Follow Viruspadu

Monday, July 23, 2012

Puasa Adat atau Puasa Ibadat

Pagi ni saya sampai office dan dapat emel daripada officemate saya. Dia ada dengar kuliah Dr Fatimah Az Zahra jumaat lepas, dan share dengan kitorang yang tak berkesempatan nak join ni. Baguskan, ada ilmu dan kongsi ramai-ramai. Respek betul. So saya pun dikesempatan ni nak share jugak la apa yang saya baca tadi. Saya kopipes je ayat dia. Selamat membaca :)




Puasa Adat atau Puasa Ibadat

Puasa Adat – hanya tidak makan dan minum tetapi tidak menjaga hal2 lain. Hanya mendpt lapar dan dahaga.
Puasa Ibadat – berpuasa dengan erti kata sebenar, menjaga mata telinga mulut, tutup aurat dan juga menjaga ibadah.

Amalan sepanjang puasa

1.      10 hari pertama – adalah rahmat Allah. Jadi baca zikir ‘ya arhamarroohimi narhamna’, supaya kita diberikan rahmat Allah.
2.      10 hari kedua – adalah keampunan Allah. Banyakkan baca Astaqfirrullah halazim utk mohon keampunan Allah.
3.      10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka. Baca zikir ‘Allahumma inni as alukarizo kawal jannah, wa a uzubikamin saqotika wannar’. Mohon supaya diri keluarga anak suami ibu bapa selamat dari api neraka.

Sahur penting, seeloknya 10 minit sebelum Imsak. Kalo makan lewat mlm cth jam 2-3 pagi bukan sahur namanya.
Sebelum sahur , solat tahajjud dulu.

Selepas sahur, sementara tggu Subuh, istiqfar 70 kali. Dan jangan lupa tunaikan solat sunat Subuh dulu.

Baca quran semasa naik fajar tu, jangan sambung tido pulak.
Pastu waktu dhuha buatlah solat sunat dhuha, nanti bila dah tua tade la sakit lutut dan urat saraf.

Semasa berbuka adalah waktu mustajab doa. Lepas je mkn kurma/minum skit, terus doa. Mintaklah agar dpt jumpa Lailatul Qdr dan mcm2 lg ikut suka. Selepas doa kena selawat nabi, baru doa diterima so jgn lupa buat.

2 perkara yg BATALkan puasa;
1.      Bohong; dan
2.      Buat fitnah pd org mengata hal orang

Jadi untuk sahabat yg dikasihi sekalian, marilah jaga mulut kita dibulan puasa ni. Kalau mengumpat , batal posa. ..ingat tu..(ingatan lebih utk diri sendiri). Kalau org dah nk ajak ngumpat, ckp je ‘saya puasa..nnt batal’…

So sapa2 nk ngumpat tu baik korang bwk ngumpat sambil minum air je lah...sbb posa dah batal pon...( hihihi)..

note: maybe ada kekhilafan dlm nota ini dan yg baik tu dari Allah dan yg kurang tu dari kelemahan diri saya.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^