Follow Viruspadu

Monday, May 28, 2012

Vietnam cuti ke?

Plan nak pegi Vietnam bukan plan masa air asia promote tambang murah pastu berkejar2 jari klik airasia. Memang tak. Ini semua kerja YB perparitan punya hal HAHAHA. Dia pujuk saya ikut dia. Ayat dia manis sangat sampai saya tak rela nak cakap takmo hikhikhik. Lagikan kitorang kan pasangan lesbo kah kah kah pitam doploh kali. Lepas dia ajak tu lama jugak la saya fikir, nak gi ke tidak. Sebab musabab adalah susah nak apply cuti. Hari tu baru je cuti, pastu nak cuti lagi. Mau bos cukur bulu kaki kakjem sampai botak kang. hikhikhik. Tapi bila dah setuju nak pegi, rasa tak sabar-sabar pulak saya nak pegi. Teruja uols.

Bagus pegi dengan YB ni sebab dia punya plan terbaik. Saya tak pernah lagi pegi memana dengan plan giler punya teratur mcm ni okeh. Siap time nak beli megi pun ada dalam agenda HAHAHA. Terbaik kata ko. Bukan tu je, siap bagi list waktu solat kat vietnam, pastu siap dengan peta bagai. Tip n trick lagi kekeke... Love u lah YB. Orang keje kat agensi pelancongan pun tak detail macam dia.

21 May
6pm
- LCCT (jgn lupa wed check-in for return before gi airport. Add baggage, 15kgs for kl-vn and 80kgs for vn-kl)
- drop baggage
- mkn mcD
7.40pm
- depart from LCCT - HCM Flight no AK 884
8.40pm
- arrive at HCM (local time)
-  airport transfer by hotel AnTam  (sya_laa)
9.40pm
- check in hotel AnTam (usd 50 (room) + usd 15 (airport transfer return), get simcard prepaid with internet
10 pm
- pasar malam
- beli air dkt store 24 hours, mkn kat Hjh Basiroh (dkt hotel), order food dgn Hj Nasir utk breakfast
HAHAHA matiklah saya kena cekik dengan YB sebab kopipes dia punya agenda HAHAHAHA... saya saje nak tunjuk kat korang betapa detailnya beliau sampaikan orang-orang kesayangan nak lepaskan saya pegi vietnam pun terus rasa percaya.

"kalau macam ni, sayang selamat la dengan dia"

Saya gerak isnin malam kul 7.40. So senin tu saya keje lagi okeh. Gila gigih kan keje jugak. Saya amik cuti 2 hari je. Selasa dengan rabu je. Keje banyak uols. Nak amik cuti pun berkira-kira okeh. Kelibut la pegi senin tu saya siapkan memacam. Saya pakai baju tak formal. Ni baju yang saya beli kat vior tu. Macam seksi sikit kot. Sebab lengan dia jarang2 gitu. Kena pakai dengan inner la.


So sbb tu la saya pakai jaket nak cover ke tidak fomal an itu.


Sori la korang sbb semua gambar adelah amik pakai iphone je sbb takde kamerameng nak follow kakjeng amik gambar kan. pastu kat sana katanya bahaya kalau pegang fon masa tengah berjalan. Acane kakjem nak snap gambar. Bila duduk bebaik baru la saya snap gambar. jadi gambar adelah sangat la sikitnya.Pastu balik2 gambar muka sendiri kahhhhhhhhh.

Saya sampai kat ho chi min kul 10 jugak kot. Sampai2 sana dah ada orang hotel tunggu dah. Then terus ke hotel kitorang. Nama hotel adelah Hotel An-Nam. Berapa usd semalam saya adelah tidak tahu. Kena refer kat YB. Dia kan PA kakjem :p

Kitorang sampai bilik, singgah buang air je uols. Terus keluar balik makan mee kat hajah basiroh tu. Terus jenjalan kat pasar malam situ. Benda pertama yang saya beli adalah cincin butterfly hehehe. Yang beso tu. Teka berapa saya beli??? 100k dong sahaja. Murah kan.... 100k dong = RM15. Kalau kat malaysia tak tahu la berapa kena ketuk. Cantik giler melampau kot. Mau kena RM99 ke mcm tu kan. Oh best nya betnam HAHA...


