Follow Viruspadu

Monday, June 18, 2012

Aktiviti Sihat, Pemakanan juga harus sihat.

Kalau hari cuti. Sabtu or Ahad saya suka curi masa untuk pegi taman joging-joging dengan suami dan anak-anak. Kalau tak sabtu pagi, saya try petang. Kalau tak dapat sabtu, saya pegi ahad. Atlis seminggu sekali lah. Dah la zaman sekarang ni apa pun tak boleh kan. Pergi keje balik keje. Anak pulak terperap dalam rumah main ipad, game, layan astro. Tak dapat dah macam zaman kita dedolu main kat padang ke, main dengan kengkawan ke, panjat pokok, main tepi longkang, main basikal lalu jatuh longkang kekeke. Budak sekarang memang tak merasa dah. Sebab tu nak taknak memang kena bagi dorang hirup udara segar sikit. Baru la sihat. Sihat badan, sihat hati, sihat akal. Semua sihat lah.

Sihat tu bukan hanya aktiviti riadah je la. Semua faktor kena amik kira. Macam pemakanan pun. Pemakanan saya yang dah beso panjang ni memang kena alert sendiri lah. Pemakanan anak-anak yang paling penting sebab dorang kecik lagi kan. Apa yang dorang makan dan minum sekarang efek dia sampai dorang besar nanti.

Memang kita makpak yang kena pandai jaga sekarang. Kalau ikutkan dorang hari-hari makan jajan cikedis lagi la dorang suke kannn... yang manis manis manis tu memang letak je depan mata, konfem selesai wa cakap sama lu.

Cakap pasal manis dan anak dan manis ni, rasanya dah banyak kali kot saya buat entry ni. Kalau korang tengok entry2 lama saya konfem perasan punya saya suka cakap pasal susu dan added sugar dalam susu anak. Sebab budak2 tak sesuai la makan gula berlebihan yang mana mmg tak bagus langsung untuk kesihatan dorang. Gula berlebihan boleh buatkan anak jadi aktif terlebih pastu lagi boleh buat anak jadi obes. Erm... banyak yang buruk daripada yang baiknya pun kan.

Baru-baru ni ada kajian pasal GUMP (Growing Up Milk Powders) ni yang dipublish oleh University of Sidney. Artikel kajian ni ada disiarkan kat Harian Metro, Sin Chew dan Mahalah HealthToday (Isu May 2012)

(klik gambar untuk paparan yang lebih besar)

GL ni sebenarnya adalah ukuran perubahan level gula dalam peredaran darah seorang kanak-kanak selepas minum segelas susu. Maksudnya kalau GL tu high maknanya ada banyak added sugar yang mana gula dalam darah naik mendadak. Kalau GL low pulak maknanya added sugar kurang lah, maknanya lebih sihat dan bagus lah. So dalam graf tu menunjukkan, hanya satu susu (growing up milk) yang mempunyai GL rendah yang hampir serupa dengan natural whole milk. Lain2 pulak menunjukkan tahap added sugar yang tinggi. 





Rasanya lepas Anmum launched yang susu dorang adelah 'no added sugar' pada mac 2011 yang lalu, banyak jugak GUMP yang lain pun claim dorang pun sama tapi guna word lain macam no sucrose, reduced sugar dan macam-macamlah. Tapi yelah gula yang lain tu apa cerita plak kan. Sebab nama gula ada banyak kot. Macam glucose syrup solids, corn syrup solids, dextrin, maltodextrin... Ha dah macam ahli saintifik dah kakjeng ni kan hehehe. So takde sucrose tak semestinya depa takde added sugar uols. Jadi sebab tu kita dan korang kena latih rutin dan jadikan tabiat kena check label kat kotak / tin sebelum beli apa-apa je lah. tak kira la susu ke makanan ke. Semua sekali check label. Kita kan pengguna bijak sekarang. Jangan sibuk dok tengok gambar makanan cantik kat tin / kotak terus terpesona hahaha. Itu perangai kakjeng dulu okeh ;p

Dalam kajian tu jugak tulis yang pakar antarabangsa juga berpendapat yang kanak-kanak harus mengelak daripada mengambil GL food and drinks sebab bahaya boleh menyebabkan penyakit.  Dalam kajian tu jugak cakap hanya 1 susu GUMP yang benar2 takde added sugar. Or korang boleh baca http://ginews.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Saya nak ulas panjang saya pun bukan tahu sangat, just share apa yang saya faham bila saya baca je.


 Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang baik untuk badan :)

Katakan TIDAK pada GULA TAMBAHAN!!!



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

ratu siput said... [Reply to Comments]

salam kenal VP.kenal pun nama cuma baru ni follow sbb segan.cantik berjogging dengan suit putih n pink pastu ada slingbag.ehehe.RS pun nak try tukokan anak susu anmum ni tp tu la nak tester dulu kat tekak dia either dia ble minum atau tak...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^