Follow Viruspadu

Thursday, June 14, 2012

Slim Sangat (Sponsored Post)

Saya bukan nak cerita pasal saya slim :p Ahakssss... Sebab saya dah tak slim sangat dah sekarang ni. Sejak makan 6 kali sehari macamkan ada kursus bina perut keke mencik. Eh esok nak diet ah. Semangat nih hins hins hins :-8) (HAHAHA tak boleh tahan dengan icon kembang-kembang hidung ni rasa nak gelak pulak dah)

Korang ada masalah gusi berdarah? Gusi sensitif? Atau korang takde masalah tu semua tapi korang jenis gosok gigi tak puas, pastu nak gosok lagi? hehe... ada member saya gitu. Dia gosok gigi pastu tak puas hati rasa macam tak bersih, pastu gosok lagi. Hehehe... perbuatan comel. Dan saya punya masalah gusi sensitif :(

Korang tahu tak Colgate ada product baru yang slim macam ni?
Ye berus gigi tu yang slim ye, bukan kakjem :p

Dia punya slim bukan calang-calang punya slim tau. 0.01mm tau. Ce amik pembaris. Ce amik sekarang. Kira berapa kurus. Ha terpegun tak?

NEW COLGATE SLIMSOFT-Deep & Gentle Cleaning




Udahlah slim, soft pulak tu.

Saya punya harus warna pink. Well. (kelip kelip mata)

Saya kan ada masalah gusi sensitif tau. Sensitif tahap kalau gosok gigi kalau tergosok terkuat la sikit, konfem la luka lalu berdarah. Mulut rasa tak sedaplah. Kadang boleh bengkak tak tentu pasal. Stress mokcik macam ni tau. Jadi saya memang cari berus gigi yang lembut-lembut la. Gusi pun macam kakjem jugak lemah lembut gemalai hikhikhik.

Eh hari tu saya pegi jumpa doktor gigi tau. Masih ingat entry saya yang lalu? Tahu kah korang yang kita memang kena check gigi 6 bulan sekali? Tahu tu hal lain, tapi buat ke idak tu point nya hehehe. Ke tahu tapi takut nak jumpa doktor gigi. haip haip... takleh gitu... no no no.



Doktor sedang mengecek gigi kakjem. Ada gigi kena tampal katanya. Tapi papehal buat scaling dulu. Sebab tu jugak salah satu sebab kenapa gusi sensitif.

Masa tengah buat scaling ni pun berdarah-darah banyak sangat. Phewwww... Pakej la dengan ngilu semua kan. Tapi kena tahan la sebab gigi punya pasal kan. Gigi nak pakai lama ni, bukan nak pakai setahun dua :p . Maka memang kena jaga gigi bebetul

Dan doktor pun akui yang gusi saya memang sensitif. Penggunaan berus gigi juga main peranan la.


Ofkos saya dah pakai dah COLGATE SLIMSOFT ni. Memang sherashi bershama dengan saya. Siyes lembut je terkena gusi. Puas hati betul rasanya. Saya suka. 0.01mm Super Slim Tip bristles kan pastu pemegang dia pulak di design nampak simple dan ergonomik.



 2 head sizes - Compact & Ultra Compact Head

Bila berus gigi ni dijadikan slim, maka bila gosok gigi dia boleh cuci sampai ke celah-celah gigi yang tak tercapai dek akal la. So gigi jadi lebih bersih. Gigi bersih gusi sihat tak terluka. So kalau macam kes kawan saya yang jenis gosok gigi tak puas tu, elok la pakai Colgate SlimSoft ni, boleh gosok sampai ke celah2 gigi. Memang puas hati


 Saya pakai ni sesuai untuk gigi sensitif. Berus gigi dan ubat gigi Colgate.

Step penjagaan gigi yang korang kena buat. Gosok gigi dan kendian kenalah kumur-kumur Colgate Plax Ice tu untuk kesegaran nafas =)
Ada 4 warna, ikut warna feberet korang.
Ada 4 warna yang korang boleh pilih. hijau, pink, oren dan biru. Kalau tak silap saya harga kat pasaran kalau beli satu RM6.90. Kalau yang buy 2 tu RM13.80. Eh kalau tak silap saya lah ye. Korang kena dabel check mana-mana kedai berhampiranlah ek.

Dan tahukah korang yang kita sebaiknya tukar berus gigi 3 bulan sekali?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

alaa kak jemah pun mantain slim ape hihi..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^