Pastu saya beli telekung. sebab memang kitorang plan x bawak telekong pun. Terus beli kat sana hehehe.  Santek telekong tu. saya beli RM30 je. Siap ada bunga timbul lagi. Sukeeeeeeeeeeee.

Lepas penat jenjalan balik bilik. Mandi. Solat. zzzzzzzzz...

Esok pagi dok bertolak-tolak dengan YB sape nak mandi dulu. Dah la kakjem malas mandi. Mencik. Lepas siap wangi2 bagai. YB bagi saya air rumput suh minum HAHAHA. Sbb warna dia hijau kan. Sebenarnya air ni rasa epal sedap kot. Air energy katanya. Senang nak shopping bebanyak jalan tak penat. Dah  minum air kuat. Pandai YB jaga I hiks

Memula kitorang pegi tempah sut dulu. Dapat usd85. Bagus murah sangat. Tak terbayang kat KL mau RM1k melayang dah. Lepas tempah terus beli beg dulu.

Pastu terus gi rumah aishah ni. Beli baju kurung siap. Cantik2 giler baju dia. Tapi saya amik tak banyak la. 3-4 helai. Pastu telekung 1. Telekung anak2 sorang 1 . Nampak mokcik bersila tu? dia kalau boleh nak berenang dalam baju2 semua tu. Kemain banyak beliau borong tau.

 Telekong nisa dan anoi :p
 

Dalam teksi baru berani nak bukak fon dan snap gambo. mendapat la korang tengok balik2 muka jemah. lepas muka jemah, muka jemah lagi. Abis tu canne. takut kot nak keluarkan fon kekeke.

Lepas tu perjalanan kitorang jauh ntah kemana-mana. Membeli macam hape ntah. Saya pun tak ingat mana saya pegi. YB yang bawak ntah ke mana hala ntah. Saya jalan dah stok seret kaki je. Badan dah bau kambing bai... Malu dengan bau sendiri kekeke.

"awak bau tak saya, busuk giler macam kambing"
"tak bau, sbb sama"

HAHAHAHA

Tengah malam sempat lepak hard rock ho chi min kan. Sempat la beli tshirt sepasang. Terus pakai sok pagi.

Ini adelah hari rabu. pagi2 terus buat lawatan kat kedai kain cotton kan.


Lepas dah bargain giler. Dah puas beli. lepak baskin robin pekena eskerim.
Masa ni makhencek dah penat sgt dah. Memang cari kedai yang ada ekon je HAHA. Dasar mengade terlebih kan. Korang tengok tak cardigan hijau yang saya pakai tu? ce teka berapa saya beli? 20k dong sahaja ok. Kira sendiri bersamaan berapa RM? tak sampai RM5. pitam tak

Tudung half moon warna putih. santekkkkkkkk

Itu pasangan bisnes. Saya baru kenal. Kawan YB. baik gilerrrrrr... Siap belanje makan. Belanje minum kat hard rock. Untung la saya selalu ditemukan dengan orang baik2 hehe. dah la baik kelakar pulak tu. I like.

 Kitorang checkout kul doblas. pastu terus tumpang bilik member baru. pastu lepak2 layan mani&padicure dannnnnnnnnn urut kaki sekali.


Direkemen utk korang tak tak tak pegi HAHAHA. giler tak best. Nisa urut lagi best kekeke. 

Jangan terpedaya. Beg saya yang PINK tu je. tapi barang saya sepah tumpang beg YB kekeke

dan flite adelah delay selama 2 jam. sentap ke idok!!

Aktiviti bosan tunggu flite. Snap gambo cincin

Dan edit bulu mata pelesu.

Ok tu je. nampak tak kakjem dah malas nak cerita.

Ok. Dah tu je

sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Tahun depan plan nk g vietnam plak la..hehe

Cik Puan Eyta said... [Reply to Comments]

best nyer vietnam...baru betul syurga membeli belah...nk kene simpan duit gi sane ni...♥

vidalsisah said... [Reply to Comments]

Bestnyee dpt jenjalan kat obersee.

muncitzzz =) said... [Reply to Comments]

sonoknye...

"L" said... [Reply to Comments]

slm.. tudung halfmoon tu ade jual kat kedai mane? bape VND?tq







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^