Follow Viruspadu

Monday, July 23, 2012

Puasa Day 2, 2012

Puasa hari pertama saya adelah menyentapkan diri bila adik beradik semua balik rumah mak kat cheras. Pastu dorang hantar gambar makanan sedap-sedap dekat wasap. Sentaphatimaknak. Tapi ada saya kisah. Wah tadi kata sentap, pastu tak kesah plak. Mana satu yang betul ni. Hehehe. Memula sentap la. Tapi sebab saya berbuka kat rumah mertua saya pun makanan sedap-sedap ramai-ramai jugak. Hehehe. Sebab tu tetiba tak kesah dah. Tapi gambar memang takde la kan. Bapak la segan tetiba nak snap gambar kan. Apahal lak menantu hantu aku ni tetiba nak snap gambar kekekeke. Maka simpan dalam hati je.

Hari ke dua pulak, saya memangnya plan taknak keluar kemana-mana. Nak duduk rumah je. Nak rehatkan badan saya ni. Lega la dapat duduk rumah. Selesai jugak saya melipat kain segunugan tinggi. 2 kali trip tu baru selesai. Sekali hari sabtu, pastu ahad baru habis. Sila bayangkan dah macam kat kedai dobi punya kain dia punya banyak. macam kedai bandel pun ada HAHA. Mencik.

Maka bila dah duduk rumah, terasa macam nak masak berbuka. Tanya badang dia kata nak makan gulai ayam. Maka kul 430 saya dah start memasak dah. Saya memasak awal bukan sebab saya teruja nak masak ke apa. Sebab ni nisa tu la tak sabar nak tolong masak. Dia berkicau sebelah telinga saya "mama jom la masak" "mama bila nak masak ni" tak cukup kat saya, kat papa dia pulak.

Kul 5 kot saya dah sudah masak dah. Gulai ayam + kentang. Ha hambek ko dengan kaki ayam sekali ada. Saya masak setengah ekor ayam ni. Padahal 2 orang je nak makan. Budak 2 orang tu mana makan gulai ni.

Sayur ni nama apa? Ntah la Badang yang pilih sayur ni, saya masak je. Yang potong sayur adelah acicot kebena hehe. Terima je la rupa dia ada yang panjang ada yang pendek. belasah!

Ayam digoreng utk dua budak comot. Tapi dorang tak makan pong. Sabo je la mokcik

Keropok untuk saje2 makan

Budu tidak dilupakan hehe. Sebab baru balik ganu kan. Banyak beli budu katanya.

Tu dia, 2 lauk je untuk berbuka. Ikutkan badang lagi lah, 1 lauk cukup dah dia kata, janji masak. Tapi takde sayur tak best pulak kan. Sebenarnya kalau ada sambal belacan baru kombinasi terbaik. Pehhhhhhhh sedap. Tapi takpelah makan je la apa yang ada. Berdua je pun makan. Yang lain tukang bising je pastu makan memain.

Oyye, hari ni kalau sempat nak masak asam pedas daging. Saya tak pernah kot masak asam pedas daging. Dah pesan kat Badang belikan bahan2 nak masak. Harap2 menjadi. Resepi takdehal, pakcik gugel kan ada hehehe. Harap2 keadaan lalu lintas beri kerjasama hari ni hehe.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

antalya said... [Reply to Comments]

boleh cuba resepi ori org melaka kt sini http://antalya2102.blogspot.com/2012/05/resepi-asam-pedas-daging.html

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Ok la tu kan,menu makan berdua.Tak perlu membazir.Sama la kami kat rumah ni pun cukup 1 jenis lauk+sejenis sayur.Yang penting masak sendiri :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^