Follow Viruspadu

Sunday, July 01, 2012

Alalalalatok

Hari ni selain daripada plan nak gi MAHA kat paroi petang nanti, kitorang takde plan lain dah. Maka agak sangap jugak la. Dah biasa setiap hari ada je aktiviti macam takde rehat langsung. Tetiba dapat rehat rasa pelik pulak dah hehe.

Kebetulan saya baru balik sarawak dan ada beli barang sikit untuk mertua, so ajak badang balik la. Dekat je rumah mertua saya dengan rumah saya. Memang boleh dikatakan tiap2 minggu akan balik.

Lagi pun anak- anak saya selalu rikues balik rumah nenek hehe. Rindu betul dorang. Saya pun suka tiap kali dorang rikues tu. Sebab macam comel je cucu rindu atok nenek. Teringat plak zaman kitorang kecik2 dulu. Teringin nak balik kampung tapi malu nak cakap dengan mak abah pastu main tulis kat kertas hahaha. Tak silap saya itu idea sepet haha. Lawak. Sepet memang byk idea sengal, macam tulis surat sebab nak lari dari rumah! Hahahaha nak pitam gelak kalau teringat hahaha

So sekarang saya kat rumah mertua sambil lepak kat anjung menikmati angin sepoi2. Best giler bau kampung. Pakej dengan bau rumput. Bunyi motor lalu lalang hehe. Tengok pokok kepala. Bunyi burung. Pehhhh best.

Badang plak aktiviti biasa dia baca paper. Orang nak kacau sikit pun dia tepis hahaha. Saya memang terpaling suka kacau dia baca paper. Suka duduk atas paper la. Buat2 terbaring atas paper la hahahaha sampai pokcik tu hangen. Baru puas hati haku hahaha. Nasib la dapat bini macam ni. Nak menyesal dah tiada gunanya kekeke.

Eh jap, nak pegi cari nisa dengan anoi. Mesti depa ikut atok kat belakang hehe. Nak gi tengok jap. Ok korang. Jumpa nanti.





0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^