Follow Viruspadu

Thursday, June 28, 2012

Sponsored Post: Saya Suka... Saya Suka...

Sayang memang suka COLGATE SLIMSOFT. Tersangat serasi dengan saya u know. Sebelum saya pakai COLGATE SLIMSOFT saya pakai macam-macam jenis berus gigi. Dan memang dari dulu jugak kalau saya beli berus gigi memang saya akan beli yang "Soft". Korang perasan kan kalau beli berus gigi ada 3 jenis. Ada yang hard, medium dengan soft gitu. Ke korang tak perasan main taram beli je asalkan berus gigi? Hehehe...

Saya ada dua-dua jenis berus COLGATE SLIMSOFT.
Satu jenis yang Compact (pink) satu lagi Ultra Compact Head (jingga). Korang boleh bezakan dengan tengok saiz berus. Yang pink tu besar sikit.

Saya ada plan nak ambil gambar saya gosok gigi nak buat demo kat korang hikhikhik. Dan nak tunjukkan kat korang yang gusi saya tak berdarah lagi. Tapi mungkin rupa saya akan tak senonoh sangat pulak untuk dipertontonkan hehehe. So kansel lah.

Saya suka sangat la. Almaklumlah gusi saya ni sensitif sangat kan. Saya dulu masa belajar kat UUM kan bilik mandi adalah share beramai-ramai satu floor kan. Satu floor ada banyak bilik lah. Satu bilik ada 2 or 4 orang. So bilik mandi memang sentiasa ada orang. Saya paling malu nak gosok gigi kat sinki malam-malam. HAHAHA. Sebab bimbang orang ingat saya hantu ke apa. Gosok gigi sampai berdarah kan. Kan dulu selalu je ada cerita hantu pasal student gosok gigi memalam dengan member kononnya tapi sebenarnya sebelah hantu, pastu hantu tu gosok gigi sampai darah2 bagai HAHAHA. So saya terbayangkan yang tu HAHAHA. Malu giler.
Saya suka COLGATE SLIMSOFT sebab dia lembut. Saya suka COLGATE SLIMSOFT sebab 0.01mm Super Slim Tip bristles. Saya suka. Saya suka sebab gusi saya tak berdarah lagi. Saya suka sebab saya rasa gigi saya bersih sampai kedalam-dalam.

Amboi sukanya kakjeng ni hikhikhik.

Saya kalau suka memang nampak sangat overnya kan.

Ini namanya suka yang tak dapat dibendung HAHAHA.

Mestilah suka sangat sebab takyah malu nak gosok gigi ramai-ramai lagi.

Betul cakap doktor hari tu yang kalau lepas buat scaling gigi memang gusi akan lebih sihat dan tak berdarah. Jadi saya syak penjagaan gigi dan pemilihan berus gigi yang betul memang sangat penting untuk gigi dan gusi.

Dan kita memang kena pentingkan perkara ni sebab dengan gigi yang baik senyuman kita pun akan bertambah manis hehe. Masalah mulut berbau pun akan hilang. Betul ke idok? #paksa semorang angguk

Slim 0.01mm.Slim sangat kakjem

Langkah langkah gosok gigi dengan betul

Selain penjagaan gigi berjadual (scaling 6 bulan sekali), pemilihan berus gigi yang sesuai dengan gigi dan gusi (Tukar atlis 3 bulan sekali). Kaedah dan cara gosok gigi juga adalah sangat perlu. Itu dia 3 simple steps dah macam cerita kartun agent OSO hehe.


Erm korang nak tahu?

Colgate ada buat party... Korang nak join tak? Finale Party.

Bila?
30 Jun 2012 bersamaan hari sabtu

Pukul berapa?
3.00 – 5.30 petang (tea to be served uols)

Kat mana?
Bistro 42 kat Bangsar Village 2

Kalau korang nak join, boleh tinggalkan komen kat entry ni. Saya boleh bawak 10 orang kawan. Korang nak pegi? Jom la jom la. Sabtu tu free kan. Tinggalkan komen ye. Tinggalkan nama n emel sekali supaya senang kita nak kontek-kontek ok. Invites will be sent out by 28th June!

Ok love ya :)





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Ietams said... [Reply to Comments]

ala nak pegi.. tapi sabtu full schedule la pulak.. lenkali buat macam ni lagi eh.. boleh mem follow

Mya said... [Reply to Comments]

VP, akak berminat nak mencuba nasib untuk join event ni. *menadah tangan berdoa

Berminat sebab gigi dan gusi akak ni pun kategori cepat berdarah juga.
Jadi mahulah menyaksikan sendiri kehebatan berus gigi Colgate ini :D

- Mya
- myasefia@yahoo.com

Nana said... [Reply to Comments]

Gosok jangan tak gosok...hihi

Salam kenal!:D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^