Reply to Comments]

Ingatkan tukang buat capati tu laloque!! #ayatbalasdendam# hahahaha

Eliss Mie said... [Reply to Comments]

nak diet makan capati elok kan :)

kinna said... [Reply to Comments]

febret saya masa peknen anak kedua :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^