Follow Viruspadu

Saturday, July 21, 2012

Sarawak ke?

Last saya pegi sarawak adelah pada tahun 2008. Masa tu saya ikut badang gi odit. Seminggu!. Masa tu nisa setahun lebih lagi umur dia. Anoi pulak dalam perut saya baru berusia 4 minggu hehe.

Lama dah.

Tapi memori tu masih segar dalam ingatan saya. Semua. Termasuk kawan-kawan yang baru saya kenal dan tempat2 menarik dan makanan2 best kat Sarawak.

Cuma kali ni saya pegi sarawak sebab saya pulak kerja. Dan saya pegi sorang. Badang tak dapat follow atas kekangan kerja dan anak-anak dah sekolah kan.

Banyak jugak dugaan sebelum saya sampai sarawak ni uols. Sebab saya patutnya pegi berdua. Memula dengan member perempuan, tapi ada hal yang tak dapat dielakkan, so tukar orang lain. Pastu tukar lagi. Pastu tukar dengan lelaki pulak, pastu ada hal yang tak dapat dielakkan lagi. Last2 ting tong ting tong. Officemate lelaki saya pegi tu pun pegi tak bersekali lah. Saya pegi dulu, dia pegi lewat. Saya ingat saya pegi sorang je dah mulanya nasib baik ada jugak member. Dan nasib baik ada jugak member 2 orang lagi yang akan buat keje sama-sama hehe. So jadi 4 orang la.

Eh korang paham ke?
kalau tak faham abaikan je.
Rumusannya, kitorang ada 4 orang termasuk saya. Dan saya sorang je bunga. Ewah. Bunga yang mekar harum di taman. Ewah. Over lagi.

Kakjeng buat keje apa kat sana?
Saya buat Preventive Maintenance uols. Office saya ada cawangan kat sarawak. So nak gi buat PM la. Sementara tu tengok la kot ada masalah problem lain kat sana. Begitu kesahnya.


Iinilah dia Office cawangan sarawak. Hehehe. Macam biasa nak tunjuk office sebenarnya. Tapi macam biasa jugak gambar kekjeng jugak yang over kan. lalalalala.



Betulkan laptop atas perut je. Ko mampu? HAHAHA
Saya bertolak hari senin. Dan start kerjaan hari selasa.

Office dekat je dengan hotel. Saya lepak Dormani Hotel. Hotel ni dekat la kalau nak gi makan ke apa. Tapi apa pun tak boleh la HAHA. Sebab takde mende uols. Sarapan dia pun sedey. Boleh la takat nak makan hehehe. Tak boleh complain lebih. Terima je seadanya. Takpe, janji sebis laju, mintak iron laju. Minta towel laju. Minta tolong hantarkan ke office free. Terbahek lah. Kalau malam beboring nak facial ke urut ke memang takde lah ye. Sila la cari hotel lain jika korang ada terniat nak extra servis. Kalau takat nak tido2 dan ekonomi. Yes. sangat di rekemen.

Walaupun agak kelamkabut sebelum pegi, tapi bila kat sana semuanya berjalan dengan lancar. 3 orang member saya kat sana memang sporting giler lah. Best giler. Time keje semua gigih buat keje. Time melepak gelak, abis cerita pasal tiang semua keluar HAHAHA.

Lawak giler lah kalau sembang. Asik gelak aje.

Ini saya malam nak gi makan. Kitorang berempat kan. So amik teksi. Nak gi makan seafood. Kata orang kalau sampai sini tak makan seafood memang la tak sah kan.

Dalam bilik sebelum keluar.

Kitorang pegi topstop. Sini ramai orang. Dan byk kedai makan. Kitorang benti kat kedai makan no 2. Sebab kat sini muslim seafood. So yakin sikit nak makan hehehe



ayam dalam buluh ni yang terpaling sedap. macam rasa rendang pun ada. korang kena order ni kalau singgah sana tau.

Tu dia, en.N dengan mister alexender. Gigih amik gambar. update fesbuk le tewwwwwwwwww... hehehe



Semua sedap. gulp. dah la time puasa update. merasa la telan air liur bila teringat betapa sedapnya hehehe.

Tak silap saya makan 4 orang ni dalam seratus lebih jugak kena bayar. ok kot sebab banyak jugak kitorang order hehe

Hari ke 3. Eh kakjeng sebenarnya buat apa kat sana? amik gambar ke buat keje HAHAHA.

Hari ke 3 bersamaan hari rabu kot. waktu lunch kitorang melepak makan Roti Prata. Giler sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppppp.... Yummmehhhhhhhhhh

Masa tu panas kot. Kitorang turun bawah sikit je dari office. Jalan kaki kan. Saya pakai contact lens masa ni. Rasa mata dah penat. Nampak mata penat tak???

Dan terus tanggalkan mata yang keletihan

Malam kitorang malam nasi ayam penyet ye ke ni ha? lupa dah nama dia. Sedap tak boleh blah. Ni kat Raja Ayam bakar kopitiam. Yang sedap sambal dia tu. Pedas2 tapi pedas nak lagi, nak lagi, nak lagi. Korang memang kena terai.

Dan ini dekat karaoke hehehehe

Eh bukan saya sorang, tapi dengan zatil. Zatil punya suara punya la sedap. Kalau dia masuk Akademi Fantasia konfem saya undi dia hehehe. Dah la cantik, suara sedap pulak tu hehe

Hari ke 4 bersamaan hari khamis. Merasa jugak makan

dan membeli ikan terubuk masin.

dan kuih lapis sarawak.

dan makan malam. dan saya order air teh dangdut hehehe.

member saya yang 2 orang tu balik awal. khamis dah balik. saya dengan en.N balik jumaat. so lepas makan malam kitorang hantar diaorang ke airport.

Hari ke 5. Flite adelah kul 12 lebih. Maka pagi2 tu kitorang jenjalan dulu la.

Kitorang beli ikan masin, dan jugak saya beli kain untuk mak, baju untuk abah. dan ini untuk saya:

Kali ni tak membeli apa sangat pun. Takat beli buat syarat je hehehe.

Lepak minum kopi sementara tunggu flite.

Ini pengalaman pertama saya buat PM.
Dan saya rasa best.
Sebab selama ni dok buat keje sendiri kat bilik kan. Tapi bila dapat pendedahan macam ni. Dapat jumpa user. Dapat tgk sendiri masalah user. Macam best pulak. Tak la terperap je dalam bilik kan.
Tapi sekali sekala best la. Kalau hari2 jadi tak best kekeke.

Lepas ni nak gi mana?
Kelantan atau Sabah?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

shaliza said... [Reply to Comments]

Kelantan...pehlissss:-)

Uncle Seven said... [Reply to Comments]

Kenapa tak cuba ayam penyet..next time datang bagitau awal..nanti jadi tourist guide bawak gi makan...

yaNa said... [Reply to Comments]

dpn dormani bkn ada gerai ayam penyet ker sis? ms odit s'wak dl pon saya stay kt sana jgk..

Reena said... [Reply to Comments]

kakjeng ..PM tu ape??..hehhe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^