Follow Viruspadu

Thursday, June 28, 2012

Keisha is 2

Bila baca title entry ni "keisha is 2" tetiba saya rasa nak tergelak pulak. Bukan sebab keisha dah dua tahun maka saya nak gelak. Kalau sebab tu memang la sewel kan. Tapi disebabkan oleh kaklang saya la buat kelakar. Kaklang gi baca "keisha is" pastu dia leh cakap, sejak bila nama keisha belakang ada "is" sebab setahu dia nama keisha adalah keisha je HAHAHA. Sumpah comel. Saya gelak sampai tekan perut. Boleh pulak nama keisha jadi "keisha is" kan. Perbuatan comel betul.

Eh korang faham ke tak cerita yang saya cuba sampaikan ni? Kelakar tak? kelakar tak? #paksaoranggelak

Kelakar kan... #paksalagi

Minggu lepas bersamaan ahad, atam jemput datang rumah dia. Dia ada buat makan-makan sikit sempena besday keisha yang ke dua tahun. Hari ahad jugak badang ada hal lak pagi tu. lepas lunch jugak la baru dia pulang ke pangkuan isteri terchenta. Ewah. Event dia start kul 3, tp kul 3 saya baru hegeh2 nak gerak dari seremban.

Budak2 muka mengantuk sbb memang time tido kan kul 3 ni

Dan benonoi pun tido. Manja sungguh budak tecit ni. Tido nak kena peluk saje. Sama je dengan ayah dia hehehe. Eh!

Korang tahu tak, saya ni dari seremban nak ke cheras memang la jangguit jugak la nak sampai kan. Jauh kot kan. Adik beradik saya semua gerak dari rumah mak. Walaupun dorang pun bertolak time yang sama, sah2 la dorang sampai dulu kan. Fine! Fine!

Lepas tu berderu2 wasap masuk. Giler sentap. Dorang hantar gambar makanan semua bagai. Saya dah la memang saje tak makan kat rumah (padahal malas masak) sebab nak makan kat rumah ceera. Nampak pulak gambar kek ni kan. Telan air liur je. Masa tu saya dah tekad sangat. Sampai2 je sana terus saya nak makan kek. Tak pedulik!

Tempting giler kan makanan dia kalau tengah lapar nak mamp. Ini kalau tengok time bulan puasa ni, memang kena tolak markah dah ni hahaha. mencik!

Sesampainya kat rumah atam, ada je kakakrazi menyenap gambar adik yang lewat pastu kecoh kat wasap HAHAHA. Ce teka saya call sape HAHA. Soalan sengal. Tapi saya boleh tahu saya call sape memang la dia nujum

Ceera dan family. Sangat bahagia. Alhamdulilah.Keisha makin comel macam anak arab. Tengok la siapa mak sedara andak dia lalalala

Korang nampak tak belakang tu "keisha is 2" kat belakang tu. Itu la yang saya maksudkan tu. ehhehehehe.

Anoi yang mood kelaut sebab baru bangun tido tetiba nampak banyak cekelat. Antara blur dan teruja. Sebab tu la muka jadi gitu. Muka ketat.

Tak paham apsal dengan poms ni HAHA. Saya memang sampai2 takde bagi salam kat orang. Dasar perangai buruk kan. Teruk amik kek. Makan. Lepas tu makan spageti. Lepas tu makan meehun kari. Lepas tu tambah mee kari pulak. Lepas tu makan karipap. Lepas tu makan bubur pulak. Lepas tu makan apa kebenda yang ada kat meja kek tu. Hambek la ko semua pun nak makan. macam kan tak makan seploh hari dah.

Abgcik siap cakap

"kitorang yang datang awal ni pun, x sempat makan semua makanan kat sini, andak dah makan semua" HAHAHA siot
 Posing tengah fikir, apa lagi haku nak makan ni.

Abanglang lagi best kutuk

"perut andak sampai kaki, sebab tu tak kenyang2"

HAHAHA... semorang jeles le tewwwwwwwwww.

Uteh, kaklang dan saya

Tema besday keisha adalah pink. Dan saya adelah lupa pasal tema bagai ni. Siyes tak ingat langsung kot. Masa tu saya pening pasal nak gi sarawak. Beg tak kemas apa lagi. Adui. Banyak sgt benda nak kena setel dalam masa yang terhad kan. Nasib la kebetulan saya memang pakai baju pink sentiasa kan hehehe. Badang la tetiba pakai yellow kan. Kitorang yang gegirl baju memang pink je. hehehe.

Sempat menyelit kat sebelah mak dan mertua atam. Lepas makan kek baru ingat nak salam mak HAHAHA. nasib tak kena sekeh dengan mak. Eh anak kesayangan mak ni ehem ehem ehem

 Motip akak senyum macam tu? hehehe
banyak lagi gambar. tapi macam biasalah. saya kan malas nak upload semua. Nak2 gambar yang takde gambar saya. memang bertambah malas nak upload hehehe.

kebanyakan gambar saya kidnap dari fesbuk akak saya. gambar2 saya tak berapa ingat. rasanya badang ada bawak dslr. malas la plak saya nak godek dalam kamera tu. lagipun saya kat sarawak ni kan. so apa yang ada je la. kena bersyukur hahaha tetiba.

atam ada panggil onald sekali untuk photog. So memang tak sabar tunggu onald upload kat belog dia. onald punya gambar cantik2.

best la besday ni. pandai atam arrange. makanan sedap. susunan cantik. atam cantik berseri2. keisha somel. cuma makdak je datang besday party tapi x bawak hadiah. very not not good punya perangai hhehehe.

Selamat hari lahir "keisha is" hehehe
Moga comel sampai besar
Moga jadi anak yang mendengar kata, jgn mcm mami yang degil itu kekekeke
Moga jadi anak buah makdak dan jadikan makdak idola sepanjang hayat :p

makdak love keisha <3


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Aahlah kelakar jugak... Hehehe... Maybe bila org yang tengah blur Akan rasa mcm tu.. Lama2 baru faham...

ceera said... [Reply to Comments]

Ayat last sgt poyossssss....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^