Ini adelah keadaan rumah saya memalam. Balik rumah je. Makpak dah melepek kepenatan anak-anak cargas je sampai kul 1 pagi pun takde hal. Heran saya mana dorang dapat tenaga.
Apa ke nama gelung ni? Nisa panggil holahup. Pengaruh cerita kartun mana ntah dia tengok kat 613 tu. Pastu paksa mama dia gelek sekali. HAHAHA. Dia tak tahu ke mama dia ni memang berbakat dalam gelek goyang gerudi. Inul kalau tengok memang terus bersara HAHAHA. Ok itu tipu. Sekian.
Saya try jugak la tapi goyang je lebih. Gelung tu belum pape dah cecah lantai dah. Gelak kena lebih. Sampai sakit2 pinggang. Kekadang benda mcm ni pun dah buat gelak anak beranak kan. Apak dia nak baca paper pun tak tenteram. Nasib en.Badang tak join sekali. Kalau dia pun join gelek mau bergegar gusi saya gelak tengok. Konfem kelakar giler kalau dia buat.
Oyye hari ni saya keje tau. Keje yang saya teruja sangat nak pegi. Sebab ini adalah salah satu aktiviti amal office saya. Yakni mengajar anak2 yatim dari rumah ractar. Mengajar word je. Sejak saya join Mamee pegi rumah anak yatim masa bulan puasa hari tu. Tiap kali dengar ada aktiviti macam ni saya teruja nak join. Sebelum ni pun ada office saya anjurkan tapi tarikh plak saya tak free. Sebenarnya saya mengajar minggu lepas. Tapi sebab minggu lepas ada perhimpunan tuuu. Apaaaa pun tak boleh. Semua aktiviti kansel tau. Adoiyainyepunnnnn.
Mengajar start kul 9. Disebabkan teruja kul 830 dah stanby dah. Orang lain pun tak sampai lagi.
Saya bukan cikgu yang mengajar, saya membantu je hehehe. Kalau membantu lebih dekat dengan student kan. So boleh duduk sebelah student atau boleh pura2 jadi student HAHAHA
Nampak tak student tudung hitam tu? HAHA... Lepak main wasap je. Dapat murid bijaksana mmg senang jadi cikgu. Tengok murid2 rileks je. Kejap bukak word kejap main fesbuk. Dorang pun dah cekap dah. Nasib tak add cikgu kat fesbuk HAHA. Nanti pecah rahsia cikgu pun sengal dalam fesbuk kah kah.
[gambar ehsan adeeb, main curik tanpa kebenaran]
Tengok! Sempat amik gambar sendiri. Cikgu zaman sekarang! HAHAHA
Kelas kejap je. 2 jam je. Kul 11 habis dah.
Terbayang dulu masa kelas mengajar tok ketua kampung pakai fesbuk. Best sangat.
Bila agaknya dapat peluang macam ni lagi :P
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH
Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu





1 komen[s]:
ada bakat jadi cikgu ni..hehehe =)
Post a Comment