Follow Viruspadu

Friday, June 08, 2012

Mee Rebus Tulang

Nak share satu lagi tempat makan yang saya rasa sedap sampai hari ni saya teringat. Punya la selalu saya pegi publika tapi tak makan kat sini. Rugi sungguh la. Kalau tahu sedap mcm ni... hari2 saya nak makan kat sini hehehe.

Nama dia Chawan Publika. Ini kali kedua saya singgah. Pertama kali saya makan nasi dengan lauk pemenda tak ingat. Sebab rasa dia biasa je. So tak rasa nak datang lagi. So kebetulan hari tu saya teringin nak makan mee. So tersinggah sini. Belek telek menu. Nampak menu Mee Rebus Tulang. Macam pelik terus order.

Dan pinggan dia beso nak mampus. Kalau ko jenis makan secuit secuit sila lah share dengan member sbb memang tak habis punya. Saya yang kuat makan ni pun share ok. Nak pitam habis kan sorang.
Tapi sumpah sedap.
Semua rasa ada.
Paling tak boleh blah tulang seketul tu haaaa uolssssssss.
Siap rasa nak kunyah tulang sekali kekeke. Over.

Kalau korang datang publika wajib torai Mee rebus tulang ni. Okeh.

Makan pulak dengan cendol. Memang terbaik punya kombinasi di tekak saya.

Oh la la.

Laparrrrrrrrrrrrrrrrr

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

ala comel kopi siap ada biskut...hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

nampak sedappp.wahh kopi tu siap ada biskut ke VP?

sweethOneY said... [Reply to Comments]

ahhh sedapnya kakak !! pernah makan mi bandung tulang dekat kedai sebelah mi ketam shah alam tu. tp tulang dia kecik je. ok nak pegi sini nnt !!

MrJocko said... [Reply to Comments]

pernah la sekali ke Chawan Publika, tapi tak pernah rasa Mee Sup Tulang dia,,, pasni aku nak cuba

wawa abdullah said... [Reply to Comments]

ermmmm..sedapnye!! yummy! wajib try ni next tymm..huhu :)

JembalCastle said... [Reply to Comments]

salam perkenalan...selalu baca blog ni, tapi first time nak tinggal jejak...wahh sedapnyerr..publika tuu kat pana yaa...tq

viruspadu said... [Reply to Comments]

@JembalCastle

kat solaris dutaman :)

Meebandung Kuah Kacang said... [Reply to Comments]

Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)

Rakan niaga kami di Shah Alam

Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^