Follow Viruspadu

Monday, May 07, 2012

Apakah cerita Perodua anda?

Adakah cerita Perodua kita sama? Adakah pengalaman Perodua kita sama? Pasti tak sama? Kalau sama maknanya awak en.Badang hehehe. Sebab saya share kereta Perodua saya dengan en.Badang sorang je hehe.

Kenapa pulak kena cerita?

Sebab sekarang Perodua mengadakan satu kempen yang dinamakan sebagai “Apakah cerita Perodua Anda” yang mana semua pengguna Perodua boleh share cerita dan pengalaman personal korang dengan Perodua. Nak bagi cadangan juga adalah sangat di alu-alukan. Cadangan yang relevant dengan perodua  .
Maka korang kena login ke www.peroduastory.com.my dan hantar apa je cerita/ gambar / video / cadangan .
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh jugak terlibat dalam kempen ni dan sangat berbesar hati nak dengar pandangan kita sebagai pengguna tau. Masa ni lah kita kena tonjolkan bakat engineer kita HAHAHA. Yelahkan korang kan hebat bila beli kereta siap modify hebak hebak kan. Apa kata korang terus bagi cadangan macam mana yang korang suka kan.


So kalau korang pakai perodua macam saya. Ataupun dah plan-plan nak pakai Perodua. Boleh la kita share sesama cerita kita. Tak kira la cerita manis ke tak berapa nak manis ke apa-apa lah.

Dengan cara ni lah perodua boleh tahu apa pandangan korang pasal Perodua tu sendiri.

Jadi korang jangan bimbang nak cerita apa je okeh. Pasal tayar ke body ke minyak ke engine ke? Korang balik kampung kereta pastu jem ke apa...  Cerita manis mahupun pahit (awww). Cerita-cerita ini dapat membantu perodua tingkatkan produktiviti di masa hadapan. Tapi nasib saya memang selalu manis dengan Perodua hehe.Orang kata beli kereta ni ikut nasib kan. Orang kata lah. Tapi mana tahu lepas ni takde dah istilah tu. Takde dah istilah ikut nasib tu lagi. Orang akan cakap gerenti ok punya kalau beli Perodua ngeeeee :).

Cara nak share "What's your Perodua Story" ni memula macam saya dah cakap tadi, macam biasa papehal kena masuk link ni dulu: http://www.peroduastory.com.my/

Sejajar dengan philosophy Perodua "Because You Matter Most atau dalam bahasa senang pahamnya "Anda Keutamaan Kami" . Maka korang la keutamaan perodua. Perodua dah buat macam2 inisiatif untuk menjadikan motto Anda Keutamaan Kami tu berjaya. Antaranya Perodua Tweckbot. Apa benda Perodua Tweckbot? Rasanya ini adalah yang pertama dalam Malaysia kot (mungkin jugak pertama dalam dunia) yang bagi servis terbaik semacam ini. Mekanik dia sendiri datang rumah untuk checkkan kereta. Ko tunggu aje kat rumah. Heaven gila ini macam. Paling tak shuke tunggu lama2 kalau servis kereta. Dan yang pasti ini yang pertama di Malaysia dan even 1st in the World yang Perodua Tweckbot bagi perkhidmatan pemeriksaan 15 poin percuma berasaskan TWITTER tau. Korang yang takde akaun twitter tu lebih baik sign up sekarang ok. @ twitter.com/myperodua maka sila follow.

Perodua dalam usaha nak mengeluarkan kereta2 yang berkualiti yang kalau korang beli memang tak kan berasa kesal malah rasa bangga sangat. Maka korang meh la kita share semua cerita.

“Beb ko pakai kereta apa sekarang?”
“Semestinya Perodua, kau hadoo? Hins hins hins :8)” ~ efek hidung kembang HAHA

Macam saya cakap tadi. Apa-apa je yang korang rasa berdasarkan pengalaman sendiri bersama perodua.

Okey.

Gedit!

Klik sekarang http://www.peroduastory.com.my/ dan share cerita sekarang okeh

Kakjemah dengan Perodua. Kakjemah memang serasi dengan Perodua okeh. Meh nak cecite sikit.

Kereta yang pertama saya beli adalah kereta perodua kembara. Kenapa kembara? Sebab dia nampak gagah perkasa, tinggi dan gagah perkasa dan tinggi dan gagah perkasa HAHA ok boleh lempang kakjem sekarang :p Dan yang penting harga dia saya mampu milik masa tu. Yelah saya masa tu kerja merangkap belajar tak habis kat UPM tu. En.Badang pulak kerja terumbang ambing lagi. Tapi gatal nak kawen jugak kan HAHA. So ini la kereta kitorang lepas kawen terus beli.

Saya belajar memandu dulu pun kat UUM, Sintok nun. Belajar bawak kat hiway uols. Manade kereta. Tetiba nak bawak kereta kat KL kan. Memang kena beli kereta tinggi.



Saya ingat lagi pertama kali saya bawak kembara sengsorang tanpa ditemani en.Badang. Saya lupa tutup tingkap dengan turunkan wiper. Patut la saya bukak radio rasa bising semacam. Wiper elok tegak HAHA... Kelakar betul. Sampai2 opis tangan gigil.

Kenangan betul. Tapi kenangan manis kan.

Dengan kembara jugak la saya mengembara ke utara selatan. Elok je plak tu. Seingat saya kembara saya langsung tak pernah buat hal yang teruk2. Takat tayar pancit tu biasalah la kan. Bateri kong lalu engine takleh start. Problem kecik2 atas kecuaian sendiri je la.

Pastu tiap kali orang tengok saya beli kembara mesti orang tanya soalan yang sama
"Minyak macam mana? Kembara kuat makan minyak kan??"

Ntah... Biasa je saya rasa. Saya tak boleh beza dengan kereta lain sebab saya ada kembara je masa tu. Hehehehe... Tapi merujuk kepada Entry lama saya :

tgk...
sabtu isi penuh...
ahad isnin selasa rabu khamis jumaat...
haaa... jumaat nyer minyak... baru abis setakuk tauuuu

kalu mcm ni, sebulan baru isi minyak balik kan... hiks...
Tapi masa tu jarak office dengan rumah cuma 6km je punggg hikhikhik.

Lepas tu disebabkan en.badang acap kali oustation dan bila dia outstation saya pun kena amik cuti sebab takde kereta nak pegi keje hantar bebudak pegi taska. Maka kitorang beli lagi sebijik kereta. Dan semestinya dengan perodua jua. Setia bebenau kan

BatMobile Viva Perodua :)




Banyak jasa viva ni tau. Hari2 berulang alik seremban putrajaya. Kadang sampai ke cameron highland. Kadang sampai ke mana ntah. Sama jugak macam kembara, viva ni pun tak banyak songeh. Tak pernah buat hal.

Mungkin jugak sebab en.Badang pandai jaga kereta. Servis ikut masa. Bawa kereta pun cermat. Mungkin sebab tu hehe.

Lagipun servis perodua murahhhh... sukeeeeeeeeeee...

Itu cerita Perodua saya.

Apa cerita Perodua anda?




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^