Follow Viruspadu

Thursday, May 31, 2012

Check Gigi Kakjeng :p

Saya baru balik dari buat scaling gigi uols. Sekarang berasa geli geli gigi HAHAHA. Mencik tau. Rasa tajam-tajam kan. Tapi best la rasa bersih je.

Ini adelah gambar takde keje kakjem dalam kereta masa nak pegi klinik gigi ferhad. Cemas pun ye jugak tadi. Dah lama giler kot tak gi check gigi. Lagi pun saya baru jumpa function boleh pecah gambar macam ni kan. Bertambah la jakunnya HAHAHA.

Appointment apa ke benda semua, Badang yang uruskan. Sebab klinik ni kat seremban kan. So waktu lunch dia boleh lari jap buat appointment bini dia.

Berat badan saya dah naik 1kg. Sekian terima kasih. HAHAHA... 
 

Sebenarnya gusi saya ni sensitip sangat la korang. Macam kalau terkasar bahasa sikit mula la berdarah. Makan eskrem kalau tergigit sudu tu kuat sikit pun boleh darah-darah. Over sangat kau gusi.

Sebab tu macam risau sikit la. Tu yang nak jumpa chk jugak tu kan. Kot la ada problem lain ke apa.
"so apa masalah nya ni"
"saya pun tak tahu doktor, doktor check je la gigi saya ni"

HAHAHA boleh tak cakap dengan doktor macam tu. Kendian badang yang bgtau pasal gusi saya hehehe. 

Doktor check gigi, ok la dia cakap. Cuma kena buat scaling la. Antara sebab kenapa gusi berdarah adelah sbb tu. ok paham doktorrrrrrrr... 
 sakit... ngiluuu tsk tsk

So doktor cakap, lepas ni... lagi dua tiga hari akan rasa yang gusi tak darah dah. Kalau boleh buat scaling 6 bulan sekali gitu. saya pulak kalau teringat baru buat kan. Dasar pemalash.

Nampak tak, aktiviti takde keje dalam kereta lagi HAHAHA. 
 Nak tunjuk gigi memancor-mancor kononnya.


Bila saya tengok gambar saya dengan pipi saya ni, teringat ayat anoi hari tu

"mama, kenapa pipi mama kembang"

HAHAHA siot punya anoi HAHAHA... ini bukan kembang sayang, ini pipi tembam. HAHAHA konfiden sangat cakap plak tu. Sabo je la makjemah.

Korang buat pemeriksaan gigi tak???


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

pwincess Lov3y dOv3y said... [Reply to Comments]

hehe..sy x brani btol nak g jmpe doktor gigi..

sab said... [Reply to Comments]

slm kak vp..leh bitaw kat ne klinik tu? den nk poe gak la n agak berpatutan tak harga nye? tq.

viruspadu said... [Reply to Comments]

@sab

Klinik ferhad ada kat area kfc seremban tu. check dan scaling RM130

sab said... [Reply to Comments]

tq for d info ye..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^