Monday, May 28, 2012

Selamat Hari Lahir Kakcik

doploh lima mei lepas adelah besday kakcik saya.

Kitorang adik beradik sejak dah ada wasap, kitorang sembang kat situ je. Kalau dulu semua diskusi kitorang buat kat inbox fesbuk. Sekarang semua pakai group wasap je. Bagus la sejak ada wasap ni setiap pagi pun wish morning adik beradik. Update sarapan apa. Update lunch apa. Update makan makan mende. Kalau tengah stress pun bisa buat sesi luahan perasaan. Rasa lebih rapat kot. Yelah kalau dulu nak sms ke apa mahal kan. Sekarang wasap free kan. Terima kasih wasap eceh tetiba.

So sempena besday kakcik, kitorang diskas2 la nak celebrate makan-makan. Saya masa tu masih kat betnam lagi masa tu. So memang tak dan baca la diskasen pebagai tu semua. So tahu2 je badang cakap ada makan2 sabtu ni kat jeram. I buleh yooo... I followwwwwwwww...

So sabtu aktiviti I adalah pek sikit la. Chewah macam kan ko bizi sangat kan. Taklah bz cuma hari tu aktiviti dah berisi la. Pagi ada hal sikit kat publika solaris dutamas. So saya daripada seremban kul 930 pagi. Bebudak tido rumah mertua saya malam tu. So pagi kitorang laki bini terus desup ke solaris la. Sampai sana kul 11 lebih. Sebab apahal tetiba jeng (jem) pulak kan. Semorang nak balik kampung kot.

Solaris ni dengan opis saya memang sekangkang kera sangat. Pendek kata memang dekat kebenor. 5 minit dah boleh sampai dah. Tadi dekat2 pun saya tak pernah la pegi the red bean bag ni. Biasanya lepak kedai roti je kekeke...

Diskas diskas diskas sikit. Makan makan makan. Sembang sembang sembang. Caya caloh lah. Sebabnya saya byk lagi tempat nak pegi. Memula nak gi plaza pudu dulu sebab badang nak tengok lens kamera dia. Pastu nak balik seremban kemas2 baju. Pastu balik rantau amik nisa dengan anoi. Pastu patah ke kapar rumah kakcik. Baru ke jeram. Pastu patah ke seremban balik. Amacam penat tak dengar??? HAHA

Ralit betul kakjeng berwasap hek.

Duta solaris #pitam
Saya rasa macam kombinasi pakaian kasut dan beg saya tak mecing. Tapi takpelah. Ade sape nak kesah saya pakai tak mecing kan :p

Skip penat2 dalam perjalanan. Tapi sumpah penat. Saya tido je dalam kereta. Bayangkan badang punya penat macam mana? Konfem dia lagi penat la cuma dia tak boleh nak ngadu yang dia penat bila dia tengok bini dia penat. Suami memang macam tu, selalu tunjuk yang dia kuat demi bini kan. Saya tengok muka pun tahu dia penat betul. Tapi bila saya tanya "abang penat tak?" ... dia mesti jawab "takpe, abang ok je"

Kitorang satu family semua ada. Kecuali ceera la sebab dia pegi bandung. So tak dapat la join sekaki. Lain tau bila salah sorang takde. Sebab dah biasa semua ada kan. We mish u ahtam kehtam. Takpe ko jangan risau. Andak makan kan utk ko sekali hehe. bab bab makan serahkan pada I ... pastu nanges perut boncet... sedey! HAHA

Sampai2 jeram terus kena paw angry bird ni. Sabau je la beta

Ada dua group... satu group mak belah sini (kiri). Saya n the geng group hujung sana (kanan). Budak2 bahagian tengah. Semua makanan abgcik yang order. Kitorang duduk tunggu makanan je.

Makanan dia?
Ok ok la. Nak kata lepas makan sampai teringat2 terbawa dalam mimpi tu idak la ye. Akak siap cakap, akak masak lagi sedap keke. tapi akak masak memang sedap terlampau pun. Eh akak dah pindah rumah baru tauuu... Bestnya akak nak buat makan2 kat rumah dia. tak sabar nak makan akak masak hew hew hew.

Kitorang lepak sampai lebam kat situ. Perut dah kenyang balik le. Lagi pun saya nak balik sampai ke seremban lagi. Aiyooo tengah malam jugak la baru sampai... tsk... tapi takpe... janji hepi dengan family kan.

Happy Birthday Kakcik... Semoga kakcik bahagia selalu, cantik selalu (eh pernah ke cantik hahaha lariksss), kakcik adelah kakak paling kelakar dalam family hehe.

Dan terima kasih abgcik sbb belanje makan.

Love u love u love u


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^