Follow Viruspadu

Wednesday, July 18, 2012

Perasaan Itu

Saya rindu bau baby.

Sungguh.

Lebih-lebih lagi sekarang tiap kali balik rumah mak, dan nampak ceera mengandung dah 6 bulan dah kan. Comel je perut beliau. Alahai bertambah-tambah rindu hehe. Saya rasa ibu aka isteri sama je kan. Macam mana banyak dugaan mengandung, mabuk teruk keluar masuk hospital, cucuk jarum sana sini pun. Serik macam mana pun masa mengandung. Sakit macam mana pun masa nak melahirkan. Tetap bila tiba masanya rasa nak mengandung lagi. Rindu nak bau baby lagi.

Berseri-seri wajah ibu mengandung hehe


Bila saya tengok ceera mengandung ni teringat masa dia peknen keisha dulu. Korang ingat tak saya pernah buat entry dulu. Sedih giler kot saya tengok adik saya ni. Dah la overdue. Pastu ada sekali dia terjatuh dalam bilik air sampai kepala benjol kot. Pastu ada tu dia kena demam panas sambil satu badan menggigil. 


Saya ingat lagi, masa saya melawat dia kat hospital. Kebetulan masa tu badan dia mengigil-gigil. Tangan dia menggigil. Nak menitik air mata saya tgk adik macam tu. Banyak betul dugaan dia.Masa tu tangan dia dah bengkak dua-dua belah tangan sebab cucuk air masuk tangan dia tu kan. bengkak sangat. muka pucat. sedih. saya usap-usap tangan dia. urut-urut tangan dia. sayu betul hati saya.

Mengandung memang macam-macam dugaan kan.

Pengalaman mengandung pertama saya pun masih segar dalam ingatan.

Kalau tanya mak saya pun, pengalaman pertama mengandung pun mesti dia ingat lagi. Perempuan memang macam tu. kalau ada 10 anak pun. Pasti 10 pengalaman tu semua dia ingat hehe.

Pengalaman mengandung pertama saya memang banyak dugaan dari awal. Saya bukan kawen-kawen je terus mengandung. Hampir dua tahun jugak saya menunggu. Saya ingat lagi masa tu saya dengan suami baru balik dari main badminton kat taman rekreasi depan Hotel Shangri-La Putrajaya, so singgah alamanda. Kebetulan saya belum period lagi. Ajak la badang beli UPT (urine pragnancy test). Biasalahkan teruja. Sampai2 rumah je terus rasa nak terkucil. Padahal tak sabar nak test kan. Terus masuk toilet dan test. Dan untuk pertama-tama kali setelah dah puluhan kali test akhirnya nampak ada 2 tanda line muncul kan. Rasa mcm nak melompat2. Suke sangatttttttttttt. Terus jerit panggil nama badang. Lepas dua2 dah happy terus beli buku nama-nama bayi hahaha.

Masa tu saya baru sangat masuk kerja. Tapi saya mengandung agak teruk alahan. Kejap2 masuk hospital. Kejap-kejap masuk hospital. Kejap2 mc. Berat badan daripada 62kg terus turun ke 49kg dalam masa 1 bulan. Last nak bersalin berat saya 69kg (kalau tak silap saya). Saya mabuk sehingga saya melahirkan.

 Anak sulung saya Alesha Abriza di lahirkan pada 15 Disember 2005. 

Kebanyakan korang yang biasa dengan blog saya adalah daripada fotopages saya kan. Berkongsi pengalaman saya bersama alesha. Saya kopipes sedikit pengalaman saya dengan korang daripada fotopages saya.

Setelah 2 hari di rumah, baby saya mulanya telah di masukkan ke Wad NICU Hospital Putrajaya, pada 19 Disember akibat deman jaundice (kuning). Masa dimasukkan tahap kuning dalam darah 381. Setelah empat hari di wad, pada 23 Disember baby telah dibenarkan keluar setelah tahap kuning turun 194.

Pada petang 23 Disember jam 9.30 malam, baby mulai menangis dan mengalami kembung perut, kami telah bawa ke private klinik dan disahkan kembung perut. Namun selepas dibawa pulang, jam 3.00 pagi baby menangis lagi dan sekali lagi dihantar ke ER, Hospital Putrajaya, selepas di X-Ray and check-up sekali lagi disahkan kembung perut dan dibenarkan pulang. Keadaan masih tidak berubah pada jam 7.30 pagi 24 Disember dan kami membuat keputusan untuk dibawa berjumpa bidan di N. Sembilan. Namun dalam perjalanan, keadaan baby yang menangis telah menyebabkan baby sesak nafas, muka dan bibir menjadi biru. Kami terus membawa ke Hospital Seremban dan pihak hospital mengklasifikasikan kes sawan dan ditahan di NICU. Doktor menyatakan punca sawan adalah mungkin disebabkan oleh jaundice atau jangkitan kuman sama ada dalam darah atau selaput otak.

