Follow Viruspadu

Wednesday, August 01, 2012

Jom LIKE Facebook PPZ

Korang tahu tak PPZ tu apa?
PPZ ni sebenarnya adalah Pusat Pungutan Zakat atau Please Pay Zakat

PPZ sebenarnya berperanan mengutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan). Sebaliknya semua urusan pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf dibuat oleh Baitulmal.

Eh korang bayar zakat tak ni? Sebagai umat Islam kita wajib membayar zakat. Itukan merupakan rukun Islam yang ke-3, yakni Wajib mengeluarkan Zakat.

Zakat ni ada DUA.

Yang pertama Zakat Fitrah, Zakat yang dibayar dengan harga segantang makanan ruji. Kalau kat Malaysia ni, beras la. Maknanya kalau harga segantang beras RM7.00. Kalau 10 tahun lagi harga beras dah tak sama dah. So bayar ikut harga semasalah ye. Ianya dibayar pada bulan Ramadhan setahun sekali. Sekarang ni kan dan masuk bulan Ramadhan, dah boleh bayar la ye. Banyak kot kaunter Zakat. Kalau pergi Param pun ada, Kat shopping kompleks pun ada. Dah mudah sangat dah. Semua orang wajib bayar. Termasuk anak-anak. Kalau Badang, dia bayarkan untuk isteri dia yang comel ini awwwww... dan nisa dan anoi.

Yang kedua, Zakat Harta. Zakat ni untuk orang yang berharta dan memenuhi syarat-syarat zakat untuk mengeluarkan zakat. Zakat ni merangkumi harta seperti emas, perak, perniagaan, kwsp, simpanan, saham, binatang ternakan mcm lembu, kambing, unta, dan juga pendapatan.

Kenapa kita kena bayar Zakat?
Sebab dalam harta yang kita miliki tu terdapat hak-hak orang lain seperti fakir miskin, orang yang berjuang fisabillah, mualaf dan lain-lain.

Kalau kita dah mampu, kita kena la bantu orang yang susah kan, bukannya banyak pun kan. Hanya 2.5% je daripada harta kita. Lagipun siapa yang bayar zakat dapat potongan cukai. Sekurang2 dengan zakat kita dapat membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Kadang-kadang kita lupa kita suka buat perkara sunat seperti bersedekah, tapi zakat yang wajib kita tak buat.

Bila harta kita dah bersih, dah tentulah duit kita berkat.
InsyaAllah kita tak rasa kesempitan dalam kewangan, kita rasa sentiasa cukup je. Allah akan lapangkan kehidupan kita, malah apa yang kita beri Allah ganti balik dan ditambah pula.

Ini jugak salah satu pendekatan PPZ seiring dengan teknologi semasa. PPZ sekarang dah wujudkan satu page Facebook untuk mendekatkan PPZ dengan rakyat Malaysia. Saya hadir pelancaran Like Facebook PPZ khamis lepas kat Wisma PPZ. Best. Ada jemput Dato Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah untuk ceramah bicara semanis kurma "keluarga syurgawi" .


Atlis kita kalau tak faham atau rasa ragu-ragu pasal Zakat atau apa-apa je. Kita dah ada satu platform untuk bertanyakan soalan. Dan PPZ jugak dah ada platform untuk berkongsi maklumat dengan kita.

Best kan.

Maklumat di hujung jari kita je. Antara nak dengan tidak je kita mencari maklumat :)

Apa add facebook PPZ??


http://www.facebook.com/myzakat

Jom kita ramai-ramai LIKE facebook myzakat

Dan yang paling BEST sekarang kat facebook myzakat ada kempen Like facebook myzakat start dari 20 Julai sampai 20 oktober 2012 ni. 3 Bulan la maknanya.

Semorang pun boleh join. Awak, awakkk dan awakkk tu (kenapa pandang belakang, awak la siapa lagi hihihi) boleh join kempen / contest ni.

Cara nak menang sangat la senangnya. Agent OSO pun cakap senang. (Pengaruh kartun 613)

Yang pertama, LIKE facebook myzakat 
Yang kedua, tulis komen positif kat wall facebook myzakat 

Senang sangat kan. Dua tu je.

Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbaik.

Kalau tak join memang rugi. Ingat hadiah dia pemadam pensil ke? Tak okeh... Tak... Hadiah dia sikit punya mengiurkan. Dah la syarat2 senang sangat. Hadiah giler best pulak tu. Menangis la kalau menang.

Hadiah-hadiah pemenang

1-    Hadiah Pertama - Galaxy Tab 10.1 (Berharga RM2,000)
Ditaja oleh Perintis Beta Sdn Bhd

2-    Hadiah Kedua - iPad (Berharga RM1,500)
Ditaja oleh Tutti Fruitti

3-    Hadiah Saguhati (Diberi hampir setiap hari sepanjang tempoh 3 bulan). Pelbagai hadiah menarik  daripada pihak penaja seperti voucher, hamper,  buku, tudung  dan sebagainya.
Ditaja oleh Grup Majalah Karangkraf, Suria FM, SNB Kasih Training & Consultancy, Saffron Integrated Marketing, MMP Communications Sdn Bhd, Mustika Ratu, Butik Mama, Mentor Solution, The Jannah, PTS Media Group Sdn Bhd dan Grand Seasons Hotel

Saya dah LIKE dan dah komen :)


So apa lagi. Jom LIKE facebook myzakat
dan jangan lupa ke www.zakat.com.my

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^