Follow Viruspadu

Tuesday, July 24, 2012

Asam Pedas

Kan semalam saya plan nak masak asam pedas. Dan memesan dengan Badang beli bahan2. Dan semalam jua banyak halangan. Sebab sampai rumah dah kul 6.45 okeh. Baru nak masak nasi pulak tu. Si nisa buat hal sibuk nak tolong masak. Saya dah la kalut first time nak masak. Siap print resepi antalya lagi hehe. Sebab dia bagi kat komen dengan link asam pedas daging tetel sekali. Terus la saya print bawak balik. Resepi dia nampak simple. So ok la.

Sekali tengok daging yang badang beli kat Giant yang dalam bekas tu. Yang dah siap potong tu. Memang la senang keje acik. Tapi takde la lemaknya bagai. Kalau takde lemak2 kat daging. Mana nak wujud ketetelannya HAHA.

Takpe belasah!

Tepat jam 7.27 pm. Siap jugak Asam Pedas yang kurang ketetelannya hehehe.

First time. Terlebih asam pulak dah. Tapi takpe sebab badang cakap sedap dan makan 2 kali tambah. Cukup dah buat hati saya berbunga2. Pastu sambil makan dia cakap... hurmmm sedap sedap. keh keh... pandai ambik hati isteri. Nak suh i masak lagi le tewwwwwww. Ke memang patut rasa dia masam macam tu?. Ntah la.Takpe next time dah boleh agak berapa byk asam nak kena letak lalala.

Pastu sembang2 dengan adik beradik kat wasap, tengok kaklang masak nasi lemak untuk berbuka. Pehhhhhhhhhhhhhhhh sedapnya nasi lemak. So petang ni saya nak masak berbuka nasi lemak lah hehehe.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

saya pun dah try resepi Yun Antalya ni hari tu sedap hihihi tapi kalau ada lemak lemak dia tu lagi berganda kesedapan dia Kak jem :D

Ardini Humaira said... [Reply to Comments]

dni tak buat asam pedas lagi bulan pose ni. nanti kena buat sebab fav asben :)

antalya said... [Reply to Comments]

thanx sbb sudi cuba resepi sy nyeh nyeh nyeh

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

kak vp, kat jusco ada jual daging tetel paket2. dalam rm5 sepaket. sesuai utk asam pedas / sup/ singgang.
anyway, teringin nak rasa akak masak hehe

Alycia said... [Reply to Comments]

nmpak bestt... slamat berbuka kak jem ;)

A.I said... [Reply to Comments]

Pepagi buta tadi lagi aku dah bersahur nasik lemak. siap goreng ayam bagai uolls! haha..gigih sgt kan?

QasehnyaRania said... [Reply to Comments]

suami ok..ok je kan :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^