Follow Viruspadu

Thursday, April 12, 2012

Tak Suka Tau

Ahad lepas. Saya berdetingan dengan en.Badang kat midV. Siapa perasan kat twitter tahu la kot saya kat midV sampai pening-pening bau perfume. Puncanya sampai ke midV adalah saya nak teman adik saya uteh beli barang hantaran lah. Adalah saya niat nak bantu sikit-sikit. Yelah orang nak kawen ni nak pakai banyak duit beli itu ini kan. So sekejap aje deting berdua. pastu deting berempat.

So berjanji la nak jumpa kat sana. Dah niat nak beli barang sikit. So anak-anak pulak saya tanya dorang nak ikut gi shopping ke nak balik rumah nenek. Masing-masing jerit seronok nak balik rumah nenek. Yelah kan budak... shopping tu bagi dia buat penat kaki je ikut.

Sesampai je kat midV tu... Perkara pertama yang saya dengan en.badang buat adalah beli perfume. En.Badang plannya nak beli annick gautal ni ha. Tapi pening betul saya bau. Saya punya hidung ni tak boleh bau sebarangan perfume la. Kalau perfume yang saya tak suka tu. Saya boleh bau sampai pening nak muntah bagai. Kesudahannya memang saya pening sampai ke malam. Memang kena telan penadol la baru lega boleh tido.


Dan saya rasa bau Diesel Fuel For Life ni lagi wangi :p ... Maksudnya bukan wangi lagi wangi lah. Cuma saya lebih selesa bau dia lah. Definasi wangi orang tak sama. Ikut saiz lubang hidung kakaka. Dush!... Ok memang deria bau orang tak sama. Sekian. :p

Dan kesudahannya en.Badang beli perfume lain.

Saya teringat kejadian ahad lepas pun saya dah rasa pening dah. Teringat bau perfume pun saya rasa nak muntah. Over kak tomomi ni ahak ahak ahak

Oyye. Sebenarnya saya nak cerita pasal benda ni je uolsss. Punya panjang mukadimah dia kan. Mukadimah lagi panjang daripada isi. Dah macam kata aluan pengerusi mesyuarat. Mukadimah lagi lama daripada isi menyuarat hahaha.

Masa saya teman uteh n the tunang cari kasut untuk buat hantaran. Tetiba saya terpandang kasut ni tau kat Charles & Keith. Vavavavavava... Santekkkkkkkkkk... Terus snap gambar. tapi sebab saya tak berniat untuk membeli untuk diri sendiri apa-apa. So saya tinggalkan kasut itu disitu je. Ini cerita sedih huhuhuhu. Dah la bukan senang kaki saya nak menjejak kat midV tu. Adoiyai.

dan sekarang padan muka. Asik teringat plak dah.
kasut dia simple je. tapi saya suka tumit dia. Saya suka kesimple-an dia tu.

Oh hetchu kasut. Hetchu.

kenapa kau masuk dalam mimpi.

Why why why!!!

Hetchu.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^