Follow Viruspadu

Wednesday, June 27, 2012

Saya di Kuching

Salam Rabu,

Rabu dah hari ni kan. Saya nyaris-nyaris jugak nak tulis salam selasa tadi. Nasib la perasan. Kalau tak nanti jadi bahan dengan maklang dengan YB perparitan kat wasap group hehe.

Saya sampai kat kuching isnin yang lalu. Dan malam tadi adelah saya pegi ke topspot makan seafood. Yummeh. Gambar2 dalam iphone4essssssssss ni (saje dengung lebih), malas la plak nak transfer hehe.

Saya kat sini keje uols. Bukan teman badang audit macam dulu. Bukan sesaje holiday melawat cuti-cuti malaysia. Tapi keroje. Maka siang di kantor, malam cari makan. Jumaat ni saya balik dah. Harap2 keje siap la.

Saya macam teringin nak makan makanan2 yang dulu saya makan macam mee kolok, laksa sarawak, ayam penyet, kek lapis dan lain-lain yang sedap kat sarawak ni. Tapi masalah sungguh dengan saya buta jalan. Saya takde kenderaan. Dan masalah saya sorang pompuan hehe. Nak gi beli ehem ehem pun tengah pening ni cemana nak pegi kekekeke. Dah la saya ni kalau sorang memang takkan keluar bilik. Saya tak beli makanan pun letak kat bilik kalau lapar. Dan tengah2 malam lapar pun saya main telan air liur je lah hikhikhik. Punya la x berani nak pegi kedai doplohpatjam tu beli jajan ke apa. Sengal kakjem.

Ok jap lagi 830 saya nak keluar gi sarapan dah.

Ok korang, kalau ada tempat best terutama tempat makan share ek.

Selamat bekerja.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

adoi...rindu nak makan kat topspot semula,huhuhuhu xper soon to be there. VP, kalau xder transport memang patah kaki ler kat sana, port makan banyak tapi kenelah ada transport. mkn dlm cruse pon sodap...waterfront =P

Nur Hafiza Rahsid said... [Reply to Comments]

Kesiannya Kak Jem. Huhu. Kalau akak nak makan kek lapis senang naik penambang aje kak. Ambil penambang tu dari belakang hotel grand Magharita tu aje sekejap aje dah sampai compare to jalan darat. Bayar dalam 50sen jangan tanya harga berapa nanti dia cas lebih sebab tau kita bukan local. Ayam penyet stesen 12 pun sodap pedas sing bedesing. Saya dah balik semenanjung sebab cuti sem kalau tak boleh tolong kak jem kat sana T_T

Fina said... [Reply to Comments]

hi...

kalau mee kolok sarawak..paling best kat bimmers cafe, tapi jauh sikit..

Uncle Seven said... [Reply to Comments]

lain kali bagitau awal2 nak datang kuching..boleh bawak temapt makan best2

yaNa said... [Reply to Comments]

Mtk tlg ngan abg mat jely tue bwk jalan2..dia ok jer..
Masa saya odit kt miti s'wak tue,merata dorg bwk jenjalan.. ;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^