Follow Viruspadu

Sunday, June 10, 2012

Konsert Aku Sudirman

Siapa pergi Konsert Aku Sudirman hari minggu lepas? Saya pegi lalalala.

Tapi sebenarnya pada awalnya saya plan untuk tidak pergi sebab badan adelah sangat penat. Saya asik komplen badan penat je kan. ke badan saya ni dah expired HAHAHA mencik. Yelah hari keje korang tahu aje la kakjem keje mengejar bas hahaha. pastu sabtu dan ahad siang tu kan saya kat Tiara Beach bermandi manda kat sana. Eh bukan saya la mandi tp cuma teman dorang mandi je. PD punya jem tak boleh blah ok. Jem giler. Cuti sekolah katanyakan. Harus la dia punya jem mengalahkan pagi2 kat KL orang kejar nak gi keje ok. Cerita tiara nnt la saya stori. Tragis dan kenangan buruk banyak kat situ. Sentaphatimaknak.

Konsert Aku Sudirman start kul 9 malam kan. Saya sampai kat sana kul 8 malam hehehe. Ok la tu awal sejam. Sebabkan Aku Sudirman saya gigihkan jugak pegi ni. Semangat Aku Sudirman kan hehehe. Cuma saya, badang dengan benonoi je yang pegi. Acicot ikut maklang nak sambung mandi manda kat tiara lagi. Lagipun geng nisa ada kan. Mana lah dia nak ikut mama hehehe.

Saya macam over sikit memula nak siap2 gi Konsert Aku Sudirman ni. Konon memula malas pegi. Tapi bersiap over plak kan. Siap pakai bulu mata pelesu HAHAHA. Siapa la nak tengok kakjem malam2 tu kan siap bermatapelesubagai. Feeling somel la tewwwwwwwwwwwwwww HAHAHA. Tapi saya adelah tidak tahu pakai sendiri. Cara saya pakai tak kemas lah. So dalam kereta saya bukak balik bulu mata tu hehehe. Tunggu saya konfiden pakai bulu mata sendiri... kena prektis lagi hehe.

Aktiviti dalam kereta. Ini namanya mengada secara berganda. Saya baring kat badang, Benonoi baring kat saya. HAHAHA. Pastu saya edit gambar ni. Badang suka yang susunan atas, saya suka yang bawah :p

Kat sana (studium bola sepak cheras), walaupun dah takde parking, tp jalan tak la jem kebenau. kitorang parking jauh sikit la. Tepi jalan gitu.

Sementara tunggu ceera sampai.


"atam ko dah sampai mana?"

cea, padahal boleh je masuk dulu. tapi sebab manja nak masuk sama-sama jugak. korang tahu la dalam tu kan ramai sangat orang lagi payah nak cari orang. So lebih baik lah tunggu roger-roger kat luar dulu

Si ibu yang tembam dan anaknya yang tembam jua :p

Lepas ceera aka atam sampai dengan suaminya ciput, yuen yee bawak kitorang masuk pastu bawak kitorang duduk depan. Yuen yee memang baik... jaga kitorang baik-baik hehe. Suka kerja dengan dia :). Kalau duduk depan sememangnya best uols sebab nampak jelas la stage kan. Nampak jelas la retis2 nyanyi semua. Tapi terfikirkan saya kena balik awal sbb nak amik nisa kat shah alam pastu nak balik seremban, esoknya kena bangun kul 430 pagi nak kejar bas lagi. Takpelah. Kita duduk belakang aje la ye.


Kitorang duduk melepak sementara tunggu jam 9.

pastu baru perasan yang sape twit pakai #akusudirman, twit dan mukanya akan terpampang kat skrin beso tu hahaha. Sila tengok skrin tu, twit kakjeng ahak ahak ahak. Tetiba rasa malu le pulakkkkkkkkk.


Tiap kali wasap mcm tu la muka kakjeng. Senyum sesorang hehehe. Tu mesti tengah wasap dengan group nonang nenek ponen tu. Group tu kelakar. Cerita pasal 1 topik pun boleh melarat2.


Ramai tak orang? Ramai sangat kan. Ramai dan meriah.

MC dia adelah AC Mizal. Mula-mula saya biasa2 je. Tapi bila start persembahan yang pertama pastu lagu2 sudirman kebanyakannya saya boleh ikut nyanyi sama. Best la pulak. Rasa macam nak stay sampai habis la pulak. Siyes terleka kat situ.

Penyanyi semua suara sedap mendayu2 pulak tu. Ada Adira, misha omar, eh sape lelaki yang suara tinggi tu, erm ada beberapa penyanyi yang mantop2 suara. Tapi saya tak ingat nama. Ampun hehehe. Dato Siti je saya tak sempat tengok tsk tsk tsk. Saya nak sangat tengok tokti tauuuu...sentap betul


Masa persembahan osbon, anoi dah menangis dah. Ala saya baru nak feel tau. Bukan senang nak dapat peluang tengok konsert kan. Saya baru plan dalam hati nak buat2 lupa ajak badang balik HAHAHAHA. Buat2 terleka tengok sampai konsert habis HAHA. Sekali anoi dan menangis nak susu sbb dia dah penat nak tido kan,

Ok ok jom la balik

Konsert Aku Sudirman memang best. Memang rugi siapa tak join tu ari. Dah la masuk free kan.

Siyes tak rugi join. Best...

Alangkah bestnya kalau saya dapat tunggu sampai Dato Siti nyanyi...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^