Follow Viruspadu

Saturday, July 14, 2012

Hetchu Pacat!

Pagi ni saya bangun lambat gara-gara malam tadi tido lewat hehe.

Malam tadi sebenarnya aktiviti habis awal dah. Dalam kul 11 gitu la dah masuk bilik dah. Saya la dah masuk bilik. Bebudak lain ada lagi memacam aktiviti macam makan durian beramai2 pastu ada yang layan karok sampai kul 3 pagi gitu. Giler kentang dorang.

Saya pulak niat je macam nak join sekaki. Tapi tuntutan kerjaya membataskan pergerakan kekeke. Mengada sangat ayat kan hehehe. Taklah. Sebenarnya malam tadi saya bersengkang mata siapkan assignment uols. Well. Kursus tu kursus jugak, keje lain saya kena setelkan ikut masa jugak kan. Blogger pro la katakan bluwekkkk HAHAHA. Mencik kakjem.

Maka pagi tadi saya adalah terbangun kul 7.14 pagi. Dan menjadi blur selama seminit. Nasib baik rumet kejutkan.

"Eh, kita kena berkumpul kul 7.30 kan" ~sambil menggaru2 kepala dan menggosok2 mata.

Alamak kau dah la penghuluJENG hahaha. Pastu kau bangun lambat. Memang taklayak jadi penghulu kekeke. Ambil berus gigi terus pecut masuk toilet.

Tengok reramai pun masih dlm toilet tengah gosok gigi. Lalu konfius. Saya salah tengok jam ke. Saya salah waktu berkumpul ke?. Gegirl keliru tau!

"kita berkumpul kul 730 kan?"
"a ah"

HAHAHAHA apa kes semorang lambat HAHAHA.
Bagus! Daripada plan nak mandi pramlee tadi. Terus mandi tanpa rasa bersalah dihati.
Pedulik la lambat kan. Yelah kiranya saya igt saya tido lewat kul 2 lebih. Dorang lagi lewat kan kul 3 baru masuk bilik... hehehehe. hebat oooo orang. Burung hantu.

Muka orang bangun lambat. Tapi lipstik tetap nyerlip!


Hari ni punya aktiviti adelah treasurehunt.

Dan sampai kat satu checkpoint masa saya kena cari soalan kat celahan pohon. Tetiba saya terasa gatal2 di celahan jari kaki saya.

Lalu saya pun bukak kasut saya.

Tetiba saya ternampak pacat tergolek golek dalam kasut crocs hello kitty saya.
WTFun punya pacat.
Mesti dia tengah tergelak tergolek2 dalam kasut saya. Sebab dapat gigit jari kaki gegirl paling HOT HAHAHA... perasan! sepak kakjem sekarang!!!!. Saje sedapkan hati. Dalam ramai2 kenapa pacat tu pilih saya???Why pacat! Why?
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... gelinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Saya kemain cemas terus melompat sorang tanpa suara kat situ.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... gelinya

Nasib la ahli kumpulan nampak saya tetiba mengeletis tergedik2 kat situ lompat sorang2 kan. So dorang pun tolong la buang pacat dalam kasut saya. Tapi pacat tu tetiba hilang. Pacat pun ada kuasa superhero ke ha? Boleh main hilang2. Mencik.

Hilang kuasa supermak saya yang boleh lari zupzapzupzap hehehe.
Siot punya pacat! menjatuhkan air muka I je kekekeke

Sampai sekarang saya terasa2 macam ada pacat gigit saya. Padahal takde.

Jari kaki saya luka la.
Saya letak ubat macamkan luka parah HAHAHA
Over giler kau jem! :p

Hetchu pacat!



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Eiiiuwwww pacat? MQ pun geli dengan pacat or apa2 yg jenis lembik2 sejuk ni...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^