Friday, July 20, 2012

Formula Baru Anmum

Nisa yang sangat menyayangi adiknya.... Saya kadang-kadang kalau kat rumah marahkan nisa dengan anoi sebab lasak sangat. Pastu anoi menangis. Suka tengok nisa pujuk anoi. Dah macam nenek-nenek saya tengok si nisa tu HAHA. Anoi pulak bertambah la mengadenya kan. Tapi comel kot saya tengok hehe. Suka gelak dalam hati. Tapi muka menten karakter ibu garang ecewah. Cemana la kakjeng marah kan. Boleh bayangkan? Badang dah biasa tengok dah hehe.


Tengok budak melasak dan menggerami perangai budak melasak bukan sesuatu yang merimaskan sebenarnya. Tapi ini satu anugerah yang tak terhingga. Hehehe. Yelah bukan semorang merasa pengalaman ni.  Dan pengalaman ni jugak sekali seumur hidup je kita dapat lalui. Lepas ni dah takde dah. Macam amik reportcard anak masa dia umur 5 tahun. Sekali je. Lepas tu takde dah. Walaupun tahun depan ada lagi amik reportcard, tapi masa tu dah 6 tahun. Dah tak sama.

Melihat perkembangan anak membesar memang best kan.

Macam kawan saya. Hantar anak masuk tadika pun dah sedih sebab dia rasa cepat je anak dia dah besar dah. Kawan saya sorang lagi lagi best, tengok anak dia dah pandai main slide sendiri pun rasa macam nak nangis. Hehehe. Ibu-ibu memang ada perangai comel macam tu. Saya pun macam tu. Tengok nisa dah pandai minum pakai straw pun rasa nak menangis sebaldi ok. Sumpah terharu.

Selalu risau jugak pemakanan yang saya bagi bagus tak untuk perkembangan otak dia. Macam sel-sel berhubung macam iklan anmum tu kan.

Saya tahu yang DHA adelah satu nutrient penting untuk perkembangan budak. Tapi DHA aje memang tak cukup. Kid perlu jugak nutrient macam gangliosides.

Saya jugak pernah sembang dengan kawan saya pasal tips pemakanan anak, dia kata anak paling penting minum susu dan roti. Abah dia sanggup berhabis duit janji anak2 dia mesti minum susu dan roti tiap pagi. Kagum betul ayah yang ada berjiwa macam tu.

Yang saya faham

DHA membantu untuk build brain cell tapi memerlukan Gangliosides untuk brain cells connection. Faham tak ayat rojak kakjeng? hehehe. Maknanya lebih banyak brain cell connect, makin cepat kanak2 belajar.

Jadi dedua ni memang work together lah.

Anmum Essential sekarang dah ada more more more DHA dan Gangliosides dalam formula baru ni. Maka lebih banyak sel berhubung. Maka lebih cepat budak2 belajar.

Bila budak cepat belajar dan mereka akan teringin nak cuba macam-macam perkara. Kita kena banyakkan bersabar la. Macam masukkan ipad dalam petiais HAHAHA. Saya tak tahu apa research yang sedang nisa fikirkan sampai boleh masukkan ipad mama dalam tu. HAHAHA bertuah punya budak!


Bila DHA + Gangliosides maka akan terhasilkan outcome yang lebih better gitu. Boleh faham ke ayat saya ni? Sebab Anmum Essential kan ada dedua DHA + Gangliosides + a unique formulation. Maka ia dapat membantu sell otak berhubung. Oyye takde brand susu GUM (growing up milk) yang boleh offer benefit yang best macam ni, kiranya macam double brain benefit gitu. Rasanya Anmum Essential je.

So bila anak korang yang dah tersedia bijak tu, minum pulak kombinasi formula DHA dan Gangliosides yang ada dalam Anmum Essential tu... InsyaAllah bertambah-tambah lah bijaknya. Saya tak cakap yang kalau minum terus bijak ye. Tapi ini kira macam ikhtiar kita la. Persediaan kita sebagai ibu bapa untuk anak-anak kan.

Korang boleh klik http://www.anmum.com.my/ untuk maklumat lanjut


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^