Follow Viruspadu

Sunday, June 17, 2012

Entry Lama Selalu Buat Saya Tersenyum

Hari ini hari lahir Anoi yang ke tiga tahun. Tadi saya bukak blog badang pastu nampak dia bagi link entry lama saya ni. Tapi entry ni beliau la yang tulis sbb masa tu saya baru bersalinkan anoi kan. Tak daya la nak menengok belog. Aihhhh... tetiba rindu baby hhehehe...

Nah saya kopipes entry lama untuk tatapan. Selamat hari lahir anakku annur abriza

<3

...


Insyallah, petang ni VP berkemungkinan besar akan discharge dari wad. Mungkin selepas solat jumaat nanti atau lewat petang. Perlu menunggu kebenaran dari Dr. Pakar terlebih dahulu. VP akan berpantang beberapa hari di Rantau sebelum pulang ke Seremban, rumah sendiri, untuk mengabiskan baki cuti bersalin/pantang.

Keadaan ibu dah anak setakat ini memuaskan dan sihat. Baby kuat menyusu dan menangis. Sesuatu yang agak baru bagi kami kerana An-Nisa dulu jarang nangis. Nisa jenis kuat tido dan jarang jaga malam. Dia kul 7.30 ptg dah tido sampai subuh. Senang jaga dia dulu. Arwah pun begitu, walaupun sempat menjaga dia beberapa ketika, arwah pun jenis kuat tido petang hingga subuh dan jarang nangis.

Si An-Nur ni... selang beberapa ketika akan nangis dan kuat menyusu. Nampak gayanya, kena standby 2 shif nie... sorang jaga shif malam, sorang shif siang. hikhikhik...

Ada sorang mak cik bertanya, kenapa bagi nama An-Nur??.... kerana senyumnya ibarat cahaya dan mengingatkan kepada arwah. Arwah sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan kesakitan. Senyum penuh bercahaya... maka lahirlah nama An-Nur. Selain ingin mengambil barakah dari surah An-Nur, dalam al-Quran. Seperti mana An-Nisa yang kami pilih pada masa itu dari salah satu nama surah dalam al-Quran juga. Selain ianya memberi makna - Perempuan. Dari asal nama An-Nisa itu juga, kami berkira-kira untuk menamakan anak lelaki nanti An-Nas, juga memberi makna - Manusia.

Dari mana datangnya Abriza??? Yang ini punya cerita tersendiri. Pasti ramai nanti akan menyatakan ianya tidak memberi makna tertentu. Ia memang tidak memberi apa2 makna dan kami memang mengakuinya. Namun bagi kami ianya punya makna
yang penuh nostalgia. Kerana ianya akan mengingatkan kepada kenang sewaktu mula2 mendapat berita kehamilan yang pertama. Seperti pasangan lain yang mula2 mendapat berita kehamilan pertama, proses memilih nama anak adalah yg paling indah dan penuh tolak ansur.

Pada mulanya kami hanya ingin memberi hanya 1 perkataan nama sahaja. Bukan 2 seperti sekarang. Sekiranya anak perempuan, kuasa mutlak VP untuk memberi nama. Dan sebaliknya, sekiranya lelaki pula, kuasa mutlak saya memberi nama.

VP pada masa itu telah senaraikan berpuluh nama yang beliau inginkan. As tipical lelaki, saya cuma buat last minit sahaja. Dah kebetulan terjumpa 1 nama - Abrisam... yang membawa makna tampan/lembut... terus hati tertarik. Kerana punya makna yang sesuai bg anak lelaki dan yg utama, dihujung nama itu merupakan gabungan pangkal nama saya sendiri... hahahaha

VP jeles... sangat2 jeles... hahahaha... dia mahukan juga nama anak yang punya gabungan namanya. Akhirnya kami sepakat, sekiranya anak perempuan... namanya bakal menjadi Abriza, yang mana dihujungnya punya gabungan pangkal nama VP.

Kemudiannya, kami sepakat pula untuk mengabdikan nama Abriza menjadi perkataan ke-2 nama bagi setiap anak perempuan manakala Abrisam bagi anak lelaki. Demikian terciptanya nama itu hasil cetusan idea dan kata sepakat kami itu...

Cuma nama An-Nas Abrisam masih belum digunapakai lagi... sekiranya ada rezeki, insyallah akan terpakai atau mungkin saya wakafkan ajer pada bakal cucu lelaki nanti... hahahahaha


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Aju Mohit said... [Reply to Comments]

en badang nak bebi boi tu jemah hiks hiks hiks

Ana Lyana said... [Reply to Comments]

ye.. saya ada bac entry ni dulu.. sweet..:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^