Setelah semua ujian dijalankan, termasuk x-ray, blood-culture, brain scanning, masih tidak diketahui punca sawan tersebut dan segala-galanya normal. Setelah tiga hari di Hospital Seremban, 26 Disember kami minta tukar sama ada ke HUKM, HKL atau Hospital Putrajaya. Cuma Hospital Putrajaya saja pada masa itu ada katil, maka baby dihantar ke sana. Pada 3 Januari, Doktor akan menjalankan CT Scan untuk membuat brain scanning yang lebih detail untuk tujuan mengenalpasti punca sawan. Buat masa ini, baby diberikan antibiotik bagi tujuan melawan kuman yang dirasakan menyerang selaput otak. Hanya air tulang belakang sahaja satu-satunya prosedur yang masih belum dijalankan bagi tujuan memastikan teori doktor bahawa sawan tersebut disebabkan jangkitan kuman.



Saya baca semula rasa macam nak menangis pulak. Jadi saya rasa saya kopipes sampai situ je la. Korang boleh baca kat fotopages saya. Alesha dah meninggalkan kita pada 13 Mei 2006.

Mengandung kali kedua sebenarnya lebih mencemaskan kerana saya masih trauma kehilangan alesha. Tapi kali ni lebih mabuk daripada masa mengandungkan alesha. Kali ni saya kena injek insulin 4 kali sehari. Saya ditahan di hospital lebih lama. Lebih dari 3 minggu? sebelum bersalin. Kena tambah darah.

 An-Nisa Abriza 2.55kg. Tapak tangan saya lebih besar.

A'kum w.b.t.

Alhamdulillah... Zaimah telah selamat melahirkan baby girl pada jam 5.03 minit petang, tanggal 6 Rabiulawal 1428H (25hb Mac 2007). Baby seberat 2.55kg tersebut dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang dijangkakan. Alhamdulillah, Zaimah dan baby sihat. Walau bagaimanapun, baby terpaksa di tempatkan di wad bayi terlebih dahulu bagi memantau keadaan fizikal serta kesihatan memandangkan Zaimah terpaksa menggunakan insulin sejak dua minggu lalu dan bagi memastikan penyakit arwah kakaknya Alesha tidak terdapat padanya pula.

Zaimah pada mulanya dijadualkan untuk dilakukan prosedur induce pada 22hb Mac, tetapi telah ditangguhkan sehinggan 23hb Mac. Setelah di induce, beliau tidak menunjukkan tanda2 sakit untuk bersalin sehinggalah pada pagi tadi, 25hb Mac. Setelah bertarung selama 4 jam di labour room. Alhamdulillah, segalanya selesai. Hanya harapan kami, pemeriksaan ke atas baby itu nanti memberi keputusan yang mengembirakan... Insyallah.

Ye, itulah pengalaman saya.

tadi saya tengok pengalaman amelia.
http://projectlisten.com.my/amelia_story.php


Saya rasa sedih. Dan kagum dia dapat melalui dugaan tu. dan saya suka dengan happy ending story. Amelia menceritakan pasal anak perempuan dia yang ada masalah jantung yang dah dikesan daripada masa dia mengandung lagi. So dalam video tu amelia berkongsi cerita pasal kebimbangan, ketakutan dan kasih sayang terhadap anaknya yang tiada tandingan.


Saya memahami perasaan tu.

Saya juga pernah melalui pelbagai dugaan.
Betul kata amelia. Bukan hanya dari sudut kewangan, tp daripada setiap sudut.
Bila dugaan datang. Kita bukan hanya dari sudut kewangan, tp daripada setiap sudut.
Betul. saya setuju.

Intan payung saya, an-nisa dan an-nur.

Hurm...
Saya rindu bau baby. Sungguh.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Ibu ADAM AIDIL ALIF said... [Reply to Comments]

Insya-allah ada rezeki nanti tuuu... bau baby memang best. Sebab tu kita kalau boleh nak beli perfume yang mild ala-ala bau baby sekarang nih. Takpon pakai ja J&J punya items. Skrunk tgh kemarok dengan latest product mereka yang ada Honeysuckle tuhhh.. Best!! Try tgk link niehhhh..

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8651377644603036801#editor/target=post;postID=168755281504978754

ceera said... [Reply to Comments]

Sedihhhhhh....

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

Tuhan menduga pada yang selayaknya... Dia tahu zaimah dan suami kuatkan menghadapinya... jadi Dia pilih kalian...

Bila kita rasa dah rindu sangat pada bau baby.. itu bermakna kita betul2 dah bersedia untuk mengandung lagi... kan....? so usaha tangga kejayaan... selamat bekeerja keras.. untuk kasi nica ngan anoi adik ..ok...

Love Razila said... [Reply to Comments]

Sila join Ceera club =)
Semoga dapat baby boy gak macam Ceera. Amin =D

mamaiman said... [Reply to Comments]

ngandung lagik sis..

mamaiman said... [Reply to Comments]

ngandung lagik sis.. konfem hlg rindu tuh.. ;)

Eliss Mie said... [Reply to Comments]

sedih jugak :(







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^