Friday, May 11, 2012

Makan sampai lebam


Hari tu balik cheras. Saya telah mengeksen dekat Abah yang satey tulang dekat senawang sedak (read: sedap) giler. Memang takleh cari kat tempat lain kecuali kat Negeri Sembilan. Amacam best tak negeri sembilan? Meh semua pakat beli rumah kat sini meh. jadi jiran kakjeng (read: kakjem ckp ganu). Macam-macam dah ada wooo kat sini. Bangga mek jadi orang seremban okeh.

Lepas saya eksen-eksen tu lepas tu menabur janji manis kat abah kata nak bawak balik. Lepas tu saya senyap seribu bahasa hehehe. Tensen abah menanti satey tulang.

Pastu hari tu saya balik cheras tangan kosong je. lalu Abah tanya... "mana satey tulangnya" eh lupeww HAHAHA. Terus bagi alasan dia bukak malam je bah, tak sempat andak nak beli HAHA. Bergeliga kepala hotak kau kakjeng. Memang boleh buat batu cincin HAHAHA.

Eh Abah baca la .... tompang lalu abah hehe :p

So lepas tu saya pun plan la nak beli bawak cheras. tetiba mak plak lepak rumah kaklang sebab rumah cheras tengah cat. Abis tu canne plak ni. Kalau mak kat cheras semua cerita jadi senang la sebab mak dengan abah kat tempat yang sama.

Plan punya plan, ok semua family berkumpul kat shah alam je. Lepas saya habis keje terus uteh jemput saya terus merempit ke shah alam. Kematu vontot ahkak okey. Kebas2 muka kena angin. Kemain jauh rasanya. Dah la uteh bawak laju. Aiyoooo.

memula saya tanya dorang. Sebab nak bajet nak beli berapa cucuk satey. Pastu akak cakap sorang nak makan 10 cucuks. Giler eh HAHAHA. Andak yang paling kuat mentekedarah kat rumah tu pun boleh makan sampai 3 cucuk je korang nak makan 10. Gilerrrr HAHA. Pastu dorang kurangkan jadi 5 cucuk sorang. Saya tak yakin betul dorang boleh habiskan. Tapi belasah aje la kan. Makan aje la sampai lebam.

Tu dia. 120 cucuk satey tulang





Dia bukan macam satey biasa kecik cotek sampai boleh makan 30 cucuk sekali gus (ini kes maklang spender ni HAHA). Ini satey tulang okeh. Besar kot. Besar dan letih nak ngalihkan tulang-tulang.

Kaklang dah makan 2 cucuk. pastu masih igt daging lembu HAHA. Poyo. Terang2 tulang ayam kat situ. Cemana dia boleh rasa lembu haaaaaaa... Hilang deria rasa ke apa poms tu HAHA

kaklang masak sambal goreng dengan telur dadar. Kemain bertambah kitorang semua makan. tu je pun dah rasa sedakkk sangat dah. Lepas dah makan 3 kali tambah. Mengelupur kakjeng buat sit up. Rasa bersalah terhadap perut la tewwwwwww




gambar2 adelah ehsan kaklang. nak suruh saya snap gambar memang taklah. sibuk nak berebut kerusi dengan abangcik adelah. HAHA. sengal lelaki gemuks tu suka kacau orang.




Kitorang lepas makan elok je diam2 tengok tv. masing2 cakap sikit2 je. Tapi padahal depan mata ni leka berwasap antara satu sama lain HAHA. Giler punya adik beradik kan. Kejap kutuk kakcik dengan kaklang kat wasap. Kejap kenakan akak. Kejap kenakan badang.

Dari jauh nampak bahu je bergerak tahan gelak. Muka suci je kan. Padahal kutuk orang mcm nak terbalik urat saraf bagai. (wasap = whatsapp)




Pelakon utama pada hari itu. Asal letak kepala je dia zzzz. Sebenarnya sian dia penat sangat.

Okeh kesudahan kepada cerita kepada 120 cucuks satey tulang tu??

Separuh pun tak habis okeh. Adoiyainye pun. Tu sape yang nak makan sampai 10 cucuk tu? Meh kakjeng sekeh2 sikit pale dia tu. haip haip. geram ni HAHAHA.

Dan malam itu saya tido kat rumah kaklang sambil tengok running man.

Sekian.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^